Sejak Tasneem Naturel lancarkan semburan aromaterapi untuk mudahkan tidur, kerap kami dihujani dengan soalan adakah produk ini selamat?

Ramai yang merasa ragu2 untuk mencuba kerana bimbangkan kesan buruk yang mungkin timbul dari Sleepy Pillow Mist ni. Apatah lagi rata-rata yang mahu dapatkan spray ini adalah untuk anak kecil yang susah tidur, jadi mestilah lebih berhati-hati kan.

Ok sebelum kita nak tau bahaya atau pun tak, kita perlu tahu apa kandungan yang ada dalam Sleepy Pillow Mist ni.

Ok, inilah bahan utama yang ada dalam spray Sleepy Pillow Mist ni. Minyak pati (Essential oil) dari Tea Tree dan Lavender yang dilarutkan dalam air sebagai medium semburan.

2 benda ni jer?

Ya, dua bahan ni sahaja sebenarnya. Tapi apa yang membuatkan ia ‘power’ sampai sapa yang terkena semburan ni ja terus lentok adalah kerana kehebatan minyak pati lavender itu sendiri.

Tengah main pun boleh kalah lepas kena sembur dengan sleepy ^_^

Minyak dari lavender asli mempunyai lebih dari 100 komponen di dalamnya. Komponen utama dalam minyak lavender ialah linalool dan linalyl.

Linalool adalah alkohol semulajadi yang terdiri daripada karbon dan hidrogen yang membawa kesan tenang kepada sistem badan. Komponen linalyl juga berfungsi untuk memberikan rasa relax, meningkatkan mood dan menenangkan.

Sumber : www.compoundchem.com

Dalam bahan-bahan semulajadi, ia mempunyai mekanisma-mekanisma semulajadi untuk memberi kesan seperti mengantuk, tenang, meningkatkan mood dan sebagainya.

Dalam sebuah jurnal ada dikongsikan mengenai bagaimana pesakit di ICU yang mempunyai kesukaran tidur dapat dibantu menggunakan urutan dengan minyak lavander. Molekul minyak pati yang sangat halus akan meresap masuk ke plasma darah dan di bawa ke seluruh sistem saraf.