Strategi Pemasaran Bisnes online untuk Wanita

0
513
views

Alhamdulillah bermula pagi Isnin yang tenang. Sambil anak dan suami bersiap ke tempat kerja, saya selesaikan urusan rumah tangga. Bila semua dah keluar, saya pun mulakan tugas di pejabat kecil ini.

Ia impian saya sejak sekian lama. Dan Alhamdulillah hari ini satu demi satu Allah makbulkan impian saya bekerja dari rumah di samping menguruskan anak-anak. Ia bukan sesuatu yang mudah, namun langsung tidak mustahil untuk dicapai.

Bagi ibu-ibu yang sedang mencari peluang berbisnes online, saya kongsikan beberapa strategi pemasaran yang boleh dilakukan dari rumah. Strategi yang nak saya kongsikan ini lebih kepada pilihan channel pemasaran yang mudah untuk di teroka.

Pemasaran Facebook Personal

Sewaktu memulakan bisnes, seboleh mungkin gunakan apa yang kita sudah ada di tangan. Facebook personal adalah satu ruang yang  mudah untuk dijadikan channel pemasaran online kerana ia tidak terikat dengan terlalu banyak peraturan.

Strategi PemasaranBisnesonlineuntukWanita

Namun penting kita mempunyai ilmu asas pemasaran bagaimana untuk memastikan rakan-rakan facebook kita berminat dengan iklan-iklan kita. Banyak masa perlu diperuntukkan untuk belajar teori dan bereksprimen teknik-teknik bagi menghasilkan jualan.

Pemasaran di facebook personal memerlukan komitmen masa yang banyak dan berpanjangan. Ia juga bersifat lifetime yang perlu dikemaskini pada waktu sebenar. Namun ia percuma untuk kos pemasaran.

Pemasaran Facebook Page

Facebook page ibarat kedai di dalam dunia online. Ia memang platform khusus yang disediakan untuk kita menjual. Ia mempunyai kelebihan schedule post di mana banyak kempen pemasaran boleh dikemaskini serentak dan di publish untuk tempoh yang panjang.

Strategi PemasaranBisnesonlineuntukWanita

Namun dalam lambakan terlalu banyak kedai online, ia ibarat tidak wujud jika tidak menggunakan pemasaran berbayar (Facebook Ads). Apabila mahu menceburkan diri dalam pemasaran berbayar, kita perlu mendalami ilmu menghasilkan iklan yang bagus dan ilmu teknikal untuk membuat iklan yang menguntungkan.

Strategi PemasaranBisnesonlineuntukWanita

Ini semua memerlukan pada pengetahuan yang luas, pelaburan kewangan yang lebih besar dan komitmen yang tinggi. Sebaiknya kita hanya mula melabur kos iklan berbayar hanya selepas belajar selok belok pemasaran Facebook Ads dari mereka yang berpengalaman.

Pemasaran Blog

Medium pemasaran blog adalah paling mesra ibu-ibu bekerja dari rumah. Ia boleh dikemaskini pada bila-bila masa tanpa terikat dengan waktu puncak dan sebagainya. Selain itu bahan yang dikemaskini di dalam blog akan terus berada di situ selagi domain itu masih wujud.

Semakin lama kewujudan sesuatu blog, ia semakin bagus dari segi kedudukan di dalam dunia online. Ini sangat berbeza dengan pemasaran Facebook yang bersifat lifetime di mana kempen marketing hanya berguna pada tempoh tertentu sahaja.

Strategi PemasaranBisnesonlineuntukWanita

Namun dalam timbunan jutaan blog yang ada, kita perlu mempunyai strategi bagaimana memastikan blog kita akan cepat ditemui oleh bakal pelanggan. Ini memerlukan kepada kemahiran mendapatkan SEO (Search Engine Optimization) yang bagus.

Dan hasil dari pemasaran blog juga tidak secepat pemasaran di Facebook. Namun dengan ilmu yang betul, blog anda boleh membuahkan hasil seawal 6 bulan dan tidak terikat untuk sentiasa kemaskini maklumat produk setiap masa.

Itulah serba sedikit gambaran untuk 3 channel utama pemasaran online yang sudah saya ceburi. Alhamdulilah melalui 3 channel ini saya mula membina tapak untuk kembangkan perniagaan saya ke peringkat yang lebih tinggi melalui sistem agen.

In syaa Allah dengan komitmen berpanjangan, setiap channel akan terus membawa masuk jualan yang lebih baik dari masa ke semasa. Asalkan kita sentiasa sanggup untuk belajar dan sesuaikan diri dengan kehendak pemasaran online yang terkini.

Previous articleSeharian di Cameron Highlands
Next articleUjian Diagnostik Jawi Dah Hampir?
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here