Tablet Genius RR4U Bantu Anak Lambat Bercakap

1
169
views
Pengguna Tablet genius RR4U

Anak lambat bercakap bukan satu penyakit. Tapi cukup untuk membuatkan ibubapanya bimbang dengan perkembangan anak tersebut. Kelewatan anak bercakap turut mempengaruhi perkembangan lain. Apatah lagi apabila orang di sekeliling mula membanding-banding kemampuan anak dengan kawan sebaya. Ini sudah cukup untuk menimbulkan kebimbangan dalam hati seorang ibu.

Pengalaman saya sendiri, menguruskan anak lambat bercakap sangat mencabar. Dia tidak dapat memberitahu apa kehendaknya dengan jelas. Keadaan ini biasanya akan berakhir dengan tangisan yang membawa tantrum. Kita juga menjadi kurang sabar apabila menguruskan mereka kerana tidak tahu apa kehendak mereka. Dalam kesibukan rutin harian, seringkali juga emosi anak itu dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Punca anak tantrum
Anak lambat bercakap mudah untuk tantrum kerana tidak dapat menyampaikan kehendaknya dengan jelas

Sampai satu tahap, saya merasakan saya perlu buat sesuatu. Saya mula membaca catatan pengalaman ibubapa lain di laman  maya ini. Saya mula bersedia untuk membawanya merujuk kepada pakar kanak-kanak. Dan selepas melalui proses penilaian, memang anakanda Fateh mengalami masalah lambat bercakap (speech delay). Saya menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan mula mencari solusi untuk memperbaiki keadaan.

Saya mengikuti semua temujanji yang diatur. Saya berusaha praktikkan ilmu yang diperolehi semasa sesi terapi pertuturan dan terapi cara kerja. Saya meneruskan pembacaan dari pelbagai sumber bagaimana untuk merangsang anakanda Fateh berada pada tahap perkembangan yang normal.

Dan salah satu usaha yang saya lakukan ada dengan mendapatkan makanan minda dengan rumusan hemopathy. Semasa saya mula berikan anakanda Fateh tablet ini, saya langsung tidak boleh gambarkan bagaimana ia dapat berfungsi. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana tablet putih yang kecil ini dapat merubah keadaan anak saya. Saya hanya berusaha.

Tablet Genius RR4U
Tablet Genius RR4U dengan rumusan hemopathy dapat merangsang minda berfungsi dengan lebih optimum

Sampai lah selepas 6 bulan merujuk kepada pakar kanak-kanak, anakanda Fateh mula menunjukkan perubahan yang positif. Ahli keluarga kami dapat melihat perkembangannya yang pantas. Dan selepas setahun, saya sudah hampir lupa anak itu pernah mengalami masalah lambat bertutur. Hinggakan kadang kala saya pula tak cukup mulut dan telinga melayannya bercakap. 😛

Begitulah Allah mengatur perjalanan hidup kita. Kita tidak tahu usaha mana yang membawa hasil. Tapi Allah memberi ruang yang luas untuk kita berusaha dalam pelbagai cara yang dibenarkan. Selepas mengalaminya sendiri, saya mula menceritakan kebaikan Tablet Genius RR4U ini kepada ibubapa yang menghadapi masalah anak lambat bercakap.

Dan Alhamdulillah ramai yang dapat menarik nafas lega selepas beramal dengannya. Dengan pengalaman ramai ibubapa yang berjaya, saya semakin seronok berkongsi kebaikan tablet putih ini dengan lebih ramai ibubapa.

Tablet genius RR4U membantu anak lambat bercakap Tablet genius RR4U membantu anak lambat bercakap

 

In syaa Allah, rumusan bahan-bahan aktif yang terdapat di dalam tablet ini dapat membantu penghantaran maklumat yang lebih baik di dalam sistem saraf anak, kemudian membantu anak lebih fokus yang membawa kepada mudahnya untuk dia bercakap. Apabila sistem penghantaran maklumat berfungsi dengan efisien, anak dapat bertindak lebih cepat. Ditambah dengan rangsangan berterusan setiap hari, anak akan menunjukkan perkembangan yang cepat in syaa Allah.

Selamat berusaha 😀

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here