Tag

anak speech delay

Pengalaman Anak Lambat Bercakap
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Pengalaman Anak Lambat Bercakap, Cara Ibubapa Kesan Anak Sendiri

Biasanya ibubapa akan sedar anaknya lambat bercakap apabila kanak-kanak lain yang sebaya sudah mula bercakap. Keadaan ini sudah cukup untuk melahirkan kebimbangan pada hati ibubapa. Namun seringkali kebimbangan ini ditenangkan oleh cakap-cakap yang menunjukkan anak kita ok. Alah budak-budak bukan sama. Ada jenis lambat. Nanti-nanti boleh la cakap tu. Budak lelaki memang lambat sikit mula bercakap. Jeng..ibubapa yang asalnya sudah terdetik kebimbangan mula berasa selesa. Walaupun kebimbangan itu kembali bertandang, tetapi memang fitrah manusia adalah sukar untuk menerima kenyataan yang negatif. Seboleh mungkin akan dineutralkan supaya semuanya ok. Dan itulah juga saya satu ketika dulu. <peace> Walaupun hakikatnya anakanda Fateh…

Continue reading
anak pencinta Al Quran
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Kebaikan belajar Al Quran untuk Anak Lambat Cakap

Alhamdulillah sejak anak masih bayi saya sering membaca perkongsian mengenai mengajar Al Quran pada anak. Saya sangat suka dengan perkongsian sebegini dan menanam hasrat untuk mempraktikkannya kepada anak sendiri. Antara perkongsian yang sangat memberi inspirasi ialah dari Puan Lina Karim, ibu kepada adik Darwisy dan Darwisya yang sangat cerdik. Pasti menjadi impian semua ibubapa mempunyai anak yang cerdik dan hafaz Al Quran seperti mereka. Sejak usia anakanda Fateh sekitar 1 tahun, saya sudah mula memperkenalkan huruf hijaiyah kepadanya. Saya hanya pasangkan VCD lagu Al Furqan yang rancak itu untuk perkenalkan bunyi huruf. Dia sangat suka dengan lagu dan animasi di…

Continue reading
petua anak lambat bercakap
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Petua Anak Lambat Bercakap, perkongsian dari Speech Theraphy

Hari ni pertama bulan Mac 2017. Bermakna sudah 2 bulan anakanda bersekolah darjah 1. Alhamdulillah dia sudah mula menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Usai ambilnya dari sekolah setiap hari, becok mulutnya membuat laporan. Laporan mengenai aktiviti pembelajaran dalam kelas, tentang kawan-kawan dan pesanan-pesanan guru. Jika orang lain melihatnya sekarang, mungkin tidak menyangka dia pernah mengikuti terapi pertuturan kerana masalah lambat bercakap. Tapi itulah realitinya. Dia yang dulunya hanya akan menarik tangan abah atau ummi bila nak minta sesuatu. Semua yang dia nak hanya dengan menunjuk. Nak keluar perkataan ‘susu’ sepatah pun siksa nak tunggu. Namun syukur hari ini perkembangannya sudah berada…

Continue reading
Close