Tag

Kaedah Ajar Anak Cepat Membaca

in Ilmu Keibubapaan

Perlu ke Pergi Kursus Kaedah Ajar Anak Membaca?

Kita dah pandai membaca, perlu ke pergi kursus untuk belajar teknik ajar membaca kepada anak? Jawapannya bergantung kepada individu. Jika ibu itu memang seorang yang mempunyai kemahiran mengajar kanak-kanak, mungkin tidak perlukan kursus. Contohnya seorang yang pernah mengajar kanak-kanak prasekolah, mengajar adik-beradik atau saudara mara yang ramai mungkin sudah mahir  untuk mengajar kanak-kanak. Dia boleh menggunakan kemahiran sedia ada pada dirinya untuk mengajar anak membaca dengan kaedah yang sesuai. Pun begitu dia mungkin masih perlu belajar teknik-teknik tertentu contohnya teknik gabung bunyi dalam kaedah fonik. Kefahaman yang betul penting supaya aktiviti pembelajaran mendapat hasil seperti yang dikehendaki. Namun bagi seorang…

Continue reading
anak suka membaca
in Ilmu Keibubapaan

3 Langkah Penting Ajar Anak Membaca

Alhamdulillah rata-rata anak tadika sekarang ni sudah sampai ke penghujung persekolahan. Sana-sini sibuk dengan majlis graduasi tadika dan yang sewaktu dengannya. Jelas terpancar kegembiraan anak-anak bila mendapat peluang naik ke pentas untuk persembahan bakat mahupun menerima hadiah. Semoga semangat anak-anak ini terus berkobar sehingga peringkat yang lebih tinggi, in syaa Allah. Namun dalam keseronokan itu terselit juga kebimbangan di sanubari sebahagian ibu-ibu. Bimbang dengan peluang untuk anaknya apabila melangkah ke sekolah rendah kelak. Bagi ibubapa yang anaknya sudah boleh membaca dengan baik, boleh lah rasa lega 1 aspek kan. Cuma yang anak belum boleh membaca, mahupun bacaan masih kurang lancar…

Continue reading
Ibu ajar anak membaca
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Ibu Risau Anak Belum Pandai Membaca

Pagi semalam saya sempat bertemu dengan teman serumah semasa zaman bujang dulu. Sambil bertukar-tukar cerita terselit juga topik berkaitan anak-anak. Kebetulan anak-anak kami hampir sebaya. Jadi isu-isu perkembangannya pun sekitar topik yang sama. Antara kerisauan yang disuarakan oleh beliau ialah mengenai isu anak boleh membaca. Ya, sebenarnya kerisauan ini memang sangat biasa menghantui ibu-ibu muda kan. Tidak terkecuali saya juga. Malah saya juga sering mendapat pertanyaan sebegini dari pelanggan yang berurusan dengan Kedai Cikgu, yang rata-rata mencari kaedah terbaik  untuk ajar anak membaca. Jadi ia masalah biasa, cuma bagaimana kita menanganinya? Saya bukan pakar dalam teknik mengajar anak membaca pada awal…

Continue reading
anak suka membaca
in Ilmu Keibubapaan

Kelebihan Anak Boleh Membaca Awal

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Saya tak kisah pun anak saya boleh membaca umur berapa, tapi saya memang mendedahkan anak saya dengan Aktiviti-aktiviti yang merangsang anak minat membaca . Dan Alhamdulillah, Allah kurniakan kemampuan membaca kepada anak saya dalam usia 5 tahun lebih. Dan bila anak sudah boleh membaca, barulah saya nampak kebaikannya. Bagus rupanya anak boleh membaca awal, banyak kebaikan untuk ibu dan anak in syaa Allah. Antara kelebihan anak boleh membaca awal ialah 1) Mudah memahamkan anak mengenai sesuatu situasi Sebagai contoh, badan anakanda Fateh bersaiz kecil. Pada usia 5 tahun, dia masih boleh memakan baju untuk…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Umur Berapa Sesuai Ajar Anak Membaca?

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Umur berapa sesuai ajar anak membaca? 7 tahun? 5 tahun? 2 tahun? Jawapannya terletak kepada KESEDIAAN anak. Kerana anak yang bersedia akan dapat menguasai proses belajar membaca dengan mudah. Seringkali kederangan suara-suara risau ibubapa – anak saya tak minat baca, anak tak nak dengar saja ajar, anak tak nak duduk diam dan banyak lagi. Kenapa? Kerana anak tidak bersedia untuk belajar membaca. Jadi yang menjadi tanggungjawab ibubapa bukan gigih nak ajar membaca, tapi berusaha tanam minat anak kepada membaca@minat buku seawal mungkin. Bnyakkan membuat Aktiviti yang merangsang anak minat membaca sejak bayi. Anak…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Seronok Belajar Membaca guna ‘Siri Buku Pantas Membaca’

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Semasa anakanda Fateh berumur 5 tahun, saya saja-saja mencari bahan bacaan untuk mengajarnya membaca. Dia sudah belajar membaca di tadika, saya sekadar mahu mengisi masa di rumah bersama saya sahaja. Ketika tu anakanda Fateh sudah boleh membaca 2 sukukata. Semasa kawan-kawan kenalkan Siri Pantas Membaca ni, saya hanya tertarik dengan bukunya yang berwarna warni. Dan bila buku ini dapat ke tangan Muhammad Fateh, dia sangat teruja kerana buku ini mempunyai CD. Biasalah anak-anak zaman ICT kan. Terus dipasangnya CD audio tu. Mulanya dia agak kecewa kerana tiada video. Tapi bila saya tunjukkan…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

Tips latih anak minat membaca dari bayi

Wah..macam ekstrem bunyinya latih bayi minat membaca kan, tapi ia memang tidak mustahil. Kan pepatah ada menyebut, Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi, seawal mungkin kita cuba terapkan budaya membaca di kalangan anak-anak kita, in syaa Allah. Boleh membaca dan minat membaca adalah dua perkara yang berbeza. Ramai yang boleh membaca, tapi malas untuk mencari ilmu melalui membaca. Kerana itu kita perlu terapkan keseronokan membaca sejak kecil lagi. Saya sungguh teruja dengan tips melatih bayi minat membaca yang saya dapat dari buku ‘Creative Parenting Today’ hasil tulisan Andi Yudha Asfandiyar. Disini saya kongsikan beberapa tips  yang telah diolah untuk kita…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Minat membaca VS Pandai membaca

Mana lagi penting? Hasil dari survey rakan-rakan facebok, 9/10 daripada ibu2 berpendapat MINAT membaca lebih penting dari PANDAI membaca. Pengalaman saya sebagai ibu, memupuk MINAT MEMBACA perlu dilakukan seawal mungkin. Bermula dengan anak sukakan buku, diikuti dengan minat nak tahu kandungan buku. Semasa anak sulung (Fateh)dulu, saya tidak meletakkan apa-apa matlamat untuk AJAR MEMBACA. Tapi kami sentiasa bacakan buku kepadanya. Fateh akan bawa buku yang dia minat untuk kami bacakan. Rutin santai ini berlaku dimana-mana tanpa apa2 tekanan. Menjelang usia adiknya(Faqihah) berusia 3 tahun, dia mula ‘mendapat’ habit abangnya. Maka, aktiviti bacakan buku sudah ada giliran. Berlumba2 nak suruh bacakan…

Continue reading
Close