Tag

educational toys

in Review

Kelebihan SMARTPEN

Hari ni saya nak kongsikan tentang teknologi terkini dalam pendidikan kanak2, yang semakin banyak pilihannya dalam pasaran. Iaitu kaedah pembelajaran menggunakan SMARTPEN dan SMARTBOOK. Apakah smartpen? Smartpen ialah peranti elektronik yang boleh membaca maklumat yang tersimpan di dalam cip elektronik pada ‘smartbook’. Hanya halakan muncung pen pada bahagian yang hendak dibaca, pen akan keluarkan suara menyebut perkataan tersebut. Apa kelebihan smart pen? 1- Smartpen menjadi ‘guru professional’ secara tak langsung kepada anak-anak. Terutama bagi ilmu2 yang memerlukan kemahiran khusus seperti cara bacaan ayat Al Quran dan sebutan perkataan bahasa inggeris dengan betul. 2- Menjadikan seisi pembelajaran lebih interaktif berbanding anak…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan, Review

Cara rangsang perkembangan bahasa sejak bayi

“Puan, anak saya umur 8 bulan. Apa mainan yang sesuai dengan anak saya?” Ini adalah soalan lazim yang saya terima sedari awal saya menceburi bidang bisnes pendidikan. Semua ibubapa menginginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Dan memenuhi keperluan anak-anak mengikut usia adalah salah satu usaha ibubapa menggilap kecemerlangan anak-anak, in syaa Allah. Sebenarnya ada beberapa persoalan asas yang perlu ibubapa fahami. Mainan hanyalah alat untuk anak-anak belajar sesuatu melaluinya. Apa yang lebih penting ialah apa matlamat perkembangan yang ibubapa mahu capai dari aktiviti-aktivti bersama anak. Adakah nak anak lebih kreatif, anak belajar asas membaca, pendedahan awal mengira atau untuk menggilap IQ…

Continue reading
Magnetic Jigsaw
in Review

Mainan magnetik anak anda

Hari ni saya nak kongsikan produk Kedai Cikgu yang terlajak laris – magnetism spell happily atau mudahnya pelanggan saya sebut mainan magnetik. Sudah hampir 2 tahun saya menjual produk ini dan sentiasa ada permintaan. Kerana mainan ini sentiasa relevan walaupun muncul pelbagai mainan seumpamanya dalam pasaran. Mainan magnetik ini sangat baik untuk merangsang perkembangan imaginasi anak-anak teruatama bagi anak yang belum boleh melukis. Anak dapat mengekspresikan imaginasi mereka menggunakan plat-plat magnetik yang disediakan. Selain itu ibubapa boleh mengoptimumkan penggunaan mainan ini dengan memperkenalkan anggota badan, nama benda dan warna. Set mainan magnetik ini mengandungi 1 kotak kayu 1 penutup kotak dwifungsi…

Continue reading
in Review

Cik Apple yang soleh!

Apple pun soleh ke? Tok guru saya kata, soleh tu ‘baik dan membawa kebaikan’ Apple ni memang baik pun, dan bawak banyak kebaikan kepada kita andai dimanfaatkan dengan baik. Tapi sebab ia gajet, tak masuk la dalam huraian soleh yang sebenarnye la..huhu.. Apa-apa pun saya sangat teruja la nak berkongsi pasal Apple yang comel ni. Masa mula-mula beli dulu bekenan sebab dia comel ja, pastu pandai mengaji pulak tu. Tapi dah lama-lama guna ni memang jatuh chenta la jugak..ehem..ehem.. Tambah-tambah sejak anak makin besar ni diorang suka main dengan cik apple ni, sekejap jadi remote game, remote kereta n macam2…

Continue reading
Close