in Aktiviti Anak

8 Tahun Sudah Anak Sulung Kami

Selamat datang 2018! Awal tahun sinonim dengan azam tahun baru, persiapan ke sekolah, pendaftaran di sana sini dan pelbagai perubahan lagi. Oh ya, tak dilupakan promosi Y.E.S yang biasanya baru berakhir. Haha.. Dan bagi saya, awal tahun baru adalah saat saya mengimbau kenangan 8 tahun lepas. 2.1.2010. Dalam kesibukan orang lain menyambut tahun baru, saya sedang bertarung nyawa menyambut kelahiran permata hati sulung. Masa tu saya masih bertugas sebagai guru. Saya masih hadir ke mesyuarat guru pembukaan tahun dalam keadaan yang sudah sarat. Saya sempat mengisi maklumat dalam buku rekod mengajar dan menyusunnya molek-molek di atas meja. Dan selepas selesai…

Continue reading