Tag

Mengurus emosi ibubapa

in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan, Review

Conteng Tak Semestinya di Dinding

Selepas saya berkongsi mengenai Kebaikan Menconteng di media sosial, saya mendapat banyak respon dari ibubapa. Alhamdulillah kebanyakan respon yang saya terima adalah sangat positif. Sehingga ada ibu yang ‘mampu’ melihat anaknya menconteng dinding kerana hendak tunjukkan kemahiran barunya. Pada saya ibu-ibu ini mempunyai ketahanan mental yang sangat kuat, masya Allah. Namun tak kurang cuba ibubapa yang sinis dengan penulisan saya itu. Ini mungkin kerana mereka fokuskan pada subjek ‘dinding’, sedangkan sebenarnya saya menulis mengenai kebaikan menconteng. Cuma gambar yang dikepilkan menjadi salah faham saya menggalakkan anak menconteng dinding. Menconteng tidak semestinya di dinding. Cuma anak memang cenderung untuk menconteng di…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Bila Waktu Yang Sesuai untuk Nasihat Anak?

Teringat masa hari pertama anakanda Fateh ke sekolah. Sebelum keluar rumah dia salam dengan ummi. Saya baru sempat pesan 2 ayat dia dah cakap ummi cakap banyak. haha..baru teringat saya memang jarang nak pesan-pesan sangat waktu bersalam tu. Cuma mungkin banyak baca ibu-ibu lain pesan macam-macam waktu anak salam, saya pun terikut. Secara peribadi saya lebih selesa nasihat anak secara santai. Tiga situasi yang saya kongsikan ini adalah waktu yang saya dapat rasa nasihat itu lebih berkesan kepada anak. Semua ini perlu dilakukan berulang-ulang untuk melihat sejauh mana keberkesanannya. Semasa Bacakan Buku Saya paling suka ambil kesempatan selit nasihat semasa bacakan buku…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Kawasan Yang Luas dapat Merangsang Anak Anda

Petang semalam lepas ambil anakanda Fateh dari sekolah terus singgah solat di surau. Senang solat kat surau, tak banyak gangguan. Kalau kat rumah kejap pegang buku la, kejap belek mainan jenuh nak ulang-ulang suruh solat kan. Tak kata dekat anak, kita yang umur dah banyak ni pun mujahadah nak solat awal waktu kan. -_- Seperti kebiasaannya bila singgah di masjid atau surau, anak kami tiba-tiba seperti mendapat energi luar biasa. Faqihah yang asalnya tenang-tenang saja bila berada di luar, tiba-tiba akan melompat sana sini sepenuh hati. Macam tak cukup lantai pulak. Kiranya bila keluar dari masjid biasanya memang anak berpeluh-peluh…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Persiapan Alat Tulis ke Darjah 1

Alhamdulillah, pagi Jumaat yang cerah di Pulau Pinang. Maka berakhir juga minggu pertama sesi persekolah 2017. Anakanda Fateh pun dah bertanya bila nak cuti, nak main game. Begitulah fitrahnya kan, kita pun nak berehat di hujung minggu. Inikan pula anak kecil yang fitrahnya adalah bermain. Yang penting kita pandu anak-anak memilih yang terbaik. Semalam saya ada kongsikan persiapan pakaian untuk anak ke darjah 1. Hari ini perkongsian saya lebih kepada alatulis dan peralatan lain. Untuk alat tulis, kami hanya belikan kotak pensel baru untuk anakanda Fateh. Harga kotak pensel di pasaran adalah antara rm7-rm15 mengikut jenis dan kualiti. Saya memilih…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Anak Lambat Membaca, Apa Kesannya?

Minggu lepas saya menemani anakanda Fateh ke Hari Pendaftaran Darjah 1. Oleh kerana anakanda Fateh anak sulung, jadi ini adalah pengalaman pertama saya. Semasa melangkah masuk ke sekolah, saya hanya membayangkan pendaftaran ini sebagai prosedur masuk ke sekolah. So i just go with the flow kata omputih. 😛 Macam-macam situasi boleh lihat di tempat pendaftaran. Ada anak-anak yang terlajak excited, ada mak yang banyak pesanan nak cakap dan ada juga wajah-wajah bimbang semasa mendaftar. Kebetulan ibu yang mendaftar di belakang saya nampak serius dan risau. Sebab kali pertama jumpa, jadi saya anggap mukanya memang macam tu. Settle! Selepas mendaftar saya ke…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

3 Punca Tempat Khatan Lambat Sembuh

Yea..anakanda Fateh dah sunat :-D. Selesai satu perkara penting dalam kamus hidup anak teruna kan. Alhamdulillah. Sebenarnya ummi takda perancangan yang serius pun untuk khatankan anakanda Fateh pada usia 6 tahun ni. Tapi sebab dia dengan penuh keyakinan diri nak sunat awal, kami ikut ja la. Dah berkali-kali dia minta dikhatankan sejak cuti sekolah bulan Jun tempohari. Kebetulan suami nak cutikan kami kat rumah mertua di kelantan lebih seminggu, saya pun fikir alang-alang duduk saja baiklah khatankan saja anakanda Fateh. Umminya memang relax ja la memang tak tau sangat pun pasal jagaan orang bersunat ni. Bila anak sendiri bersunat barulah ada…

Continue reading
Kasut hanyut di dalam tasik
in Ilmu Keibubapaan

Peristiwa Mencemaskan di Tepi Tasik

Hari ahad lepas, saya bersama anak-anak telah merancang untuk pulang semula ke Pulau Pinang dengan menaiki bas. Ibubapa dan kakak saya sekeluarga sama-sama menghantar kami ke Terminal Bas Shahab perdana dengan meriah. Bila dah sampai ke kaunter tiket barulah tahu bas yang dijadualkan pada jam 4.45 petang itu rosak. Maka perjalanan pulang kami pada petang itu dibatalkan. Usai pulang dari terminal bas, kami singgah Taman Jubli Emas di Jalan Suka Menanti. Memang sudah menjadi rutin setiap kali pulang ke Alor Setar untuk kami singgah di sini membawa anak bersiar-siar. Selain boleh bagi makan ikan di tasik buatan, banyak permainan kanak-kanak…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Anak ‘Istimewa’ Lagi Untung?

Teks : Sakina Hamid   Ini sekadar pemerhatian saya ja, kalau tak setuju boleh scroll cari resepi..hehe Alhamdulillah, Anak saya sendiri pernah melalui ‘fasa istimewa’ sekejap masa alami speech delay. Sebelum tu saya cari jugak ilmu parenting, tapi amalkan tu sekadarnya ja. Ikut angin. Seronok baca sebab tahu macam-macam, tapi takda kesungguhan nak beramal. Gembira dikurniakan anak, dan kami pun besarkan anak mengikut seperti orang lain. Just follow the flow omputih kata. 😛 Tapi ia berubah bila menjelang usia 3 tahun, pakar kanak-kanak diagnose Fateh sebagai lewat bertutur (speech delay) . Dan saya mula dapat tarikh untuk rutin terapi dan…

Continue reading
Pengalaman Anak Lambat Bercakap
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Anak Petah Bercakap sering dapat pujian

Tadi singgah solat kat masjid Al Muttaqin, Jitra. Dari tempat wuduk sampai masuk tempat solat Faqihah dok cotcet2 tanya itu ini. Sekali makcik yang sama-sama amik wuduk tadi pun cakap ‘Pandai dia bercakap no..’ Saya senyum ja la, bersyukur dalam hati. Ya..memang seronok tengok anak kecil petah bercakap, ada2 saja idea yang comel keluar dari mulutnya. Tapi..Allah pernah beri saya peluang merasai ‘nikmat’ anak lambat bertutur. Dah pernah rasa di sana sini orang membanding dengan kanak2 seusia, dah pernah rasa kerisauan demi kerisauan bila baca tentang anak2 lewat bercakap. Dah pernah rasa berdebarnya bawa anak jumpa pakar kanak-kanak dan dah pernah…

Continue reading
Close