Tag

parenting

in Aktiviti Anak, Review

Pernah Tak Anak Cari Mainan Ketika Bercuti?

Kurang seminggu lagi sekolah dah nak bercuti pertengahan penggal pertama. Alhamdulillah, ia ruang untuk anak-anak dan guru melepaskan lelah dari rutin harian persekolahan. Jangankan kita yang kerja ni ja nak rehat, anak-anak yang bersekolah juga lelah dengan pelbagai bebanan setiap hari. Jadi cuti sekolah memang sangat dinanti-nanti oleh semua. Tambahan pula waktu cuti ni lah banyak kenduri-kendara dan aktiviti kekeluargaan. Itulah peluang kita nak balik bercuti di kampung halaman kan. Balik kampung memang meletihkan, namun ia juga menjadi satu daripada aktiviti yang dapat memenuhkan kembali bank emosi kita dan anak-anak, in syaa Allah. Biasanya bila pulang ke kampung, kita sudah ada…

Continue reading
Pengalaman Anak Lambat Bercakap
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Pengalaman Anak Lambat Bercakap, Cara Ibubapa Kesan Anak Sendiri

Biasanya ibubapa akan sedar anaknya lambat bercakap apabila kanak-kanak lain yang sebaya sudah mula bercakap. Keadaan ini sudah cukup untuk melahirkan kebimbangan pada hati ibubapa. Namun seringkali kebimbangan ini ditenangkan oleh cakap-cakap yang menunjukkan anak kita ok. Alah budak-budak bukan sama. Ada jenis lambat. Nanti-nanti boleh la cakap tu. Budak lelaki memang lambat sikit mula bercakap. Jeng..ibubapa yang asalnya sudah terdetik kebimbangan mula berasa selesa. Walaupun kebimbangan itu kembali bertandang, tetapi memang fitrah manusia adalah sukar untuk menerima kenyataan yang negatif. Seboleh mungkin akan dineutralkan supaya semuanya ok. Dan itulah juga saya satu ketika dulu. <peace> Walaupun hakikatnya anakanda Fateh…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Terapi Fizikal untuk Anak Lambat Cakap

Dulu-dulu kalau tengok budak tiup belon buih selalu fikir apa la yang best sangat main ni. Lenguh mulut kot. Kan sekarang dah ada pistol belon buih tu, senang sekali tembak berlambak-lambak belon keluar. Fuh.. Tapi tu dulu la. Dulu-dulu masa tak faham tentang perkembangan kanak-kanak. Zaman kegelapan. Uhuks! Selepas bertemu dengan terapis carakerja barulah saya tahu rupanya meniup belon adalah salah aktiviti yang bagus untuk membantu fisiologi mulut anak berkembang dengan optimum. Dan perkembangan fisiologi mulut penting bagi memastikan anak dapat bercakap pada usia yang sepatutnya. Lepas tau tu jumpa belon kat mana pun ummi belikan ja. Sebelum tu memang…

Continue reading
Cara Rujuk Anak Lambat Bercakap ke Hospital
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Bagaimana Mengajar Anak Lambat Bercakap Gabungkan 2 Perkataan

Catatan mengenai lambat bercakap adalah satu proses flashback. Ia adalah pengalaman saya hampir 4 tahun lalu. Namun saya catatkan juga di sini buat rujukan diri sendiri dan ibubapa yang memerlukan. Seringkali ibubapa yang mengetahui anak saya pernah mengalami fasa lambat bercakap akan bertanya bagaimana saya keluar dari kepompong itu. Untuk bercerita dalam mesej, dalam pertemuan-pertemuan singkat adalah sukar. Jadi bila dicatat di sini harapnya lebih mudah mereka yang memerlukan membuat rujukan. Cuma mungkin ada bahagian yang tertinggal, penerangan kurang tepat dan sebagainya kerana ia sudah lama berlalu. Kerana itu bacaan-bacaan di media umum ini sifatnya hanya sebagai pembuka minda. Tatkala ibubapa…

Continue reading
petua anak lambat bercakap
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Petua Anak Lambat Bercakap, perkongsian dari Speech Theraphy

Hari ni pertama bulan Mac 2017. Bermakna sudah 2 bulan anakanda bersekolah darjah 1. Alhamdulillah dia sudah mula menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Usai ambilnya dari sekolah setiap hari, becok mulutnya membuat laporan. Laporan mengenai aktiviti pembelajaran dalam kelas, tentang kawan-kawan dan pesanan-pesanan guru. Jika orang lain melihatnya sekarang, mungkin tidak menyangka dia pernah mengikuti terapi pertuturan kerana masalah lambat bercakap. Tapi itulah realitinya. Dia yang dulunya hanya akan menarik tangan abah atau ummi bila nak minta sesuatu. Semua yang dia nak hanya dengan menunjuk. Nak keluar perkataan ‘susu’ sepatah pun siksa nak tunggu. Namun syukur hari ini perkembangannya sudah berada…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Cabaran Bawa Anak ke Terapi Pertuturan

Susahnya nak bawa anak ke sesi terapi pertuturan Ini adalah keluhan biasa. Keluhan  ibubapa yang mempunyai anak yang lambat bercakap mahupun apa-apa kes yang perlu rujukan ulangan di hospital. Hanya yang mengalaminya dapat memahami keluhan ini. Jika tak kuat azam untuk melihat anak kembali ke tahap perkembangan normal, memang mudah untuk berhenti separuh jalan. Itulah yang kerap saya temui. Cabaran bermula sebelum bawa anak ke sesi terapi lagi. Bagi ibu atau bapa yang bekerja sendiri mungkin boleh sesuaikan masa dengan waktu temujanji. Tapi bagi yang makan gaji memang sukar untuk fahamkan majikan mengenai kepentingan membawa anak ke sesi terapi ini. Sesi persekolahan…

Continue reading
petua anak lambat bercakap
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Punca anak lambat bercakap

Setiap proses perkembangan anak berlaku dengan sebab. Cuma ada sebab yang diluar kawalan kita sebagai makhluk seperti faktor genetik dan sebagainya. Namun dalam kebanyakan kes anak yang dilahirkan normal, lambat mula bercakap sebenarnya berpunca daripada kurang rangsangan dari persekitaran. Pengalaman saya sendiri, anakanda Fateh lambat bercakap kerana kurang rangsangan dari kami sebagai ibubapa. Rangsangan adalah faktor penting untuk anak mula bercakap seperti yang dikongsikan oleh pakar patologist pertuturan ini. Sebagai ibubapa muda, saya membayangkan proses perkembangan ini berlaku secara semulajadi. Sudahlah tiada ilmu mengenai proses perkembangan kanak-kanak, tiada usaha untuk menggali ilmu pula. Bila anak nampak ‘tak sama’ macam anak…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Bagaimana Saya Mula Sedar Anak Lambat Bercakap

Anakanda Fateh lahir selepas setahun saya berumahtangga. Dalam kenaifan menjadi ibu muda, saya membayangkan semua perkembangan kanak-kanak berlaku secara semula jadi.Walaupun saya banyak membaca ilmu keibubapaan, tetapi saya banyak memfokuskan kepada ilmu mengenai asuhan alami. Saya suka membaca perkongsian mengenai penyusuan susu ibu, lampin kain moden dan gendong anak. Kebanyakan pembacaan saya semasa anakanda Fateh usia bayi adalah memfokuskan kepada kejayaan penyusuan susu ibu sebagai wanita bekerjaya. Hampir kebanyakan masa saya fikirkan bagaimana untuk anakanda mencukupkan keperluan penyusuannya sehingga saya hampir tidak mengkaji mengenai perkembangan kanak-kanak. Namun saya bersyukur Allah memberikan peluang kepada saya untuk menyusukan anakanda Fateh sehingga 2…

Continue reading
Mainan motor halus
in Ilmu Keibubapaan

Apa Kepentingan Perkembangan Motor Halus?

Biasanya bila beli mainan untuk anak-anak selalu ada tulis ‘develop fine motor’ kan. Dari soft toy sampailah ke mainan kayu selalu ada label ni pada kotak mainan. Ini menunjukkan perkembangan motor halus adalah penting untuk kanak-kanak. ok sebelum kita lihat apa kepentingannya, mari kita semak apa maksud ‘kemahiran motor halus’. Kemahiran motor halus ialah kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan untuk membuat gerakan. Pergerakan ini melibatkan otot-otot kecil pada tangan, jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Jadinya kebanyakan aktiviti seharian anak kecil memang melibatkan kemahiran motor halus. Ketangkasan (dexterity) ialah kemahiran kanak-kanak dalam menggunakan pergerakan tangan dan jari dalam…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan, Review

Conteng Tak Semestinya di Dinding

Selepas saya berkongsi mengenai Kebaikan Menconteng di media sosial, saya mendapat banyak respon dari ibubapa. Alhamdulillah kebanyakan respon yang saya terima adalah sangat positif. Sehingga ada ibu yang ‘mampu’ melihat anaknya menconteng dinding kerana hendak tunjukkan kemahiran barunya. Pada saya ibu-ibu ini mempunyai ketahanan mental yang sangat kuat, masya Allah. Namun tak kurang cuba ibubapa yang sinis dengan penulisan saya itu. Ini mungkin kerana mereka fokuskan pada subjek ‘dinding’, sedangkan sebenarnya saya menulis mengenai kebaikan menconteng. Cuma gambar yang dikepilkan menjadi salah faham saya menggalakkan anak menconteng dinding. Menconteng tidak semestinya di dinding. Cuma anak memang cenderung untuk menconteng di…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Pengalaman Pertama Sertai Pertandingan Mewarna

Sekarang ni kebanyakan kita masih dalam mood bercuti sempena Tahun Baru Cina kan. Seronok tengok kawan-kawan berkongsi cerita balik kampung dan melancong ke sana sini bersama keluarga. Semoga apa jua aktivitinya dinikmati dengan penuh gembira bersama sesi keluarga. Alhamdulillah pagi semalam anak-anak kami bersama sepupu mereka berpeluang menyertai pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh Darulaman Park dengan kerjasama pengurusan Didi&Friends. Saya mendapat maklumat ini dari sekolah kakak yang terletak dalam daerah Kubang Pasu. Kami sampai seawal jam 8.50 pagi. Alhamdulillah kami dapat tempat letak kereta yang hampir dengan tempat pertandingan. Saya agak bimbang untuk uruskan 4 pendaftaran seorang diri kerana kakak…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Persediaan Hadapi Ujian Diagnostik Darjah 1

Dunia persekolahan hari ini jauh berbeza dari apa yang kita lalui satu ketika dulu. 20 tahun lalu, pelajar darjah satu hanya kenal kertas soalan peperiksaan selepas separuh tahun berada di sekolah. Itupun mungkin ramai yang tak sedar pun dia sedang duduki peperiksaan. Maklumlah kehidupan seharian kanak-kanak ketika itu terlalu banyak aktiviti luar yang menyeronokkan. Persekolahan hanya sebahagian dari rutin kehidupan, bukan bebanan. Ia jauh berbeza dengan kehidupan anak-anak kita hari ini. Beban persekolahan bukan bermula ketika darjah satu, tetapi sejak menjejak kaki ke tadika lagi. Memang bagus beri peluang anak meneroka ilmu seluasnya, namun perlulah menggunakan pendekatan yang sesuai. Jika…

Continue reading
Close