Tag

Quality Time

in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

Mengisi Masa di Kedai Makan

Pagi hari minggu yang lepas, kami sekeluarga pulang ke rumah abah di Alor Setar. Oleh kerana merancang untuk keluar awal, saya tidak sediakan sarapan pagi di rumah. Dah alang-alang nak keluar boleh la cari kedai roti canai kan. Kalau saja-saja nak keluar untuk makan kat luar tu memang tak kuasa la. Buang masa ja rasanya 😛 Dah sampai kedai tengok boleh tahan ramai jugak pengunjungnya. Pilihan yang ada nasi berlauk dan roti canai. Kami pilih untuk makan roti canai walaupun menjangkakan mungkin berlaku kelewatan. -_- Dan bagi mengisi masa menunggu, saya mendapat idea untuk membuat aktiviti bersama anakanda Fateh. Mula-mula…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Berkelah di Taman Rimba Teluk Bahang

Alhamdulillah, Isnin datang lagi. Datang dengan membawa harapan minggu baru untuk mencapai segala impian. Semoga apa jua perancangan anda dan saya akan dipermudahkan urusan-urusannya. Dalam hidup ini tiada yang mustahil untuk dicapai dengan izinNya, in syaa Allah. Hujung minggu baru-baru ni kami sekeluarga berkesempatan berkelah di Taman Rimba Teluk Bahang. Taman ini ada nostalgia tersendiri kepada saya. Sepanjang bergelar mahasiswa USM dan bekerja sebagai guru, saya pernah datang ke sini beberapa kali menguruskan program. Boleh dikatakan kebanyakan aktiviti yang disediakan di taman rimba ini telah saya terokai. Semasa bergelar mahasiswa, saya berpeluang mendaki trek hutan hingga ke pusat tadahan air….

Continue reading
in Aktiviti Anak

Pengalaman Pertama Sertai Pertandingan Mewarna

Sekarang ni kebanyakan kita masih dalam mood bercuti sempena Tahun Baru Cina kan. Seronok tengok kawan-kawan berkongsi cerita balik kampung dan melancong ke sana sini bersama keluarga. Semoga apa jua aktivitinya dinikmati dengan penuh gembira bersama sesi keluarga. Alhamdulillah pagi semalam anak-anak kami bersama sepupu mereka berpeluang menyertai pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh Darulaman Park dengan kerjasama pengurusan Didi&Friends. Saya mendapat maklumat ini dari sekolah kakak yang terletak dalam daerah Kubang Pasu. Kami sampai seawal jam 8.50 pagi. Alhamdulillah kami dapat tempat letak kereta yang hampir dengan tempat pertandingan. Saya agak bimbang untuk uruskan 4 pendaftaran seorang diri kerana kakak…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Meneroka Ilmu di Pameran Sains Pulau Pinang 2016

Hujung minggu baru-baru ini dipenuhi dengan masa bersama anak-anak. Sedari awal pagi saya cuba mencari aktiviti untuk mengisi masa berkualiti bersama anak. Alhamdulillah saya teringat poster mengenai pameran sains 2016 yang lalu di timeline facebook saya beberapa minggu lepas. Saya pun mencari tentatif program untuk merancang waktu yang sesuai. Pagi sabtu adalah perasmian dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Pasti suasana tapak pameran banyak kawalan dan pergerakan akan menjadi terhad. Jadi saya memelih waktu petang untuk lawatan kami kerana saya akan uruskan anak-anak sendirian memandangkan suami bekerja hari ini. Ketika maklumkan kepada anak mengenai lawatan ini, mereka sangat…

Continue reading
Close