Tag

ramadan anak kecil

latih anak puasa di bulan ramadan
in Ilmu Keibubapaan

5 Tips Mudah Latih Anak Belajar Puasa

Latih Anak Belajar Puasa akan menjadi pengalaman berharga dalam kehidupan kita sebagai ibubapa. Pelbagai pengalaman menarik dan lucu sering berlaku sebelum anak benar-benar faham apakah itu ibadah puasa. Mengikut hukum kewajipan puasa hanya setelah mencapai akil baligh. Namun melatih anak berpuasa sejak awal juga disarankan untuk melatih jiwa anak anak yang lebih kental. Apa-apa ibubapa sendiri boleh menilai sejauh mana kemampuan anak untuk melaksanakan ibadah puasa. Suka saya kongsikan di sini 5 tips mudah latih anak belajar puasa dari pengalaman saya melatih anakanda Fateh dan Faqihah berpuasa ketika mereka berusia 6 tahun. Beri kefahaman mengenai ibadah puasa Apa jua perkara…

Continue reading
latih anak puasa di bulan ramadan
in Ilmu Keibubapaan

Raikan Anak Kecil Berbuka Puasa

Alhamdulillah syukur Allah pilih kita untuk berada dalam madrasah Ramadan tahun ini. Sebuah nikmat besar untuk sekalian muslim. Dalam usaha kita sebagai ibubapa meningkatkan kualiti Ramadan, ini jugalah peluang kita melatih anak-anak berpuasa. Melatih anak berpuasa memang memerlukan pada kesabaran, dan tak kurang juga pelbagai kenangan indah muncul di saat itu. Kali pertama anakanda Fateh belajar berpuasa pada usia 6 tahun. Alhamdulillah ia dimulakan dengan kesediaannya sendiri. Masa tu saya hanya sasarkan anakanda Fateh berpuasa sehingga jam 12 tengahari. Alhamdulillaha ada hari yang boleh sampai jam 2.30 petang, dan ada juga yang terbabas seawal 11.30 pagi kerana kecuaian ummi. Tambahan…

Continue reading
jurnalramadan
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

Jurnal Ramadan Kembali!

Dalam sebulan lagi, umat Islam seluruh dunia akan sampai ke Madrasah Ramadan. Ramadan adalah bulan penuh barakah yang Allah kurniakan kebaikan yang banyak di dalamnya. Setiap tahun ia dinanti oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Beruntunglah sesiapa yang sukakan bulan Ramadan kerana Rasulullah S.A.W telah bersabda Barang siapa yang gembira dengan datangnya RAMADAN, Allah akan haramkan jasadnya atas api neraka. (Hadis Riwayat An-Nasa’i) Masya Allah, beruntung sangat kan. Hanya dengan gembira dengan kedatangannya pun sudah Allah janjikan kita dengan keselamatan di negara yang kekal abadi. Apatah lagi bila kita merebut segala peluang ibadah di dalamnya. Memang Allah yang Maha…

Continue reading
latih anak puasa di bulan ramadan
in Ilmu Keibubapaan

Abang Belajar Puasa, Adik Pun Perlu Bekerjasama

Salam 13 Ramadan 1437H! Pagi tadi hampir-hampir puasa anakanda Fateh terbabas. Seperti sebelumnya, ia berlaku tanpa sedar kerana baru belajar puasa. Ketika itu mereka dua beradik sedang meniarap berkongsi membaca buku yang sama. Tiba-tiba adiknya bangun dan mengambil bekas yang mengandungi biskut gula. Bekas itu diletakkan di hadapan mereka dan dia makan sambil dia mendengar abangnya bacakan buku. Pastinya abang yang sedang belajar puasa ni dah tergugat dengan aroma biskut kegemaran mereka itu. Ketika itu saya berada di dalam bilik. Tiba-tiba ja saya rasa nak keluar menjenguk mereka. Tanpa sedar anakanda Fateh telah capai biskut itu dan menggigitnya ketika saya keluar…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

3 Kelebihan Anak Belajar Puasa Menggunakan Jurnal Ramadan

Teringat masa kecik-kecik dulu, ayat keramat bila masuk Ramadan ‘Sapa tak posa, tak boleh raya’ Namun hakikatnya bila Syawal menjelma, yang puasa ke tak puasa ke semua dapat baru baru. Semua berjalan kutip duit raya sama-sama. Iya, mungkin itu cara pendidikan yang relevan semasa kita membesar. Dan Alhamdulillah teknik tu telah berjaya mentarbiah ramai umat Islam belajar puasa sejak kecil. Tapi, zaman dah berubah. Perkembangan ilmu semakin pesat. Adakah kaedah kita mendidik anak masih sama seperti dulu-dulu? Tepuk dada, tanyalah minda masing-masing. Hanya kita yang tau jawapannya. Sempena dengan Ramadan yang mulia ini, suka saya berkongsi pengalaman pertama anakanda Fateh…

Continue reading
latih anak puasa di bulan ramadan
in Ilmu Keibubapaan

Ummi Cuai, Anak Buka Puasa Awal!

Alhamdulillah, dah masuk Ramadan ke-6. Semoga momentum ibadah Ramadan kita semakin bertambah baik. Jangan pulak awal-awal semangat, makin hari makin lemah kan. Rugi kan, kerana Ramadan ni kemuncaknya di hujung. Masya Allah, moga-moga Allah pilih kita menjadi Ahli Ramadan yang berjaya. Hari ni ummi insaf..sob..sob.. Betul lah perjalanan hidup ni satu pengalaman. Ummi belajar dari kecuaian, anakanda Fateh buka puasa awal. Oleh kerana anakanda Fateh mula berpuasa dengan agak mudah, jadi ummi tak buat apa-apa persiapan mental pun. Semalam masa scroll kat facebook jumpa ada sorang ibu ni kongsi pasal perlunya pastikan peti sejuk kosong dari sebarang makanan yang mungkin…

Continue reading
latih anak puasa di bulan ramadan
in Ilmu Keibubapaan

Sahur Pertama Ramadan Fateh

Semalam puasa anakanda Fateh sungguh syahdu sekali. Kejut sahur tak bangun, dan paginya dia bangun awal pulak. Sekitar pukul 10 dia dah mula minta nak makan. Saya pun terangkan padanya kalau dah makan tak kira puasa dah hari tu. Nanti tak boleh lekat sticker kat Pohon Ramadan. Dia pun akur. Saya pun temankan dia main educational toys bersama adiknya. Dapatlah lengahkan masa dia dari fikirkan lapar. Tapi dugaan memang agak mencabar kat rumah ni. Kami tinggal di apartment yang rata-rata penghuninya adalah bukan Islam. Selepas pukul 10 pagi, aroma masakan mula menusuk hidung. Kejap-kejap dari rumah sebelah, kejap dari tingkat…

Continue reading
latih anak puasa di bulan ramadan
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

Puasa Ramadan Pertama Anakanda Fateh

Alhamdulillah, ini tahun ke 6 ummi dan abah sambut Ramadan di samping anakanda Fateh. Namun ia Ramadan pertama yang Fateh mula fahami kehadirannya. Tahun lepas ada la dia sebut pasal puasa, tapi dia sendiri masih belum faham maksud puasa tu. Tapi tahun ni, dengan bantuan guru-guru dari Tadika Pusat Islam USM, Fateh sudah mula sebut mengenai puasa dan Ramadan sejak sebulan sebelum lagi. Walaupun secara peribadi ummi tidak merancang pun nak latih Fateh puasa tahun ni, tapi ada la idea dalam kepala tu nak perkenalkan dia dengan bulan Ramadan. Sampailah seminggu sebelum puasa saya sibuk uruskan pengeposan Jurnal Ramadan keluaran…

Continue reading
Close