“Tak faham macam mana nak ajar budak-budak sekarang membaca”

Ini antara rungutan yang timbul apabila berbincang mengenai perkembangan anak-anak prasekolah. Kebanyakan tadika hari ini menggunakan Kaedah Fonik untuk mengajar anak membaca. Ibubapa yang kebanyakannya dari generasi X dan generasi Y belajar membaca dengan kaedah mengeja. Jadi berlaku percanggahan dalam proses ibubapa membantu anak-anak belajar membaca di rumah.

Memang bercanggah, tapi in syaa Allah kita sebagai orang dewasa yang sudah boleh membaca boleh mempelajari kaedah ini dengan cepat. Banyak kursus dan bahan-bahan di media sosial yang dapat membantu kita memahami kaedah mengajar fonik ini. Selagi kita bersedia untuk belajar, in syaa Allah ada jalannya.

Kumpulan sokongan Fonik (Phonic Support Group)

Kumpulan sokongan Team Go Phonic dianjurkan untuk penulis Siri Bacalah Anakku

Paling asas, dalam kaedah fonik kita hanya akan sebut bunyi huruf. Peringkat asas adalah memastikan anak mahir bunyi bagi semua huruf. Bunyi huruf dalam bahasa melayu boleh dipelajari dari Lagu ‘Abu Ada Ayam”

Selepas itu untuk membentuk sukukata dan perkataan, anak hanya perlu gabungkan bunyi bagi setiap huruf. Kaedah gabung bunyi (word blending) ditunjukkan dengan jelas oleh penulis buku Siri Bacalah Anakku, Pn Eliani Nik Nawi di dalam video ini. Bahan yang diperlukan ialah kad huruf yang boleh didapati secara percuma melalui belian Set Buku Bacalah Anakku.

https://www.youtube.com/watch?v=jnaLai_AwMs

3 langkah asas untuk mengajar anak menggabung bunyi perkataan ialah

Langkah 1: Ibu menunjukkan kad bergerak.

Ibu akan tanya semula bunyi huruf. Kemudian ibu tunjukkan kad bergerak sambil menyebut bunyi huruf. Apabila kad sudah bergabung, ibu menyebut bunyi gabungan yang terhasil.

Langkah 2: Anak menyebut bunyi bersama ibu.

Setelah melihat ibu menunjukkan kaedah gabung bunyi, anak akan menyebut bunyi bersama-sama ibu.

Langkah 3: Hanya anak menyebut bunyi.

Ibu hanya gerakkan kad, anak yang akan menyebut bunyi huruf sehingga bunyi gabungan terhasil.

Ulang langkah ini beberapa kali hingga anak kuasai bunyi huruf tersebut. Buat aktiviti pengukuhan dengan pelbagai aktiviti sambil bermain yang lain. Ini akan membantu anak lebih menguasai bunyi huruf dengan lebih baik.

Teknik gabung bunyi ini sangat penting semasa buku 1 dan buku 2. Apabila anak sudah menguasai 2 buku ini dengan baik, peringkat seterusnya akan lebih mudah. In syaa Allah.

Selamat berusaha!