Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

Hujung minggu adalah saat yang dinanti oleh seisi keluarga. Ibubapa nak lebih banyak masa bersama keluarga, sambil melepaskan lelah bekerja seminggu. Dan bagi anak-anak pula ini waktu untuk dia bermanja lebih dengan ibubapa.

Namun berada di rumah sepanjang hari bukanlah suasana yang bagus untuk anak-anak. Mengadap televisyen dan gajet sepanjang hari hanya akan menghidangkan hujung minggu yang suram kepada anak-anak. Di sini saya kongsikan aktiviti hujung minggu untuk anak-anak yang tidak memerlukan kos yang besar.

1) Bermandi-manda

Aktiviti dengan air dapat menstabilkan ion-ion dalam badan seterusnya meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal kita. Bawalah anak bermandi manda di laut, sungai mahupun kolam. Anak juga dapat belajar lebih banyak dari alam semulajadi dalam keadaan tenang.

IMG_20151128_120254IMG_20151101_092656

2) Berjalan di taman

Walaupu hampir setiap hari anak bermain di taman permainan, tapi ia masih aktiviti yang mengujakan mereka. Bawalah ke taman permainan berlainan bagi mereka merasai pengalaman baru. Tambahan pula sekarang terdapat taman permainan bertema dan mempunyai  kemudahan yang pelbagai. Semua peralatan canggih itu dapat kita gunakan dengan PERCUMA! Untungkan.

IMG_20160306_114547 IMG_20160125_182717

3) Perpustakaan

Walaupun anak sudah penat bersekolah 5 hari, tapi perpustakaan masih menjadi tempat yang mengujakan bagi mereka. Suasana perpustakaan yang kondusif dan ceria manarik minat anak untuk berada si sana. Pelbagai buku-buku menarik serta bahan-bahan aktiviti indoor juga menyebabkan anak tidak jemu berada di perpustakaan.

panjat rak buku buku canggih 2

Yang penting, ia selamat dan sangat selesa untuk mereka membaca secara santai. Selain itu perpustakaan awam juga ada menyediakan aktiviti mingguan bagi ahli perpustakaan. ia secara tidak langsung akan meluaskan lagi pergaulan anak-anak. Ia pasti akan menjadi aktiviti hujung minggu yang menyeronokkan bagi anak-anak.

IMG-20141012-WA0006 IMG_20150404_124900

4) Rumah saudara/kenalan

Sesekali bawalah anak berkunjung ke rumah orang lain. Selain mengeratkan silaturrahim, anak juga boleh belajar banyak perkara di sana. Selain itu ia juga sedikit sebanyak memberi gambaran ‘wajah sebenar’ anak-anak apabila berada di luar. Ibubapa dapat mengambil peluang untuk menasihati dalam membentuk akhlak anak-anak yang sedang membesar.

IMG_20151018_154453 IMG_20151018_155004
5) Program untuk kanak-kanak

Pelbagai pihak di luar saya gigih menyediakan pelbagai aktiviti hujung minggu untuk anak-anak yang tidak memerlukan kos yang besar. Dari pihak kerajaan, swasta, ngo malah dari persatuan-persatuan penduduk juga seringkali menganjurkan aktiviti keramaian dari masa ke semasa. Adalah rugi apabila kita tidak mengambil peluang membawa anak-anak kesana untuk melihat pameran, menyertai pertandingan dan melihat pelbagai persembahan yang mencambahkan minda mereka. Segala pengalaman ini akan menjadi pengalaman berharga kepada anak-anak.

IMG_20160320_111018 IMG_20160320_113143

Semoga perkongsian mengenai aktiviti hujung minggu untuk anak-anak ini dapat memberikan sedikit idea kepada ibubapa mengisi masa hujung minggu yang lebih berkualiti bersama anak-anak, in syaa Allah