Apa asap banyak-banyak ni ummi?

Tu la jerebu nak..

Owh..jerebu ..Kena pakai topeng macam  Upin Ipin la.

Ya..nanti kita pergi beli.

..

Dan topiknya berkisar mengenai jerebu yang kebanyakan konsepnya telah difahami secara tak langsung dari cerita Upin Ipin. Bagus la jugak kan, kurang masalah ummi nak cari ayat-ayat mudah buat penerangan.hihi.

ajaranaktentangjerebu

Walaupun anak-anak teruja melihat sendiri keadaan jerebu, teruja dapat pakai topeng macam Upin Ipin, tapi suasana ini perlu ditangani dengan bijak oleh ibu bapa. Teruja tu kejap ja, dah bosan lama-lama berkurung tu jenuh la nak fikir aktiviti untuk di orang pulak kan. Boleh la keluarkan idea2 aktiviti anak-anak yang selalu dok tekan ‘share’ aja kat facebook tu kan..hihi..

Sekadar ingatan untuk ibubapa, beberapa langkah pratikal yang perlu dititikberatkan sepanjang jerebu ini ialah

Kerap basuh muka dan tangan

Selalu basuh muka dan tangan anak terutama bila terdedah kepada angin luar. Molekul debu dalam udara yang kerap disedut semasa bernafas boleh menyebabkan gangguan pernafasan ringan.

ajaranaktentangjerebu

Minum air masak dengan kerap

Sentiasa tawarkan air kosong kepada anak, terutamanya bila berada di luar. Kena bawa bekal air lah ya.

Rawat anak yang kurang sihat segera

Segera dapatkan rawatan apabila anak menunjukkan simptom-simptom kurang sihat. Kelewatan merujuk kepada doktor boleh menyebabkan sakit anak berlarutan.

Jaga kualiti udara dalam rumah

Oleh kerana tempoh kuarantin kita akan sentiasa berada dalam rumah, pastikan suasana dalam rumah sentiasa bersih. Hanya buka tingkap dan pintu  jika IPU berada pada paras sihat.

ajaranaktentangjerebu

Gunakan topeng muka dengan betul

Latih anak menggunakan topeng muka dengan betul, bukan sekadar pakai tapi tidak berfungsi menapis jerebu. Selalu perhatikan kedudukan topeng yang anak pakai supaya ia benar-benar berfugsi.

Dan yang paling utama, kurangkan segala AKTIVITI LUAR RUMAH yang tidak penting. Sama-sama kita doakan akan musibah ini segera pulih dan Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita semua.