Teks : Sakina Hamid

Foto : Google

Alhamdulillah, kembali ke rutin harian hari ni selepas hampir seminggu berkelana. Syukur berpeluang menyambut aidilfitri 1437H bersama keluarga kedua-dua belah, dan dapat berjumpa hampir semua sanak saudara. Rezeki tu kan.

Dan Alhamdulillah walaupun selepas seminggu berubah rutin, anak-anak masih mudah di urus pagi ini. Walaupun letih perjalanan tu masih ada, tapi kuranglah ‘drama pagi’ tu kan. Hari ni suka saya nak kongsikan ilmu yang saya belajar dari ibu-ibu senior iaitu tips anak mudah bangun pagi.

1) Rutinkan tidur awal

Ini adalah persediaan paling asas. Kalau waktu tidur tidak dirutinkan, memang agak sukar untuk rutinkan waktu bangun anak-anak. Apatah lagi jika baru pulang dari perjalanan jauh, anak juga memerlukan rehat yang cukup. Sebaiknya rancanglah perjalanan supaya dapat sampai awal ke rumah, kalau dah rancang pun sangkut jugak nak buat macam mana kan.

2) Tidur dalam mood positif

Mood semasa hendak tidur sangat mempengaruhi mood untuk bangun pagi. Beri sedikit masa untuk anak-anak menyesuaikan emosi mereka untuk tidur. Tutup tv/gajet elektronik sekurang-kurangnya sejam sebelum waktu tidur. JIka anak sedang bermain mainan kegemaran mereka, beri peringatan mengenai waktu tidur mereka.

Apabila minda anak ‘disediakan’ untuk masuk tidur, mereka akan tidur dalam mood yang positif tanpa rasa tidak puas hati belum puas bermain dan sebagainya. Elakkan anak tidur dalam keadaan menangis, marah dan sebagainya. Tidur dalam mood yang positif adalah kunci utama tips anak mudah bangun pagi.

3) Bacakan buku/bercerita

Pilih cerita-cerita yang ceria, dan mungkin ada kaitan dengan keseronokan pergi ke sekolah. Bercerita kepada anak kecil sangat mudah. Pilih sahaja apa-apa cerita yang mempunyai pengajaran positif sudah cukup untuk membuatkan mereka rasa gembira. Yang penting cerita dengan intonasi yang menarik dan sudahi dengan ‘happy ending‘.

4) Refresh aktiviti esok hari

Hanya sebutkan secara umum apa yang anak-anak akan buat sebaik bangun dari tidur.

Contohnya

“Esok Faqihah nak bangun awal kan, nak mandi lepas tu pakai baju sekolah cantik-cantik”.

“Esok Fateh nak bangun awal, pergi sekolah jumpa kawan-kawan”

Minda separuh sedar anak-anak akan lebih bersedia untuk pergi ke sekolah. Saya jarang sebutkan pergi sekolah kena belajar rajin-rajin, hanya sebutkan suasana positif mengenai sekolah sahaja.

5) Tidurkan dengan makanan rohani

Selepas baca doa tidur, pasangkan ayat-ayat Al Quran bagi menemani mereka tidur. In syaa Allah bila dibiasakan dengan rutin ini, anak-anak sendiri yang akan ingatkan bila kita lupa pasangkan untuk mereka. Al Quran adalah terapi terbaik untuk dapatkan tidur yang berkualiti, malah sangat membantu anak-anak untuk menghafaznya kelak. In syaa Allah

Ini adalah beberapa tips anak mudah bangun pagi yang saya telah lama amalkan dan memberi impak yang positif kepada anak-anak. Selain itu ibubapa boleh juga dapatkan pemakanan minda yang telah terbukti dapat membantu anak-anak bangun pada waktu pagi seperti Tablet Genius RR4U.

Selamat beramal!