Tips Anak Tak Cepat Jemu dengan Mainan

0
67
views

Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid  & Google

Sebagai ibubapa pasti rasa kecewa bila lihat mainan anak-anak berhabuk tak terusik. Ataupun anak tabur-taburkan semua kemudian tinggalkan begitu saja. Langsung tak endah nak main ke, nak kemas ke.

Pernah jadi macam tu tak?

Kalau pernah mungkin boleh cuba tips anak tak cepat jemu dengan mainan ni. Tips ni diambil dari ‘orang lama-lama’ dan sudah saya praktikkan hampir 5 tahun. Alhamdulillah ia berkesan untuk anak-anak saya. Jom saya kongsikan tips nya.

1) Simpan mainan mengikut set

Ini sangat membantu untuk anak mengoptimumkan penggunaan mainan. Memang anak akan mencampur pelbagai mainan semasa bermain, itu adalah cara mereka berkreativiti. Tapi semasa menyimpan cuba asingkan megikut kategori. Jangan blok ABC nya berterabur dalam bakul, kereta kawalannya entah kemana alat kawalan jauh, dan set montessori berterabur ke sana sini.

Kita sudah banyak melabur untuk membeli mainan, pasti kita mengharapkan anak dapat banyak manfaat dari pelaburan tu kan. Simpan mainan mengikut kategori dapat membantu anak-anak mengoptimumkan penggunaan setiap mainan, in syaa Allah.

set mainan

2) Gunakan mainan secara kreatif

Kadangkala minda dewasa kita terlalu mengharapkan kesempurnaan. Jika mainan itu ada format, usah terlalu berharap anak akan bermain dengan cara yang betul. Nama pun bermain kan, biarlah ia berlaku secara semulajadi. Bila anak-anak diberi peluang untuk meneroka, pasti anda akan teruna melihat bagaimana mereka menemui cara yang lebih menarik untuk menggunakan mainan tersebut.

Yang penting, mak kenalah cool..

whiteboardfridge

 

Mainna magnetik ada whiteboardnya sendiri, tapi anak-anak lebih suka main di permukaan logam lain seperti peti sejuk, almari besi dll. Layankan ja..

 

3)Tak perlu ‘display’ semua mainan

Kebiasaannya ibubapa akan gunakan rak mainan atau pun bakul untuk menyimpan mainan. Betul tak? Kalau rak mainan tu agak kemas dan masih mudah dicari, itupun kalau sempat kemas la..hehe

how-to-organize-toys

Kalau bakul mainan tu segala jenis mainan di longgokkan di situ. Ya..iya memang sesuatu yang menarik untuk anak teroka pada awalnya, tapi bila dah berbulan-bulan kat situ anak pun naik jemu. Sebab tu anak selalu minta mainan baru, kerana dah jemu dengan mainan yang dilihatnya setiap hari.

bakul mainan

Jadi penyelesaiannya, letakkan hanya beberapa set mainan di luar. Biasanya yang paling terkini atau yang anak paling suka main. Yang lainnya simpan dalam almari/tempat tertutup.

4) Bila anak jemu, TUKAR mainan mereka

Iya..inilah tips emas yang saya belajar dari orang lama-lama. Bila tengok anak dah bosan dengan mainan yang ada, kemaskan mainan tu semua dan simpan. Keluarkan mainan lain yang tersimpan dalam almari tu. Alhamdulillah, setakat pengalaman saya anak sangat teruja ‘berjumpa’ semula dengan mainan tu.

Dan mereka akan bermain macam mainan tu masih baru. Dan aktiviti ini juga ada kesan yang positif kepada perkembangan memori anak-anak.

Dan proses itupun berulang sampailah mainan tu dah tak sesuai dengan usia anak, memang dia tak excited dah la..hihi

Teknik ini telah lama saya praktikkan, dan Alhamdulillah ia berkesan untuk anak-anak saya. Kalau berminat boleh lah cuba tips supaya anak tak cepat jemu dengan mainan ni.

Previous articleAnak Suka Main Pasir Tak?
Next articleSeronok Belajar Membaca guna ‘Siri Buku Pantas Membaca’
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here