Tips bawa anak ke Open House

0
47
views

Teks : sakina Hamid

Foto : Google

Alhamdulillah, 18 syawal sudah hari ini. Macam mana dengan puasa ganti? Harap-harap dah bermula ya..hehe. Hujung-hujung minggu ni selalunya banyak jemputan ke Open House kan. Jadi sukalah saya nak kongsi tips bawa anak ke Open House.

1) Semasa dalam perjalanan bawa anak ke Open House, maklumkan tujuan kita. Tanamkan adab apabila berada di rumah orang lain nanti. Adab nak makan, nak pinjam mainan, menonton yv dan sebagainya.

2) Bila dah sampai ingatkan anak salam dengan tuan rumah, kemudian uruskan makan anak-anak dulu. Biasanya anak-anak kecil ni bukannya nak makan sangat pun kan.

3) Pantau anak yang bermain di sekitar rumah orang. Ajar anak minta kebenaran sebelum ambil mainan anak tuan rumah. Tambah-tambah anak sulung kan, tak biasa lagi berkongsi mainan. Ibu kena lah meneman anak main, jangan sampai anak monopoli semua mainan kat situ pulak..hihi

Bila bawa anak ke Open House kena tinjau-tinjau persekitaran rumah. Kalau hiasan dalam rumah tu tak sesuai untuk kanak2, eloklah bergilir dengan pasangan jaga anak kat luar. Kang anak  berlari terlanggar apa-apa mak jugak nak naik hijau kan..huhu

4) Jangan tunggu sampai anak bosan. Walaupun mak rasa nak makan macam2 lagi, tapi emosi anak perlu di utamakan.

Bab ni memang payah nak buat, kadang bukan nak makan sangat tapi excited nak sembang. Tapi anak yang bosan akan mula membuat perlakuan yang boleh mengundang masalah.

Makan/sembang ni bila2 pun boleh makan. Tapi anak2 nak kecik ni kejap ja, jangan sampai jadi insiden marah2 anak hanya kerana‪#‎MakTakPuasMakan‬ haha..

Akhirnya, memenuhi jemputan tu wajib. Makan tu harus ja. Sama-samalah kita seimbangkan antara keseronakan beraya dan emosi si kecil. Semoga tipsbawa anak ke Open House ini bermanfaat. Selamat beramal.

Previous articleDuduk Simpuh Katak, Apa Kesannya?
Next article5 cara bermain Mainan Jenga
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here