Tips Didik Anak Berkongsi Mainan

0
136
views

Teks : Sakina Hamid

Foto : Google

 

Biasa bila ibu bapa yang sudah mempunyai lebih dari seorang anak kecil nak belikan mainan, dia akan terdetik satu perkara. Nanti anak berebut! Bagi ibubapa yang berkemampuan, dia akan belikan setiap anak satu unit yang sama. Namun jika ibubapa tidak berminat membeli 2 unit yang sama, perlukah dia membatalkan hasratnya membeli mainan tersebut?

Mari kita semak apa kata Pakar Pendidikan Kanak-Kanak, Prof Madya Dr. Bustam Kamri. Beliau merupakan Pensyarah di Universiti Tun Abdul Razak. Perkara utama untuk melatih anak berkongsi mainan ialah anak perlu diberi pilihan, bukan dipaksa menyerahkan tanpa kerelaan. Ini penting supaya anak tidak merasa berkongsi itu menyakitkan.

Antara teknik yang boleh dipraktikkan oleh ibubapa ialah

1) Beri pilihan kepada anak untuk sama ada hendak berkongsi atau tidak

Contohnya, jika anak tidak mahu main bola bersama kanak-kanak lain, beri pilihan kepadanya untuk bermain puzzle dan sebagainya. Beri masa untuk anak menerima budaya berkongsi terutama bagi anak sulung yang tinggal bersama ibu & bapanya sahaja. Dia perlu didedahkan sekerap mungkin dengn suasana yang merangsang untuk dia berkongsi

2) Latih anak berkongsi dengan orang dewasa 

Jika anak sedang memegang sebuah buku, pengasuh@orang dewasa lain boleh minat kebenaran untuk tolong bacakan. Secara tidak langsung anak belajar situasi bagaimana untuk berkongsi.

Kongsi buku

3) Minta kebenaran anak untuk berkongsi dengan orang lain.

Semasa duduk di kerusi taman, minta kebenaran anak untuk ajak orang lain duduk di kerusi yang sama. Anak akan merasa dihargai dan berkongsi secara sukarela.

sit together

4) Beri masa untuk anak buat pertimbangan sebelum berkongsi

“Boleh kawan pinjam mainan kalau dah tak nak main? Atau boleh main bersama?

Maka anak boleh main sepuas-puasnya sebelum menyerahkan mainan tersebut dengan sukarela. Dan dia juga merasa dihargai kerana diberi peluang untuk membuat keputusan.

IMG_20150211_190535

5) Didik rakan untuk bersabar menunggu giliran.

Alih perhatian kanak-kanak tersebut kepada mainan lain sambil menunggu anak kita habis bermain. Secara tidak langsung, kanak-kanak akan terdidik dengan sikap menunggu dengan sabar dan menghormati hak orang lain.

mainan lain

Kejayaan ibubapa melatih anak untuk berkongsi mainan akan membina perkembangan yang positif kepada anak. Menerusi perkongsian barang, hubungan komunikasi 2 hala berlaku. Ia akan meningkatkan kemahiran bertutur, menambah perbendaharaan kata dan kemahiran sosialisasi kanak-kanak.

Diadaptasi dari Kolum S&J Prasekolah, Majalah PAMA (Sept 2010)

Previous articleCiri-ciri mainan yang selamat untuk anak umur 1 tahun
Next articleHarapan Dhuha
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here