Hakikatnya dalam kehidupan ini masih ramai ibu bapa yang sedang menghadapi bayi meragam sebelum tidur. Kadang kala buntu dibuatnya melayan ragam si manja menangis dan serba tak kena hingga membuatkan ibu bapa kepenatan akibat tidak cukup tidur sehingga berminggu- minggu lamanya.

Menangis merupakan salah satu cara bayi itu berkomunikasi dengan ibu bapanya. Bayi menangis untuk memberitahu mereka lapar. Bayi memang cepat lapar dan perlu di susukan kerap kerana perut mereka masih kecil. Biasanya mereka perlu disusukan 4-6 jam sekali mengikut keperluan.

Punca bayi menangis yang tidak dapat dikenal pasti akan membuatkan situasi yang lebih sukar. Mari kita lihat antara perkara yang biasanya menjadi sebab bayi menangis selain lapar.

Anak meragam sebelum tidur
Menangis adalah satu bahasa bayi untuk berkomunikasi

Lampin basah

Bayi yang tidak selesa kerana lampin sudah penuh dan akan menangis sebagai cara untuk memaklumkan kepada si ibu supaya menukar lampinnya.

Tukar lampin bayi dengan segera sekiranya telah penuh. Kulit bayi sangat sensitif. Bagi mengelakkan terjadinya ruam lampin, ibu perlu cuci dan tukar lampin lebih kerap.

Anak meragam sebelum tidur
Tukarkan lampin sebelum anak tidur

Mengantuk dan letih

Seperti juga orang dewasa, bayi akan menjadi tidak keruan sekiranya mengantuk. Ada juga sesetengah bayi yang tidak mudah untuk tidur walaupun selepas menyusu kerana perlu di dodoi terlebih dahulu.

Sesetengah ibu mengaggap bayi letih perlu ditidurkan. Sebenarnya mereka cuma mahukan keadaan yang lebih tenang.

Jika dalam perjalanan jauh, kerapkan berhenti di perhentian rehat atau di kawasan yang sesuai. Semasa di dalam kereta, ibu boleh dukung bayi sekali sekala sambil lihat keadaan sekeliling dari dalam kereta kerana kemungkinan bayi penat berbaring atau duduk.

Ibu juga boleh urutkan bayi perlahan-lahan menggunakan teknik yang betul bersama balm calmtime supaya dia berasa tenang, selesa dan mudah tidur.

Tips Evergreen Atasi Anak Meragam Sebelum Tidur
Anak tidur dengan lena selepas menggunakan balm Calmtime

Balm ini mengandungi EO atau minyak pati yang dapat menenangkan dan memberikan keselesaan pada bayi supaya anak lebih ceria serta dapat tidur lebih lena.

Suhu terlalu panas atau sejuk

Keadaan suhu adalah satu lagi sebab bayi menangis. Oleh kerana tidak pandai mengadu, bayi akan menangis jika merasa terlalu sejuk atau panas.

Perhatikan cuaca dan suhu di tempat anda berada. Sekiranya keadaan agak sejuk, pakaikan pakaian yang sedikit tebal kepada bayi beserta topi, sarung tangan dan sarung kaki.

Pakaikan pakaian yang nipis atau yang tidak panas seperti singlet dan baju berlubang-lubang pada ketika keadaan suhu panas. Jika berada dirumah, pasang kipas atau penghawa dingin pada suhu yang sederhana agar bayi selesa.

Elakkan screen time sebelum tidur.

Membenarkan bayi atau kanak-kanak kecil menonton televisyen atau menggunakan barangan elektronik seperti tablet, telefon bimbit atau komputer sedangkan waktu tidurnya semakin hampir adalah kesilapan besar yang sering dilakukan keba­nyakan ibu bapa.

Tips Evergreen Atasi Anak Meragam Sebelum Tidur
Elakkan memberi gajet kepada anak sebelum waktu tidur

Apabila bayi didedahkan dengan suasana yang merangsang mindanya, ia berada dalam keadaan berjaga. Apabila dipaksa tidur, tentu saja si bayi itu tidak mahu dan akan mula meragam.

Sediakan ruang tidur yang tenang dan selesa

Apabila waktu tidur semakin hampir, bayi dan kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada persekitaran yang menenangkan supaya dia akan mula rasa mengantuk dengan sendirinya, seterusnya memudahkannya tidur tanpa perlu dipaksa.

Menurut Perunding Utama Psikologi Doktor Edward Chan, antara cara yang boleh digunakan bagi memudahkan anak kecil tidur adalah dendangan nyanyian yang lembut daripada ibu bapa, memberikan urutan, mengaji (untuk beragama Islam) atau membacakan buku cerita sebelum tidur.

Anak meragam sebelum tidur
Bayi lebih mudah tidur lena apabila berada dalam keadaan selesa

Kesemua aktiviti berkenaan bertujuan membuatkan bayi berasa tenang, selesa dan mudah mengantuk apabila rutin itu perlu dipraktikkan setiap hari sehinggalah masa tidur bayi menjadi teratur dan tepat pada waktunya.

Atas faktor itu juga, menurutnya, masalah itu perlu ditangani secepat yang mungkin bagi memastikan keharmonian hidup sekeluarga.