Baru-baru ni saya sempat ikuti rancangan Pesona D’Zahra di Radio ikim.fm. Rancangan mengenai motivasi kekeluargaan ini sangat menarik. Cara perkongsian Ustaz Muhammad bin Abdullah Al Amin sangat santai, lucu pulak tu. Tapi isi penyampaian dia memang menusuk hingga ke tulang paling dalam. Fuhh.. Ia adalah rancangan motivasi kekeluargaan yang tidak pernah jemu saya mendengarnya, Alhamdulillah.

Dalam slot yang yang saya dengar tu ada pemanggil yang bertanya bagaimana untuk kita istiqamah buat sesuatu perkara. Contohnya kita azam tak nak marah-marah anak, tapi dihujung hari selalu kecundang dengana zaman tu kan. sob..sob..

Ini adalah intipati jawapan ustaz pada soalan tersebut.

1) Niat

Setiap pagi mesti sebut semula (refresh) niat kita tu. Sebut pada diri sendiri “Aku tak nak marah anak hari ni”.
Mesti buat setiap hari, ustaz kata. Sebab bila kita sebut semula niat kita tu, minda kita akan dapat peringatan untuk buat perkara tersebut.

2) Kurangkan pilihan

Jangan bagi ada sebab langsung untuk marah anak. Ibu kena cari ilmu macam mana nak urus anak dengan betul.

Contohnya kalau biasanya kita marah anak sebab anak suka berebut mainan. Jadi ibu kena fikir bagaimana cara untuk buat supaya anak tak berebut mainan. Ibu cari lah ilmu yang betul dah praktikkan pada anak sehingga sikap berebut mainan itu terhindar dari anak-anak.
Jadi secara amnya ibu tiada sebab nak marah anak lagi kan.

Begitulah contohnya. Sama jugalah dalam kehidupan seharian kita. Cari punca kepada perkara yang selalu menimbulkan kemarahan dan cuba atasi perkara tersebut. In syaa Allah dalam proses kita mencari ilmu itu, kita juga telah menjadi ibu yang lebih baik.

marahanak

3) Doa

Doa adalah senjata kita yang utama. Sentiasa berdoa mohon kekuatan dari Allah supaya kita dapat uruskan emosi dengan cemerlang. Dengan kekuatan emosi semua cabaran yang hadir di depan mata akan menjadi kecil.

Seringkali kesalahan anak kita kecil sahaja, tapi kerana emosi kita tidak stabil, minda un tidak dapat berfikir dengan baik. Keluarlah amarah sebagai penyelesaian. Nampak macam kita dah ‘selesaikan’ isu yang timbul, tapi hakikatnya ia adalah permulaan kepada masalah yang lebih besar. Masalah anak rasa rendah diri, keras hati, pemarah dan sebagainya.

Semoga Allah sentiasa kurniakan kekuatan kepada kita menguruskan nafsu amarah dan mengurniakan ketenangan kepada kita dalam menguruskan kerenah anak-anak setiap hari. Ameen.

Sumber : Diadaptasi dari perkongsian Ustaz Muhammad bin Abdullah Al Amin; Pesona D’Zahra ikim.fm