Tips Memilih Mainan Knob

0
77
views
Wooden knob puzzle yang berkualiti mempunyai knob daripada kayu dan bersaiz besar. Permukaan puzzle adalah lapisan plastik yang melekap, bukan lapisan kertas

Teks : Sakina Hamid

Foto : Google

Ibubapa sedia maklum kebaikan mainan knob. Di dalam pasaran, terdapat pelbagai pilihan mainan knob. Saiz dari kecik hingga besar, gambar-gambar yang menarik dan sesuai dijadikan bahan pembelajaran.

Mainan yang sesuai untuk perkembangan anak 1 tahun ke atas >Wooden knob puzzle > Magnetic jigsaw >Drag bead maze
Mainan yang sesuai untuk perkembangan anak 1 tahun ke atas

Namun walaupun semunya adalah knob puzzle, ibubapa perlu membuat penilaian sebelum membuat pilihan. Berikut adalah perkongsian beberapa tips memilih mainan knob supaya anak bukan sahaja dapat bermain, malah ianya selamat dan tahan lama.

Saiz puzzle

Mainan knob biasanya digandingkan dengan tapak berbentuk puzzle. Ibubapa perlu pastikan saiz puzzle adalah selamat dengan usia anak. Anak yang masih memasukkan objek ke dalam mulut hanya boleh didedahkan dengan tapak puzzle yang besar.

knob puzzle_mini

Jenis knob

Terdapat berbagai jenis knob. Ada knob dari kayu dan ada daripada plastik. Knob kayu biasanya bersaiz lebih besar dan kukuh. Knob plastik bersaiz kecil dan biasanya agak mudah bergoyang kerana cepat longgar. Saiz yang kecil juga menjadikan anak lebih sukar untuk memegang knob tersebut.

knob ABC
Knob jenis kayu
Knob dari plastik akan mudah longgar apabila digunakan dalam tempoh yang lama. Permukaan puzzle daripada kertas glossy yang dilekat juga akan menyebabkan ia mudah lekang pada bahagian hujung.
Knob jenis plastik.

Tiada bucu tajam

Semua mainan kanak-kanak hendaklah dipastikan tiada bucu tajam yang boleh menyebabkan kecederaan kepada anak-anak semasa bermain. Hujung puzzle juga perlu dipastikan licin dan tidak mempunyai selumbar.

knob puzzle ABC

Cat yang tidak lekang

Harga produk biasanya berkadaran dengan kualiti. Saya pernah membeli knob puzzle yang murah di sebuah kedai mainan. Jika dilihat dari luaran, ia sama sahaja dengan mainan yang dijual dengan harga yang lebih tinggi. Malangnya apabila plastik dibuka, saya dapati puzzle tersebut melekat dengan cat pada bahagian tapak. Ini sangat berbahaya kepada anak kecil jika mereka tertelan.

Matlamat

Ibubapa perlu jelas apakah matlamat mereka membeli knob puzzle. Jika hanya untuk melatih otot-otot kecil pada jari anak, pada saya cukup 1 atau 2 jenis sahaja. Ia sudah cukup sebagai latihan anak-anak.

Namun jika matlamat ibuapa ialah untuk anak belajar ilmu pada puzzle tersebut, maka eloklah dipilih tema-tema yang dikehendaki. Saya mempunyai banyak pelanggan yang membeli semua corak yang ada di Kedai Cikgu kerana mahu menggunakannya sebagai bahan bantu belajar anak. Dan Alhamdulillah kurang dari 2 bulan anak mereka mampu sebut nama-nama pada wooden knob puzzle tersebut.

kebaikan knob puzzle

Jadi, apa matlamat anda membeli knob puzzle?

Semoga perkongsian ini membantu anda memilih knob puzzle yang terbaik untuk anak-anak.

Dapatkan pelbagai pilihan Wooden Knob Puzzle di SINI

 

Previous articleKebaikan Mainan Knob
Next articleIlmu Viral – Fitnah Akhir Zaman
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here