Tips Mengorek Cerita Anak

0
102
views

Teks : Sakina Hamid

Foto : Google

Pernah tak ambil anak dari taska dia nangis-nangis atau moody? Mesti dalam hati ni tertanya-tanya apa la cerita sebenarnya. Kalau anak jenis bercerita memang takda masalah la, complete dia update!

Tapi kalau anak saya ni dua-dua orang sama, lagi tanya lagi dia menangis. Jadi sekarang ni kalau ambil anak saya tengok moody ke menangis ke saya dah tak tanya dah. Saya tengok sekali imbas kat badan/muka dia kalau ada kesan apa-apa. Kalau semua ok terus masuk kereta dan balik.

Dan saya akan tunggu ja sampaiii dia sendiri buka mulut untuk cerita asal usul kejadian. Biasanya dah sampai kat rumah anak akan cerita, tapi ada jugak la kes sampai keesokan harinya baru tahu cerita sebenar. Adoi..

Alhamdulillah hari ni dok belek-belek artikel kat blogger hebat Aidil Rajiah, dapat satu ilmu cara nak korek cerita anak.

Katanya mula-mula dia akan tanya dulu, kenapa anaknya sedih. Bila takda respon, dia pun mula cerita atau buat cerita sedih. “Haikal tau tak tadi mama goreng telur. Lepas tu minyak terpercik kat tangan, sakit sangat.Hmm..” Sambil buat muka sedih.

Lepas tu Haikal pun cakap “Haikal pun sedih jugak sebab dot dot dot..

Gitu rupanya.

Nampaknya saya pun kena cuba praktikkan trick ni. Semoga anak saya dapat meluahkan perasannya dengan lebih berkesan. Dan yang paling penting kita kena perlu ambil endah setiap cerita anak, terutamanya yang berlaku di sekolah. Belajar untuk mendengar keseluruhan cerita, dan fahami situasi anak sebelum membuat kesimpulan.

Saya belajar untuk tidak cepat memberi respon kepada cerita anak, kerana kebiasaannya kita akan terlalu cepat untuk membuat kesimpulan. Bimbang kesimpulan itu menunjukkan kita memandang enteng kepada masalah anak. Yer la, kawan pijak kaki tu memang la nampak macam isu kecik untuk kita sekarang kan. Tapi masa kecik dulu kita pun sentap kan.

Apa yang lebih penting adalah kita ‘mengambil kesempatan’ atas setiap cerita anak untuk melatih dia cara berfikir yang betul dalam menangani situasi. Kan orang selalu kata, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jadi sebagai ibubapa kerja kita lah nak bimbing anak memahami hikmah bagi setiap kejadian

Wallahualam. Selamat beramal!

Mencari mainan berkualiti untuk anak-anak? Klik diĀ SINI

Previous articleMerungkai dan Mencantum
Next articlePinterest Lubuk Idea Homeschooling
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here