Kehidupan kanak-kanak yang penuh dengan imaginasi menambahkan keceriaan kepada mereka. Kajian pakar psikologi menunjukkan kanak-kanak menggunakan imaginasi untuk ‘menyelesaikan’ masalah mereka. Sebagai ibubapa, penting untuk kita membimbing imaginasi ini supaya terarah kepada nilai-nilai yang bermanfaat.

5 Tips merangsang imaginasi positif

1 – Ibubapa sebagai role model

Kanak-kanak membina imaginasi berdasarkan input yang diperolehi dari pelbagai sumber, dan ibubapa/pengasuh adalah contoh terdekat yang akan mereka ikut. Aktiviti harian sangat membentuk imaginasi anak-anak. Ibubapa yang mewujudkan suasana ibadah dalam rumah tangga akan mendapati anaknya berimaginasi menjadi imam, malah menjadi khatib. Kisah ini pernah dinukilkan dalam perjalanan hidup As-syahid Hassan Al Banna di mana semasa kanak-kanak beliau pernah membaca khutbah di dalam masjid yang kosong selepas semua orang pulang dari solat Jumaat.

imam kanak2

Begitu juga anak akan membina imaginasi jika sering melihat ibunya bermain telefon pintar atau bapanya menghisap rokok. Anak menanam imaginasi untuk melakukannya. Teringat  ketika anakanda Fateh berusia 4 tahun, dia mencari telefon semasa hendak tidur, rupanya dia ‘meniru’ aktiviti abah dan umminya yang akan kunci jam di handset sebelum tidur.

baby with handset

Kita adalah cerminan anak-anak untuk melakar imaginasi.

 

2 – Bahan bacaan yang berkualiti

Pepatah orang putih menyatakan ‘you are what you read‘ sangat pantas boleh dilihat hasilnya pada anak kecil. Jika anak-anak didedahkan dengan bahan bacaan berunsurkan akhlak yang baik seperti ucapan Subhanallah, Alhamdulillah, bersabarlah dan sebagainya, anak akan ‘berimaginasi’ menggunakan berkataan2 yang baik. Anak-anak yang sering didedahkan dengan bahan bacaan ilmiah mengenai ciptaan Allah akan mula membentuk kefahaman mereka mengenai konsep asas sains.ucapan anak soleh_1

ucapan anak soleh_2

Kandungan softbook ‘UCAPAN ANAK SOLEH’ yang sangat sesuai didedahkan kepada anak2

Bahan bacaan picisan seperti majalah superhero hanya akan menjadi pengukuhan kepada imaginasi negatif yang mereka lihat di dalam siri-siri animasi. Ia tidak mampu membina nilai yang bermanfaat ke dalam diri anak2.

majalah ben10

3 – Seisi bercerita

Semua lapisan umur suka mendengar cerita, apatah lagi kanak-kanak. Bahan cerita yang bagus akan menggalakkan anak-anak membina imaginasi yang hebat. Cerita perjuangan Rasulullah dan para sahabat, kisah-kisah teladan dan kehidupan haiwan dapat merangsang imaginasi positif apabila disampaikan dengan berkesan. Kebiasaan bercerita akan diwarisi oleh anak dan disampaikan kepada adik-adiknya dengan gaya ‘prototaip’.

bercerita

4 – Bahan tontonan

Sumber imaginasi ini sangat jelas ‘hasilnya’. Saya pernah membuat pemerhatian, anakanda Fateh akan kurang mengasari adiknya apabila dia tidak menonton siri animasi aksi. Siri animasi Boboi Boy sudah cukup untuk merangsang imaginasi superhero dalam diri anak2, walaupun dengan sekali tengok.

Secara peribadi saya tidak melihat sebarang manfaat untuk anak-anak dari siri-siri animasi superhero melainkan anak boleh menjadi ganas dengan tiba-tiba, banyak duit dihabiskan untuk membeli mainan karakter2 superhero dan imaginasi anak hanya berkisar pada perkara-perkara fantasi.

 

5- Kebenaran

Sentiasa mendedahkan kebenaran kepada anak. Cerita yang benar, jawapan  yang benar, bahan bacaan yang benar dan sebagainya. Ini semua akan menjadi sumber imaginasi terbaik untuk anak-anak kerana kebenaran tidak akan bercanggah antara satu sama lain. Anak yang sentiasa didedahkan dengan kebenaran akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan berani membina imaginasi yang realistik untuk dicapai, bukan hanya imaginasi kosong.

Acuan kebenaran yang terbaik sebagai muslim pastinya kandungan Al Quran dan As-Sunnah. Semoga kita semua berjaya menjadi ibubapa yang mampu membimbing imaginasi anak-anak ke arah kecemerlangan, in syaa Allah.

Diadaptasi dari rencana tulisan Rajiah Hasan di sini

Mencari mainan yang dapat merangsang imaginasi dan IQ anak? Jom tengok kat SINI