Tips Mulakan Bisnes Pertama

0
110
views

Bisnes pertama tidak sepatutnya terlalu kompleks, apa yang penting ialah kita beroleh KEYAKINAN untuk mula menjalankan bisnes.

Tips mulakan bisnes pertama adalah dengan apa yang kita sudah ada. Samada dalam bentuk produk/servis. Apa sahaja dalam hidup anda yang anda telah merasai MANFAAT nya sesuai untuk dijadikan perniagaan.

Ini adalah contoh situasi bagaimana anda boleh mendapat IDEA menjalankan bisnes.

Kebanyakan staf ditempat anda bekerja tidak cukup masa membeli sarapan [MASALAH]. Dalam perjalanan ke tempat kerja, anda selalu singgah membeli sarapan di sebuah gerai, dan makanannya sedap2 belaka.[MANFAAT]

Jadi, gunakan masalah staf si pejabat anda sebagai PELUANG anda berkongsi MANFAAT yang anda ada. Caranya, ceritakan kelebihan nasi lemak & kuih2 yang anda beli. Tak pandai cerita? Beli lebih dan bagi kawan2 rasa. Bila kawan2 merasai keenakan makanan tu, mesti muncul soalan ‘Beli kat mana? Haa..dah dapat satu peluang niaga.

Ambil pesanan dari kawan terdekat dulu, dan yang paling penting, ‘mark up’ la harga tu. Budaya kita orang melayu terlalu kaya dengan sikap tolong-menolong, nanti bila dah letih atau ada isu timbul, ‘tolong’ tu terhenti sekerat jalan.

Ubah persepsi itu kepada ‘tolong jual’. Jangan rasa ‘berdosa’ nak ‘mark up’ harga, kerana ada modal tenaga kita yang perlu dibayar. Selain itu bila anda membeli dalam kuantiti banyak, anda akan mula menikmati harga istimewa dari pegerai tadi, tambah untung lagi.

Berbalik kepada cerita pesanan kawan-kawan tadi, setiap hari cuba untuk perluaskan MANFAAT pek sarapan anda. Anda tak perlu terlalu menjual, cukup dengan orang lain tahu kewujudan perkhidmatan anda.

Boleh jadi bisnes ke IDEA ni? Ya..kalau anda buat dengan betul. Saya bagi pengiraan mudah.

Katakan 1 orang anda untung 50 sen (Nasi lemak + kuih)
10 orang x 50 sen = RM5
RM 5 x 20 hari = RM 100

Untung RM100 sebulan untuk bisnes pertama sudah jadi permulaan yang baik kerana sifat bisnes itu bila dibuat dengan betul akan berkembang. Anda boleh tambah minuman dalam senarai pesanan. Dan semakin berkembang dengan produk lain yang anda boleh tambah dari masa ke semasa.

Idea ini boleh diaplikasikan untuk apa sahaja produk/perkhidmatan yang kita rasa puas hati dan hendak berkongsi dengan orang lain. Niat utama berbisnes adalah berkongsi MANFAAT, bukan semata2 untuk mendapatkan duit.

Semoga perkongsian ini akan memberi suntikan idea dan keyakinan untuk anda memulakan bisnes pertama. Teruskan menggali ilmu untuk mengembangkan bisnes ke fasa yang lebih baik.

Selamat mulakan bisnes pertama!

Previous articleKelebihan SMARTPEN
Next articleMinat membaca VS Pandai membaca
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here