Tips Nak Istiqamah Baca Al Quran Untuk Ibu-ibu

0
116
views
tipsbacaalquranuntukibu

17 Ramadan 1438. Syukur dengan umur yang Allah kurniakan sehingga saat ini. Alhamdulillah kita berpeluang menjejak madrasah Ramadan, medan tarbiah untuk menjadikan kita hamba yang lebih baik dari sebelumnya, In syaa Allah.

Bersempena dengan Nuzul Al Quran ni saya teringat ada satu pengalaman yang nak dikongsi dengan ibu-ibu mengenai tips nak istiqamah baca Al Quran. Isunya begini. Masa zaman muda remaja, kebiasaannya kita baca Al Quran lepas subuh dan maghrib. Betul tak?

Masa tu kita lebih mudah nak mengurus masa. In syaa Allah boleh istiqamah. Tapi bila makin bertambah tanggungjawab, mencabar nak pastikan saya dapat baca Al Quran pada dua waktu tu. Kalau subuh lambat bangun, atau tak settle urusan pagi sebelum keluar memang dah tak baca Al Quran pagi-pagi tu. Pergilah bekerja tanpa mulakan hari dengan kalimah suci. -_-

tipsbacaalquranuntukibu

Nanti lepas maghrib baru nak pegang Al Quran,anak mintak itu ini. Lagi best tak sempat nak bagi salam anak dah terlompat-lompat depan sejadah nak poo poo la pee pee la. So memang terus lepas bagi salam ja sepantas kilat dah tinggalkan sejadah. Takda nya nak datang duduk semula.Kan..kan..

Maka seringkali berlalu hari-hari yang seharian tidak menyentuh Al Quran. Makin bertambah anak, makin berkurang masa dengan Al Quran. Allahuakbar. Macam mana kita nak tempuhi hidup yang bahagia, sedangkan kalam Allah pun kita tak sempat nak baca. Apatah lagi menghayatinya.

Alhamdulillah tahun lepas Allah kurniakan saya satu ilham menjelang Ramadan.

Saya tanam azam nak baca Al Quran SETIAP KALI LEPAS SOLAT. Dan setiap kali baca 2 helai (4 muka surat).

Selalu baca sehelai ja kan. Saya mulakan masa bulan Ramadan, waktu yang kita paling senang nak baca Al Quran Alhamdulillah.

Ok..apa kesan dari azam ni.

Alhamdulillah, jika waktu subuh tak sempat baca Al Quran nanti waktu zohor in syaa Allah sempat. Kalau terlupa waktu zohor, asar dah bertenang-tenang habis kerja sempat baca. Tak pun maghrib. Paling last 4 waktu sebelum tu gagal pun, lepas isya’ in syaa Allah dapat juga selak Al Quran.

Yang penting kita azam setiap kali lepas solat terus capai Al Quran. Jadikan kebiasaan. Tapi hakikatnya tak pernah pun semua waktu tu mengaji.

tipsbacaalquranuntukibu

Kenapa 2 helai?
Sebab selalu ja berlaku baru baca 2 ayat dah kena bangun buat hal duniawi lain kan. Jadi letak target banyak terus, walaupun jarang-jarang dapat capai.

Namun Alhamdulillah, seingat-ingat lupa saya, tiada hari tanpa Al Quran sejak Ramadan lepas. Alhamdulillah, segalanya dari Allah. Itulah tarbiah Ramadan yang paling saya rasai kesannya pada usia sekarang.

Dan kesannya juga saya rasa bila pulang bercuti di kampung. Kalau sebelum ni balik kampung ja Al Quran pun tak ingat dah nak baca. Entah apa lah sibuknya.  Tapi mungkin sebab momentum yang kita bina setiap hari tu, kita jadi teringat bila tak baca. Jadi lepas solat capai handset sempat juga mengaji sikit.

Alhamdulillah.

Pesan saya buat diri sendiri dan ibu-ibu semua, memang jalankan tanggungjawab seharian kita tu dah banyak pahala. Namun ia tidak dapat menggantikan KEBERKATAN bila hari-hari kita diisi dengan Al Quran.

Sama-sama bina azam, tiada hari tanpa Al Quran dalam baki usia kita in syaa Allah. Mohon kepada Allah sungguh-sungguh di Ramadan ini untuk Allah pilih kita dan keturunan kita menjadi pencinta Al Quran. Ameen.

Salam Nuzul Al Quran.

Jemput SHARE dengan semua ibu-ibu hebat lain semoga kita beroleh manfaat in syaa Allah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here