Bisnes online ni ada orang cakap senang, tak payah modal besar. Duduk rumah pun boleh buat duit.

Itu betul.

Tapi hakikatnya nak bangunkan bisnes online tetap ada cabarannya yang tersendiri. Tak semudah cakap-cakap orang la. Tips penting untuk berjaya dalam mempunyai push factor yang kuat dalam diri kita untuk betul-betul buat bisnes tu sampai jadi.

Tips Penting untuk Wanita Berjaya dalam Bisnes Online
Kesukaran hidup seringkali menjadi push factor yang kuat kebanyakan orang yang berjaya dalam hidup

Tapi tak ramai orang yang ada push factor yang kuat dan betul-betul boleh menolak dia naik ke atas. Sebab tu kita perlukan orang lain untuk push kita naik walaupun hakikatnya memang ada orang tak suka di push.

Ok ja boleh ja berjaya dengan cara sendiri. Kalau anda jenis macam ni sebaiknya jangan sertai sistem agen atau networking bisnes, anda memang kena bisnes sendiri, buat sendiri bisnes tu ikut apa yang kita nak.

Tapi isunya orang yang tak suka di push ni suka daftar jadi agen dropship sana sini. Lepas tu letak harapan tinggi nak dapat itu ini. Bila bimbing cara yang betul untuk buat sesuatu dia tak suka nak ikut, rasa orang push dia. Nak jugak buat ikut cara dia yang dah tak relevan sekarang ni.

Alahai kesiannya.

Bersemuka dengan leader adalah cara paling berkesan upgrade diri dengan pantas

Kalau lah dia tau, leader dia pun sangatlah berharap dia boleh gerak sendiri tanpa di push.Haha. Masalahnya sekian lama tercongok dalam team takda improvement, leader hanya jalankan tugas dia sebaik mungkin supaya agen tu dapat la capai apa target dia buat bisnes tu. Tapi dah dia rasa leader push pulak.

Walhal leader nak bantu dia jelas matlamat nak bisnes, buat perancangan apa yang perlu dibuat dan betul-betul all out sampai apa yang dirancang tu membuahkan hasil. Kalau tak jadi leader akan bimbing dia cara lain, ubah mana yang perlu sampailah jadi.

Kelas bimbingan begini penting untuk upgrade ilmu bisnes sesuai dengan keadaan semasa

Best ke best sangat ada orang push kita buat semua ni. Harap ke diri sendiri ntah bila nak jadi kan. Tambahan pula bagi wanita yang dah bekeluarga, memang banyak tanggungjawab nak urus setiap hari. Bila ada leader yang sentiasa guide kita supaya on track, in syaa Allah kita tak ketinggalan.

Syukur la sangat Allah campakkan diri kita ke persekitaran yang saling support untuk berjaya. Apa-apapun akhirnya diri kita sendiri lah yang bertanggungjawab atas impian yang kita bina sendiri. Kalau dapat apa yang kita nak pun kita la yang seronok, kalau tak dapat pun kita la yang terkilan sorang.

Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain.