Tu jerebu la nak..

0
69
views

Apa asap banyak-banyak ni ummi?

Tu la jerebu nak..

Owh..jerebu ..Kena pakai topeng macam  Upin Ipin la.

Ya..nanti kita pergi beli.

..

Dan topiknya berkisar mengenai jerebu yang kebanyakan konsepnya telah difahami secara tak langsung dari cerita Upin Ipin. Bagus la jugak kan, kurang masalah ummi nak cari ayat-ayat mudah buat penerangan..hihi..

Walaupun anak-anak teruja melihat sendiri keadaan jerebu, teruja dapat pakai topeng macam Upin Ipin, tapi suasana ini perlu ditangani dengan bijak oleh ibu bapa. Teruja tu kejap ja, dah bosan lama-lama berkurung tu jenuh la nak fikir aktiviti untuk di orang pulak kan. Boleh la keluarkan idea2 yang selalu dok tekan ‘share’ aja kat facebook tu kan..hihi..

 

Sekadar ingatan untuk ibubapa, beberapa langkah pratikal yang perlu dititikberatkan sepanjang jerebu ini ialah

  1. Selalu basuh muka dan tangan anak terutama bila terdedah kepada angin luar.
  2. Sentiasa tawarkan air kosong kepada anak, terutamanya bila berada di luar. Kena bawa bekal air lah ya.
  3. Segera dapatkan rawatan apabila anak menunjukkan simptom-simptom kurang sihat. Kelewatan merujuk kepada doktor boleh menyebabkan sakit anak berlarutan.
  4. Pastikan suasana dalam rumah sentiasa bersih. Hanya buka tingkap dan pintu  jika IPU berada pada paras sihat
  5. Latih anak menggunakan topeng muka dengan betul. Selalu perhatikan kedudukan topeng yang anak pakai supaya ia benar-benar berfugsi.

Dan yang paling utama, kurangkan segala AKTIVITI LUAR RUMAH yang tidak penting. Sama-sama kita doakan akan musibah ini segera pulih dan Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita semua.

Boleh dapatkan maklumat terkini bacaan IPU di kawasan anda di SINI

Previous articleYE KE EKONOMI MEROSOT?
Next articleSeronok Rupanya Berbekam
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here