Ujian Diagnostik Jawi Dah Hampir?

0
255
views

Pulang dari sekolah Fateh unjukkan surat dari pihak sekolah.

“Ummi, minggu depan ada ujian Jawi”

Ooo..patutlah.

Apa yang patutnya?

Patutlah wasap masuk berdesup tanya buku Ibu Ajarku Jawi, rupanya Ujian Diagnostik Jawi dah hampir. Begitulah setiap kali ujian diagnostik jawi sepanjang tahun lepas. Wasap saya akan dihujani dengan mesej ibubapa yang sangat perlukan buku ini segera. Kalau boleh petang tu juga nak minta saya hantarkan.

Ibuajarkujawi

Masalahnya saya ni di Pulau Pinang, dan yang nak membelinya pulak dekat Selangor. Macam mana la den nak nolong :-P. Tolong dengar luahan ja lah.

Ok sebelum ibu risau-risau, jom kita tengok sebenarnya apa tujuan perlaksanaan Ujian Diagnostik Jawi ini. Menurut Surat Makluman Pelaksanaan Ujian Diagnostik dari Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia ;

Ujian Diagnostik ini bertujuan untuk mengenalpasti murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi. Murid  yang belum menguasai kemahiran ini akan dimasukkan ke Kem Cemerlang Jawi Program j-QAF sehingga mampu menguasai kemahiran itu.

Jadi sebenarnya ibubapa tidak perlu lah terlalu bimbang mengenai perlaksanaan ujian ni kan. Ia hanya bagi memastikan anak-anak kita menguasai kemahiran asas membaca dan menulis jawi.

ujiandiagnostikjawi

Tapi macam mustahil jugak untuk ibubapa tak bimbang langsung kan. Haha.. Tambah-tambah mak la kan, mesti nak buat apa-apa persediaan untuk anak. Itu yang setiap kali ujian akan ramai ibubapa hubungi saya untuk dapatkan buku ini.

Buku Ibu Ajarku jawi ni antara bahan rujukan yang dicadangkan oleh guru-guru di sekolah. Susunan nya yang mudah dah konsep buku yang menarik menjadikan ia sangat sesuai untuk pelajar menguasai bacaan jawi peringkat asas.

Ibuajarkujawi Ibuajarkujawi

Namun sebaiknya buatlah persediaan awal. Stok buku ini bukan sentiasa ada sepanjang tahun. Dan urusan penghantaran melalui pos pun memerlukan masa untuk sampai. Nanti lambat sampai ke tangan dah mak kuciwa pulak kan.

Sumber : SK Bandar Renggam

Lagipun Ujian Diagnostik ini akan diadakan 2 kali setahun. Pada awal bulan Februari dan sekali lagi sebelum peperiksaan akhir tahu. Ia dijalankan serentak di seluruh Malaysia. Jadi kalau memang akan ada anak bersekolah rendah, sebaiknya jadikanlah ia sebagai satu bahan rujukan yang wajib ada si rumah masing-masing. đŸ™‚

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here