Ummi Cuai, Anak Buka Puasa Awal!

0
40
views

Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid & Google

Alhamdulillah, dah masuk Ramadan ke-6. Semoga momentum ibadah Ramadan kita semakin bertambah baik. Jangan pulak awal-awal semangat, makin hari makin lemah kan. Rugi..rugi..kerana Ramadan ni kemuncaknya di hujung. Masya Allah, moga-moga Allah pilih kita menjadi Ahli Ramadan yang berjaya.

Hari ni ummi insaf..sob..sob.. Betul lah perjalanan hidup ni satu pengalaman. Ummi belajar dari kecuaian, anakanda Fateh buka puasa awal. Oleh kerana anakanda Fateh mula berpuasa dengan agak mudah, jadi ummi tak buat apa-apa persiapan mental pun.

Semalam masa scroll kat facebook jumpa ada sorang ibu ni kongsi pasal perlunya pastikan peti sejuk kosong dari sebarang makanan yang mungkin akan dimakan oleh anak-anak yang berpuasa. Saya baca ja tanpa perasaan.

fridge

Sampailah pagi tadi, dalam pukul 11 lebih tiba-tiba saya tengok Fateh ambil air nak minum. Saya kata mana boleh minum lagi, belum pukul 12. Tapi katanya dia dah makan kerepek bawang. Upss..saya baru perasan kerepek bawang lebihan semalam letak kat kabinet dapur. Dan kerepek bawang adalah makanan kegemaran beliau!

Huh..tak dapat nak cakap apa-apa. Sebab saya tengok dari gayanya tidaklah macam nak buka puasa awal sangat pun. Tapi lebih kepada ‘termakan’. Kerana dah jadi kebiasaan lalu kat kabinet tu ambil kudap-kudapan dan makan.

Saya pun teringat semua perkongsian yang saya baca semalam, rupanya ia adalah elemen penting apabila melatih anak kecil berpuasa. Ibu perlu pastikan persekitaran rumah ‘selamat’ daripada makanan yang anak boleh makan secara sengaja atau tidak sengaja.

Jika tidak, kecuaian ibu akan menyebabkan anak mendapat peluang buka puasa awal!

Previous articleSahur Pertama Ramadan Fateh
Next article3 Kelebihan Anak Belajar Puasa Menggunakan Jurnal Ramadan
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here