Umur Berapa Nak Hantar Anak ke Tadika?

0
371
views

Beberapa hari lepas saya dapat satu mesej dari pelanggan Kedai Cikgu. Dia meminta pandangan saya  samada perlu hantar anaknya pada usia 3 tahun 3 bulan ke tadika pada seisi Januari 2017 ini. Sebenarnya saya kurang gemar menjawab soalan begini dari jarak jauh, kerana saya tidak tahu situasi keluarga yang bertanya. Tambahan pula saya bukan pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak. Hanya sedang membina kepakaran dalam bidang educational toys. ;-D

Tapi semalam saya cuba juga memberi respon kepada soalan tersebut. Saya cuba beri respon kerananya katanya anaknya tidak mahu ke sekolah. Jadi saya cuba memahami bahawa anaknya belum bersedia untuk mengikuti pembelajaran formal. Tetapi di pihak ibu, dia mahu menghantar anak tunggalnya buat masa ini tadika supaya dapat bersosial. Kalau ikut ada tahun akademik, anaknya dikira berusia 4 tahun pada 2017.

Jadi saya tinggalkan soalan tu begitu saja kerana saya rasa ibunya sudah pun ada pendapat sendiri. Dan saya pula bukanlah pakar dalam bidang ini. Pagi ini sya teringat untuk buat sedikit bacaan, dan saya temui beberapa perkongsian dari ibu berpengalaman yang lain. Puan Nazurah Hassan, seorang pensyarah dan penyelidik menyenaraikan Bagaimana untuk Mengetahui Anak Sudah Bersedia ke Tadika?. Manakala Puan Hazrina Nasir, ibu yang banyak buat aktiviti homeschool pula berkongsi pandangan mengenai Sebab Hantar Anak 3 Tahun ke Tadika.

Mereka mempunyai sebab yang jelas kenapa mahu menghantar anak pada satu usia tertentu. Jadi pada pandangan saya, selagi ibubapa faham apa yang sedang mereka lakukan, in syaa Allah ia tidak akan mendatangkan masalah. Kita buat sesuatu bukan kerana pengaruh persekitaran mahupun trend, tetapi bertindak dengan ilmu dan pengalaman.

Sebagai ibu yang pernah bekerja semasa anak masih bayi, saya memang banyak merasai keburukan hantar anak ke taska/tadika pada usia yang terlalu muda. Kerana itu jika ada pilihan, saya suka menyarankan untuk ibubapa melengahkan usia untuk hantar anak ke tadika. Walaupun mungkin anak itu seperti sudah tidak sabar-sabar hendak ke tadika, sebenarnya itu bukanlah indikator untuk kita menyatakan dia sudah bersedia untuk belajar.

Saya pernah lalui pengalaman menjaga Faqihah sendiri pada usia 3 tahun. Menjelang usia 4 tahun, dia menunjukkan minat yang bersungguh-sungguh untuk ke sekolah. Sanggup bangun pagi, mandi dan bersiap untuk ke sekolah bersama abangnya. Bila cakap dia belum sekolah, menangis-nangis nak ikut. Jadi sebagai ibu muda, saya anggap anak sudah bersedia untuk ke sekolah.

Saya pun hantar kelas percubaan di semua montessori berhampiran. Dia nampak seronok semasa tempoh percubaan. Jadi saya pun buat pendaftaran. Tidak sampai sebulan dia dah mula ‘minta cuti’. Dan selepas bulan ke tiga dia langsung tidak menunjukkan seronok ke sekolah. Saya hanya bertahan 5 bulan sebelum hentikan dia dari tadika pada usia 4 tahun 5 bulan. Kalau dah setiap hari cakap tak nak pergi sekolah buat apa nak paksa kan.

Itulah cebisan pengalaman saya.

Pada saya, anak bersekolah atau tidak itu adalah perkara kedua. Yang penting tempoh masa anak bersama kita hendaklah digunakan sebaiknya untuk merangsang potensi anak-anak. Baca sebanyak-banyaknya kaedah untuk merangsang perkembangan anak. Kenali anak sebaiknya dari segi minat, cara belajar dan jenis kecerdasan. Buat aktiviti untuk rangsang perkembangan motor, latih daya fokus dan koordinasi badan setiap hari. Yang penting, sebagai muslim tanamkan akidah dan prinsip hidup seorang muslim sejak kecil lagi seperti yang saya pelajari dari Seminar A.N.A.K.K.U.

Bila ibu fokus untuk buat semua ini sejak anak bayi, usia berapa hantar anak ke sekolah itu bukanlah isu. Percayalah, walau mahal macam mana pun tadika yang didaftar, ia tak mungkin sama dengan apa yang kita sendiri sebagai ibu lakukan pada anak. Masakan sama tumpuan dari seorang guru kepada 20 murid berbanding tumpuan khusus seorang ibu kepada anaknya. Jenis pemilihan tadika juga sangat penting. Bukan semua tadika dapat merangsang potensi anak 4 tahun.

Kita yakin dengan guru tadika kerana mereka ada kemahiran mengurus kanak-kanak. Yang sebenarnya pada hari ini, ilmu dan kemahiran ini boleh kita dapati dengan sangat mudah. Ilmu yang percuma pun sudah terlalu banyak untuk diamalkan. Belajar bagaimana untuk memahami anak sendiri dan aplikasikan pada anak sebaik mungkin. Jadi bila ibu sudah mempunyai ilmu yang jelas, hantar anak ke tadika bukan lagi isu utama.

Wallahualam.

Previous articleKemana sakinahamid.com pada 2017
Next article5 Idea Ajar Anak Mula Membaca Di Rumah
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here