Uniknya mainan Labyrinth

1
63
views
Mainan Labyrinth
Anak yang banyak melakukan aktiviti yang melibatkan otot-otot kecil pada tangan akan mudah untuk belajar memegang pensel

Teks : Sakinah Hamid

Foto : Sakinah Hamid

Kali pertama saya lihat mainan labyrinth ini ialah di sebuah klinik kanak-kanak. Persepsi pertama saya, apalah faedah mainan ni, berpintal-pintal! Dan ia berlalu begitu sahaja. Sampailah suatu hari saya terdengar satu rancangan di radio ikim.fm mengenai rangsangan untuk mengajar anak membaca. Tetamu jemputan ketika itu ialah penulis siri buku cepat membaca yang laris di Malaysia – Siri Fonik Bacalah Anakku iaitu Tuan Othman Ahamad.

Selain teknik khusus untuk anak memahami fonik, Tuan Othman juga mendedahkan akitiviti rangsangan untuk anak cepat membaca. Antara yang dicadangkan ialah Mainan puzzle dan Labyrinth/bead maze ini. Rasionalnya, anak yang belajar membaca perlu mengecam bentuk-bentuk huruf dengan cepat. Dari situ mindanya akan gabungkan bentuk huruf dengan bunyi.

drag bead maze

Dengan bermain Labyrinth, anak perlu mengecam laluan untuk guli tersebut. Dengan bentuk yang berlingkar-lingkar, ia akan menjadi cabaran untuk anak kecil mengecam laluan dengan cepat. Dan apabila mereka berjaya membawa guli ke hujung, kepuasan diri akan terserlah. Sekaligus ia akan meningkatkan keyakinan diri anak.

Selepas mendengar slot ini, saya terus singgah ke kedai pembekal Educational Toys saya dan dapatkan 1 unit untuk anak. Walaupun ketika itu anakanda Fateh sudah berusia mencecah 3 tahun, tapi dia masih berminat dengan mainan ini. Alhamdulillah.

Mainan ini nampak ringkas namun mampu membuatkan anak kecil leka bermain untuk tempoh yang lama. Secara tidak langsung ia juga melatih daya fokus anak ke tempoh yang lebih panjang.

DSC00138
Faqihah (2 tahun) sedang bermain labyrinth saiz sederhana

Mainan Labyrinth juga selamat untuk anak-anak kecil kerana gulinya disusun dalam lingkaran tertutup. Tiada risiko anak tertelan objek kecil. Permukaannya juga tiada bucu-bucu tajam.

IMG-20160203-WA0000
Waiz – 10 bulan sedang tekun dengan mainan Labyrinth

Semasa bermain, anak perlu gunakan 3 jari untuk memegang guli. Secara tidak langsung ia akan menguatkan otot-otot kecil di jari bagi membantu perkembangan psikomotor halus yang lebih optimum.

Secara keseluruhannya mainan labyrinth ini sangat bagus untuk merangsang pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Ia sesuai seawal anak sudah boleh duduk untuk bermain  Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz tetapi saya kurang menggalakkan ibubapa dapatkan saiz yang terlalu kecil. Lingkarannya terlalu sedikit dan kurang mencapai tujuan asal mainan tersebut.

labyrinth
Labyrinth bersaiz besar adalah paling ideal untuk anak bereksplorasi

 

 

Mainan labyrinth ni PSN
Labyrinth – Antara mainan yang banyak terdapat di sudut bayi dalam Pusat Sains Negara

Bagi ibubapa yang berminat mendapatkan mainan Labyrinth boleh klik di SINI.

Previous articleMenggilap Keyakinan Diri Sejak Kecil
Next article3 Tips Mengajar Anak Secara Santai
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here