Alhamdulillah, hari ni dapat jenguk pasar pagi2 tadi. Macam biasa la kan, cari parking pun kena pusing2 baru dapat. Lepas tu nak membeli asyik kena beratur ja. Beli ikan kena tunggu, beli sayur beratur lagi, beli kuih pun berebut2. Pendek kata kalau duduk kat pasar tu memang terasa ekonomi negara tersangatlah kukuh..fuh!

Panjang pulak ulasan orang sekali sekala gi pasar tu kan.

Sebenarnya saya nak ajak kawan2 fikirkan, walaupun kita bercakap keadaan ekonomi begitu begini, tapi aktiviti perniagaan tetap berjalan rancak. Orang tetap membeli,dan akan terus membeli untuk kelangsungan hidup.

Cuma..segmen pembelian mungkin berubah2. Waktu orang berduit, restoren penuh. Waktu poket tak berapa meriah, ramai akan kurangkan makan di luar. Masa ni bahan mentah mendapat permintaan lebih. Yang penting, usahawan perlu bijak ‘membaca’ pasaran.

Kepada kawan2 yang ‘ada rasa’ nak berbisnes, mulakan ja. Tak perlu tunggu ekonomi begitu begini, kita bukannya nak mulakan bisnes juta2 pun. Yang penting ilmu untuk berbesnis perlu digali. Supaya ia dapat memandu kita melakukan tindakan yang tepat, in syaa Allah.

Selagi kita tak mulakan, selagi itulah kita rasa bisnes tu susah.

Mulakan sekarang!

Ya..mulakan sekarang!