cara mudah hafal sifir
in Ilmu Keibubapaan

Cara Mudah Hafal Sifir, Tak Perlu Guna Kaedah Pelik-pelik

Cara Mudah Hafal Sifir ini adalah teknik berkesan yang guru saya buat semasa saya darjah 5. Masa tu saya baru pindah sekolah tu, terpinga2 tengok orang lain kemain laju dapat jawab soalan sifir. Rupanya memang latih tubi mingguan. Saya sendiri pun masa darjah 5 tu baru betul-betul ‘lekat’ semua sifir tu, setelah saya pindah jumpa Cikgu Ehsan. Beliau guna kaedah latih tubi ala-ala Kumon tu untuk bagi kami betul2 ingat sifir. Ni cerita zaman 90an yer kome, makhluk Kumon tak dikenali lagi masa tu.hehe. Cara Mudah Hafal Sifir untuk Pelajar Lemah Matematik Kemudian bila saya jadi cikgu matematik, saya dapat…

Continue reading
ruam bayi alahan telur
in Ilmu Keibubapaan, Kesihatan bayi dan kanak-kanak

Bayi Alahan Telur, Pengalaman Pertama yang Mendebarkan!

Saya baru mengalami pengalaman mendebarkan bayi alahan telur setelah anak ke empat. 3 orang anak sebelum ni Alhamdulillah tak pernah alami alahan yang serius, ruam gatal sikit-sikit tu ada la. Tapi pengalaman kali ini agak mendebarkan kerana saya pun tak pernah kenalkan telur pada bayi terlalu awal. Ini juga kesan keterujaan tengok video info pendek tapi tak mengkaji lebih mendalam. Dalam info tu bayi boleh diberi telur seawal 8 bulan, oleh kerana anakanda Fayyad sudah 10 bulan saya pun yakin saja berikan sesudu besar telur bercampur bubur kepadanya. Respon awal gejala alahan telur Sejurus lepas makan dia mula gelisah. Selepas…

Continue reading
Doa Ibu Waktu Anak nak Exam
in Ilmu Keibubapaan

Sebenarnya Anak Perlukan Doa Ibu bukan hanya Waktu Nak Exam

Hari ini saya ambil masa bertenang merenung perjalanan sebagai ibu. Serasa baru saja saya bersendirian memikirkan isu-isu jagaan anak yang masih kecil, hari ini mereka sudah meniti usia remaja. Alhamdulillah syukur dengan nikmat pinjamanNYA. Bila memikirkan anak, seringkali ia hadir bersama kebimbangan mengenai masa depan mereka. Bagaimana jalan hidup yang mereka akan tempuh, apa mereka akan buat, di mana kehidupan mereka bakal berlabuh. Benda2 macam ni kalau kita fikir dan fikir pun sebenarnya takda jawapan pun. Kita boleh merancang tapi akhirnya perancangan Allah jualah yang terbaik untuk kita semua. Cuma 1 senjata utama yang kita ada adalah DOA. Sebenarnya anak…

Continue reading
Anak Susah Makan Ubat Demam
in Ilmu Keibubapaan, Kesihatan bayi dan kanak-kanak

Pengalaman Anak Susah Makan Ubat Demam, No 3 cara paling mudah!

Ada anak susah makan ubat ni memang jadi mimpi ngeri untuk kita setiap kali anak tak sihat kan. Lagi-lagi ubat PCM (Parecetamol), memang tak sempat sampai tekak anak dah luahkan balik. Ubat tu pahit sebenarnya, jadi memang tak pelik la anak tak nak telan.

Dari anak pertama sampai ke 4, macam-macam cara la jugak kami buat setiap kali anak tak sihat. Memang semua jenis kena berperang sakan bila nak bagi ubat. Saya kongsikan pengalaman ni moga ada yang bermanfaat untuk kalian.

Ambil ubat di klinik homeopathy

Untuk anak pertama dan kedua kami yang susah makan ubat, kami beli ubat demam,batuk & selsema dari klinik homeopathy. Ubatnya jenis biji kecil-kecil warna putih, rasa manis. Jadi takda masalah langsung nak bagi diorang makan bila-bila masa pun, dan Alhamdulillah ubat ni sangat serasi dengan anak-anak kami.

Anak Susah Makan Ubat boleh bagi ubat homeopathy
Ubat homeopathy disembur ke atas bebola gula yang manis

Untuk bawah setahun ubat di ada juga jenis cecair. Saya pun selalu ambil ubat batuk jenis cecair dari Homeopathy, ubatnya tak mengantuk. Jadi kalau anak anda jenis susah makan ubat, mungkin boleh cuba ikhtiar cara ini.

Pendekatan psikologi untuk anak susah makan ubat

Cara ini saya belajar masa anak ke 3, lambat sungguh kan.heheh. Antara yang saya belajar, kita jangan buat sesi makan ubat tu macam satu benda yang menggerunkan anak. Kena relaks santai-santai macam kita nak makan benda lain jugak, tak perlu la nak pegang dia kuat-kuat sampai dia rasa terancam!

Anak Susah Makan Ubat
Susah makan ubat boleh jadi faktor psikologi merasa pengalaman buruk sebelum itu

Jadi secara psikologinya anak akan nampak benda tu biasa, maka anak pun akan tenang hadapi sesi makan ubat dan tak jadi fobia untuk dia.

Menjadi ke?

Saya rasa menjadi kalau ubat tu tak pahit sangat.haha.

Bagi Jus Rizzqy untuk anak susah makan ubat

Haaa..ini claim berani mati namanya.kihkih. Ini pengalaman saya saja, saya dah buat dan nampak hasil jadi saya rasa nak berkongsi kat sini untuk yang sedang mencari cara untuk anak kalian.

Saya faham perasaan mak yang anaknya susah makan ubat. Demam tinggi, nak suap ubat kena berperang sakan, macam2 cara kita paksa kadang dan masuk mulut pun dia ludah luah balik. Jadi apa lagi cara nak bagi anak kebah kan.

Yang pentingnya kita kena faham, demam ni bukan penyakit. Ia adalah simptom yang menunjukkan badan senang bekerja untuk lawan jangkitan dalam badan. Jadi yang badan perlukan sebenarnya adalah kekuatan antibodi untuk lawan jangkitan tu.

Anak Susah Makan Ubat

Bila saya jumpa jumpa Jus Rizzqy ni, saya tengok kandungan dalam tu semuanya superfood. Madu tualang, kurma, aprikot ,delima, buah tin, cendawan susu harimau serta Omega 3&5. Jadi antara kebaikan jus ini ia dapat bantu antibodi badan lebih kuat.

Anakanda Fathinah mula demam semalam pagi semalam, hidung pun mula berair. Saya pun cubalah bagi dia 1 sudu jus Rizzqy. Lepas tu nampak dia bersin keluar hingus yang pekat. Lepas tu suhu demam dia turun. Nampak macam berfungsi.

Jus Rizzqy adalah minuman kesihatan yang selamat untuk kanak2 seawal 2 tahun

Lepas beberapa jam demam dia naik balik, saya bagi lagi 1 sudu. Dan sama juga lepas bagi tu dia nampak mengantuk sikit dan tak lama lepas tu suhu demam pun turun.

Ikutkan untuk pengambilan harian 2 sudu dah mencukupi. Tapi sebab tengah demam ni saya up kan pengambilan. Ini dah dirujuk dengan pakar sebab Rizzqy ni bukan ubatan, ia kategori makanan jadi tiada isu lebih dos.

Alhamdulillah lepas sehari semalam, pagi esoknya demam Fathinah dah kebah. Tinggal selsema ja ada sikit-sikit lagi lepas tu petangnya dia main hujan pulak.kihkih.

Kalau tengok pengalaman ibubapa ni pun memang Jus Rizzqy ini dapat membantu anak lebih cepat pulih dari demam, batuk dan selsema.

“Sekarang dah jarang demam”
“Batuk & selsema dah hilang”
“Anak dah jarang selsema”

Apa-apa pun ini hanyalah perkongsian pengalaman kami, bukan pembuktian ia akan berkesan untuk semua orang. Bila anak tak sihat ni kita hanya berikhtiar, ubat hanyalah asbab kesembuhan. Tapi yang akan bagi kesembuhan hanya Allah As Syifa, yang boleh bagi kesembuhan samada dengan makan ubat atau pun tidak. Wallahualam.

in Kesihatan bayi dan kanak-kanak, Umum

Sabun dan Krim Terbaik untuk Rawat Ekzema Bayi

Kali pertama saya tau mengenai ekzema adalah sekitar 10 tahun lepas. Masa tu kawan datang rumah tengok pipi anak dia merah kemain. Dia cuba fahamkan kami dengan masalah ekzema tapi memang otak tak dapat nak proses maklumat masa tu. Lagi simpati tengok keadaan anaknya yang ‘nampak sakit’. Zaman tu macam jarang sangat la jumpa bayi masalah ekzema ni, mungkin kalau ada pun lebih cenderung untuk sembunyikan dari khalayak ramai. Tapi hari makin hari rasa ekzema ni macam dah terlalu biasa kan. Memang mencabar tapi ia satu keadaan yang perlu dihadapi. Bagi ibubapa yang anak-anak sihat tanpa masalah ekzema ini adalah…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan, Kesihatan bayi dan kanak-kanak

Tips Melegakan Masalah Penyakit Kulit

Penyakit kulit boleh dirawat melalui beberapa cara alami. Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunakan untuk melegakan masalah kulit: Mandi menggunakan air garam Apabila anak disahkan mengalami ekzema, corak pemakanan keluarga kami berubah kepada makanan yang lebih sihat. Untuk rawatan secara semula jadi, saya mandikan anak air garam berwarna merah jambu dan guna air sejuk sahaja.  Selepas mandi, saya tidak lap, cuma tekan tubuhnya secara lembut menggunakan tuala. Dengan cara ini, saya dapati ia dapat melegakan kegatalan pada kulit anak saya. Saya juga amalkan anak-anak tidak makan makanan manis pada bulanan penuh iaitu 13,14,15 mengikut tarikh Islam pada setiap bulan …

Continue reading
in Kesihatan bayi dan kanak-kanak, Umum

Punca Masalah Kulit Pada Bayi dan Cara Pencegahannya

Semua ibubapa impikan kulit bayi sentiasa halus mulus tanpa sebarang masalah. Namun seringkali anak kecil hadapi masalah kulit seperti  ekzema, kerak kepala, ruam panas, ruam lampin, alahan dan impetigo. Antara punca berlakunya masalah kulit adalah faktor cara penjagaan, genetik dan faktor kulit bayi yang belum matang. Ekzema Bayi Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan. Menurut kajian, penyakit ekzema mempunyai pertalian genetik. Sekiranya salah seorang sama ada ibu atau ayah merupakan penghidap ekzema maka ia memberi kesan genetik itu kepada anak-anak. Ia terjadi apabila penghadang kulit tidak berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan alahan mudah meresap ke lapisan kulit yang menyebabkan…

Continue reading
in Kesihatan bayi dan kanak-kanak, Umum

Penyakit Kulit Yang Selalu Dialami Bayi

Masalah kulit boleh terjadi kepada anak kecil mahupun orang dewasa. Banyak faktor yang mendorong berlakunya masalah ini. Sebelum kita kupas faktor terjadinya masalah kulit ini, jom kita kenali antara jenis masalah kulit yang kerap berlaku. Ekzema Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan. Menurut kajian, penyakit ekzema mempunyai pertalian genetik. Sekiranya salah seorang sama ada ibu atau ayah merupakan penghidap ekzema maka ia memberi kesan genetik itu kepada anak-anak. Ia terjadi apabila penghadang kulit tidak berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan alahan mudah meresap ke lapisan kulit yang menyebabkan berlakunya alahan dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kulit yang banyak. Penyebab terbentuknya ekzema…

Continue reading
in Umum

Kedai Bayi dan Farmasi Jual Produk Tasneem Naturel di Kelantan

Kebanyakkan ibubapa sekarang berusaha memberi yang terbaik buat si manja mereka. Mereka mengambilkira penggunaan produk yang selamat buat si manja agar mereka sentiasa sihat dan ceria. Di Tasneem Naturel, kami memang menggunakan bahan yang semulajadi dan bebas dari bahan yang merbahaya. Produk Tasneem Naturel kini boleh di dapati dari Kedai Bayi dan Farmasi di seluruh negeri. Di sini lokasi bagi penduduk di negeri Kelantan yang mahu mendapatkan produk Tasneem Naturel. Lead Farmasi Jelawat Bagi penduduk warga Jelawat yang mahu mendapatkan produk Tasneem, boleh berkunjung ke Lead Farmasi Jelawat. Lokasinya berdekatan dengan Pasar Jelawat. Carian google boleh klik DI SINI. Farmasi…

Continue reading
in Umum

Kedai Bayi dan Farmasi Jual Produk Tasneem Naturel di Pahang.

Alhamdulillah semakin ramai yang mengambil berat akan kepentingan menggunakan produk yang natural dan tiada unsur bahan kimia dalam produk barangan bayi. Di Tasneem Naturel, kami memang menggunakan dari bahan semulajadi dan bebas dari bahan merbahaya. Farmasi Temerloh Jaya Penduduk kawasan Temerloh yang memerlukan produk Tasneem Naturel boleh berkunjung ke Farmasi Temerloh Jaya untuk mendapatkannya. Lokasi farmasi ini berhampiran dengan Masjid Temerloh Jaya, Pahang. Carian google boleh klik DI SINI. Farmasi ini beroperasi seperti berikut: Isnin – Sabtu : 9.30 pagi – 10 malamAhad : 9.30 pagi – 6.00 petang Ia merupakan farmasi yang baru dibuka di kawasan ini. Di dalam…

Continue reading
in Umum

Kedai Bayi dan Farmasi Jual Balm Tasneem di Terengganu

Alhamdulillah produk Tasneem sudah mendapat tempat di hati ibu bapa di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Semakin ramai yang memahami kepentingan menggunakan produk yang bebas dari bahan kimia dan sintetik. Malah produk ini juga telah banyak membantu memudahkan urusan harian ibu bapa bersama anak-anak. Alhamdulillah. Anda boleh dapatkan rangkaian produk Tasneem dari Agen Sah Tasneem atau di rangkaian Kedai Bayi dan Farmasi seperti berikut. Farmasi Friska Gong Badak, Kuala Terengganu Bagi penduduk warga Kuala Terengganu yang memerlukan produk Tasneem Naturel boleh berkunjung ke Farmasi Friska Gong Badak untuk mendapatkannya. Lokasi farmasi ini berada di deretan Fauzi Nasi Kerabu atau Kambing…

Continue reading
in Umum

Perbezaan Balm Calmtime dan Balm Sleeptime Tasneem Naturel, Mana Satu Pilihan Yang Sesuai dengan Bayi Anda

“Antara balm calmtime dan sleeptime, yang mana satukah patut saya miliki?” – Persoalan yang kerap di tanya oleh pelanggan Tasneem Naturel Ramai yang bertanyakan hal yang sama, apakah perbezaan antara balm calmtime dan balm sleeptime Tasneem Naturel? Jadi atas rasa bertanggungjawab saya akan kongsikan kepada anda semua. Balm Calmtime dirumus khas untuk membantu badan mengeluarkan hormon tenang. Antara bahan yang terdapat di dalam balm Calmtime adalah bergamot, roman chamomile, orange, geranium dan beberapa essential oil lain. Bacaan lanjut boleh klik SINI. Manakala balm Sleeptime berfungsi untuk membantu menstabilkan hormon tidur dengan jaga. Selain itu, ia dapat memberi kualiti tidur yang…

Continue reading
Close