Monthly Archives

October 2015

in Umum

Keindahan TAWAKAL.

Antara rukun dalam bisnes yang sangat saya suka ialah TAWAKKAL. Pemerhatian saya, semakin tinggi level bisnes seseorang, semakin mantop tahap TAWAKKAL mereka. Dalam bisnes apa yang kita usahakan tak semestinya berhasil, tapi INSYAA ALLAH akan ada rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka. Kadang-kadang, saya bangun bagi dengan sejumlah bungkusan yang telah siap di bayar, tunggu nak pos ja. Tapi ada juga masanya bangun pagi tanpa apa2 janji dari prospek, saya buat marketing di sana sini seadanya. Menjelang tengahari tiba-tiba beramai2 nak buat bayaran. Betapa bisnes mengajar saya segalanya ditentukan DIA. Kadang-kadang boleh ‘close-sale’ 10 orang, tapi sorang pun tak ‘bank…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Minat membaca VS Pandai membaca

Mana lagi penting? Hasil dari survey rakan-rakan facebok, 9/10 daripada ibu2 berpendapat MINAT membaca lebih penting dari PANDAI membaca. Pengalaman saya sebagai ibu, memupuk MINAT MEMBACA perlu dilakukan seawal mungkin. Bermula dengan anak sukakan buku, diikuti dengan minat nak tahu kandungan buku. Semasa anak sulung (Fateh)dulu, saya tidak meletakkan apa-apa matlamat untuk AJAR MEMBACA. Tapi kami sentiasa bacakan buku kepadanya. Fateh akan bawa buku yang dia minat untuk kami bacakan. Rutin santai ini berlaku dimana-mana tanpa apa2 tekanan. Menjelang usia adiknya(Faqihah) berusia 3 tahun, dia mula ‘mendapat’ habit abangnya. Maka, aktiviti bacakan buku sudah ada giliran. Berlumba2 nak suruh bacakan…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Tips Mulakan Bisnes Pertama

Bisnes pertama tidak sepatutnya terlalu kompleks, apa yang penting ialah kita beroleh KEYAKINAN untuk mula menjalankan bisnes. Tips mulakan bisnes pertama adalah dengan apa yang kita sudah ada. Samada dalam bentuk produk/servis. Apa sahaja dalam hidup anda yang anda telah merasai MANFAAT nya sesuai untuk dijadikan perniagaan. Ini adalah contoh situasi bagaimana anda boleh mendapat IDEA menjalankan bisnes. Kebanyakan staf ditempat anda bekerja tidak cukup masa membeli sarapan [MASALAH]. Dalam perjalanan ke tempat kerja, anda selalu singgah membeli sarapan di sebuah gerai, dan makanannya sedap2 belaka.[MANFAAT] Jadi, gunakan masalah staf si pejabat anda sebagai PELUANG anda berkongsi MANFAAT yang anda…

Continue reading
in Review

Kelebihan SMARTPEN

Hari ni saya nak kongsikan tentang teknologi terkini dalam pendidikan kanak2, yang semakin banyak pilihannya dalam pasaran. Iaitu kaedah pembelajaran menggunakan SMARTPEN dan SMARTBOOK. Apakah smartpen? Smartpen ialah peranti elektronik yang boleh membaca maklumat yang tersimpan di dalam cip elektronik pada ‘smartbook’. Hanya halakan muncung pen pada bahagian yang hendak dibaca, pen akan keluarkan suara menyebut perkataan tersebut. Apa kelebihan smart pen? 1- Smartpen menjadi ‘guru professional’ secara tak langsung kepada anak-anak. Terutama bagi ilmu2 yang memerlukan kemahiran khusus seperti cara bacaan ayat Al Quran dan sebutan perkataan bahasa inggeris dengan betul. 2- Menjadikan seisi pembelajaran lebih interaktif berbanding anak…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

AJAR LA SAYA BISNES!

Selalu juga member2 bersuara macam ni bila nampak saya berbisnes. Nak ajar tu belum sampai masanya la, tapi nak share tu boleh la sikit2. Pada saya, ini adalah 3 asas mulakan perniagaan yang penting untuk diambil perhatian bagi newbie ialah 1) ILMU Dengan ilmu yang tepat, jalan untuk berjaya lebih jelas. Dan risiko kegagalan dapat diminimakan, in syaa Allah. Ilmu boleh dapat dengan rata2 – baca, join seminar dan yang paling mahal ilmu2 ‘langgar dinding’ dalam bisnes. Ikut ja cara orang-orang yang dah berjaya tu buat, in syaa Allah berhasil. Dah faham trick bisnes nanti, boleh la langgar ‘adat’ pun….

Continue reading
in Umum

KU MENGHITUNG BINTANG..

Macam lirik lagu pulak ya. Aktiviti petang ni penuh warna warni lagi ceria, mood hapdet blog pun cherioos gitew..ahaks. Aktiviti ni simple ja, boleh ja gun apa-apa bahan yang sesuai. Kebetulan saya ada bintang-bintang di langit ni, guna ja la. Ni langkah-langkah aktivitinya. 1) lekat doublesided selotep pada kadbod dengan saiz berbeza 2) Lawan lekat2 objek kecik pada selotep tu. Sebanyak mana yang muat lah. 3) Siap lekat boleh mulakan aktiviti mengira, dan tulis nombor tu. 4) Siap tulis boleh nyanyi lagu ‘ satu dua tiga’, ‘one two three’, dll yang sesuai. Saya suka nyanyi lagu ni. Satu satu saya…

Continue reading
in Umum

MAINAN ANAK BERTERABUR?

Sesekali boleh la cuba idea ni. 1) Colour sorting Minta anak pilih warna masing, mak pun pilih jugak. Lumba sapa yang dapat kumpulkan semua warna pilihannya dengan cepat. Yang bestnya masa main ni Fateh sorang ja bersemangat, jadi cepat la dia kumpulkan semua. Dah siap tu dia pulak yang bersemangat kumpulkan untuk Faqihah dengan ummi sekali. Kesimpulannya semua ‘color sorting’ tu dia yang buat. 2) Counting Dah siap kumpulkan, kira kira pulak sapa yang paling banyak. Ni kalau anak dah ada semangat berlumba kena pastikan item tu lebih kurang bilangannya ikut warna. Ataupun kena hadkan masa untuk peringkat colour sorting…

Continue reading
in Umum

KEBOLEHAN ANAK UMUR 3 HINGGA 5 TAHUN

Anda ada anak umur 3-5 tahun? Jom tengok, anak kita dah kuasai semua kebolehan ke belum? Check it out! 1- Dapat memanjat dan melompat 2- Mampu menyusun perkataan 3- Dapat menyelesaikan cabaran permainan 4- Pandai bersosial dengan rakan sebaya 5- Dapat melukis dan berkreatif 6- Selalu bertanya 7- Dapat melakukan tugas2 mudah 8- Pandai menunjukkan kasih sayang 9- Dapat membezakan warna 10 – Dapat menguruskan urusan yang mudah bagi diri sendiri Rujukan : Anak Kita Memang Pintar Cerdas – Hasan Mohd Ali

Continue reading
in Umum

Cerita lampin anak..

Rasa macam dah lama ja anak tak berlampin..hehe.. Ada member mesej tanya pasal cloth diaper, baru teringat nostalgia2 lalu.. kiranya tido malam diulit bau sabun basuh baby, seisi keringkan cloth diaper. Suka saya nak kongsi, kenapa kami gigih menggunakan kampin ini kepada kedua2 anak sehingga diaper free. 1) ANAK SELESA – ini yang dapat kami perhatikan, anak lebih selesa dengan permukaan kain pada CD berbanding plastik pada pampers. Sesekali balik ke kampung dan tak sempat basuh, kami tidurkan anak dengan pampers. Nampak anak kurang selesa dengan lapisan plastik tu. Semua jenama sama ja, mahal macam mana pun tetap materialnya plastik!…

Continue reading
in Umum

ANAK BUAT TAK RETI JA BILA ORANG TANYA?

  Risau kan kalau anak malas nak bercakap..sebut nama benda boleh ja, tapi ada orang tanya buat bolayan ja.. Kadangkala kita keliru antara BOLEH BERCAKAP dengan BOLEH BERKOMUNIKASI. Kebanyakan anak boleh bercakap, tapi malas berkomunikasi. Semasa berumur 3 tahun, Fateh sudah kuasai lebih dari 100 perkataan, dia dapat menyebut dengan betul bila ditunjukkan gambar/objek. Tapi bila orang lain bertanya ; sunyi tanpa jawapan. Komunikasi adalah satu proses yang perlu dirangsang, terutamanya jika dia membesar dalam suasana yang kurang aktiviti komunikasi. Kalau ibubapa/pengasuh rajin ajak bersembang tu in sya Allah takda masalah. Antara cara nak rangsang komunikasi anak adalah latihan oleh…

Continue reading
in Umum

Majalah AULAD terbaik!

Kawan-kawan mesti biasa nampak kan majalah ni kat pasaran. Alhamdulillah ia bahan bacaan yang ‘hot’ kat rumah saya. Seawal dari bukak sampul pos tu lagi anak-anak dah excited. Belek satu2 mukasurat sampai habis. Dah siap ‘check’ semua mukasurat, mula la seisi abah/ummi bacakan ruangan2 komik yang ada. Lepas tu si abang akan ambil pensel dan buat semua aktiviti2 yang ada dalam tu. Aktiviti dalam ni memang menyeluruh dari bahasa, matematik, kreativiti dan penerapan amal islami. Jadi jangan silap keluarkan majalah baru waktu malam, nanti jenuh la tunggu beliau ‘stay up’ Tak cukup dengan tu adiknya akan usung majalah ni setiap…

Continue reading
in BIJAK NIAGA, Pengalaman hidup

Ibu Menyusu Nak Berniaga Online!

Ini cerita saya masa mula-mula terjebak dalam bisnes online. Dalam keadaan masih makan gaji dan menyusu anak kedua, rasa macam hampir mustahil nak memulakan bisnes. Ilmu bisnes memang hampir takda. Facebook pun jarang2 online, tak minat. Tapi kalau Allah dah kehendaki ia berlaku, takda yang mustahil kan. Rasa macam ada kekuatan dan diilhamkan jalan-jalan yang perlu di lalui, Alhamdulillah. Teringat masa tu Facebook profile dengan fanpage pun tak tau beza. Install facebook manager kat handset pun tak tau apa fungsi. Main redah ja. Belajar seadanya dari blog dan ebook2 percuma. Benda teknikal belajar secara teori, tanpa guru pulak memang la…

Continue reading
Close