Monthly Archives

March 2016

in Umum

5 Aktiviti untuk Bina Otot-otot Kecil di Jari Anak

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid & Google Badan kita terdiri daripada otot-otot besar dan otot-otot kecil. Pembinaan otot-otot ini perlu dirangsang supaya perkembangannya lebih optimum. Perkembangan otot-otot kecil di jari yang sempurna dapat membantu anak-anak membuat kerja-kerja halus dengan lebih baik. Antara kelebihannya anak lebih cepat pegang pensel dengan betul, anak boleh melukis dan mewarna dengan kemas serta mempunyai sensiviti yang lebih baik. Mari kita semak apakah aktiviti yang boleh dilakukan untuk merangsang perkembangan otot-otot kecil di jari jemari anak. 1) MENGUTIP BENDA KECIL Kebiasaan anak kecil mengambil benda menggunakan tapak tangan. Tetapi apabila mengutip objek kecil, anak…

Continue reading
in Umum

Anak-anak Syurga

Teks : Sakina Hamid Foto : Akhbar KOSMO!   Alhamdulillah, sejak saya hadiri kursus Hafazan Al Quran bulan lepas, ilmu akidah menjadi asas perbualan harian kami. Kalau dulu saya hanya tekankan untuk anak hafal Al Quran, tapi sekarang saya lebih tekankan untuk anak ‘cinta Al Quran’. Teringat semasa saya tunjukkan ayat Al Quran mengenai syurga kepada anakanda Fateh, matanya bersinar-sinar. Saya cerita ringkas-ringkas ja apa yang ada dalam syurga – ada buah-buahan yang dia suka, burung dan sungai susu. Dan ‘sungai susu’ itu adalah perkara yang Fateh paling teruja tentang syurga. Keesokan harinya saya dengar Fateh menyanyi dengan lirik ciptaan…

Continue reading
in Umum

Sayalah Sakina Hamid

Assalamulaikum. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni. Moga-moga ada kebaikan yang tuan/puan dapat di sini.  Kata orang tak kenal maka tak cinta, maka saya ambil kesempatan ini untuk perkenalkan diri saya. Nama penuh saya Nur Sakinah binti Abdul Hamid. Saya boleh dihubungi melalui email di sakinahamid83@gmail.com. Alhamdulillah saya telah mendapat segulung Ijazah dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Sains (Fizik). Selepas setahun, saya menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan dan memperolehi Diploma perguruan (Sains) dari Institut Perguruan Pulau Pinang. Ketika menyambung diploma, saya sudah menjadi guru di Sebuah Sekolah Menengah Agama di Pulau Pinang. Alhamdulillah saya berpengalaman mengajar Sains &…

Continue reading
Close