Monthly Archives

April 2016

in Aktiviti Anak

Aktiviti dari Mainan Berterabur

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid   Mainan berterabur bagaikan petunjuk bahawa rumah mempunyai anak kecil. Ia sesuatu yang menyakitkan mata, namun ada masanya kita boleh manfaatkan keadaan ini untuk beraktiviti bersama anak-anak. Mari kita lihat bagaimana untuk ambil kesempatan dan mainan anak yang berterabur ini untuk mewujudkan aktiviti yang berfaedah. Sekaligus mainan pun sudah siap dikemas oleh anak-anak selepas habis beraktiviti. 1) Pengkelasan warna Setiap anak akan sebut warna pilihan masing-masing Beri tempoh (2 minit contohnya) untuk anak ambil semua mainan warna pilihannya Sebaiknya keluarkan mainan yang bukan warna pilihan 2) Mengira Beri masa untuk anak mengira…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Harapan Dhuha

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Waktu Dhuha seringkali mengimbau kenangan  sewaktu nak hadapi SPM hampir 15 tahun lalu. Alhamdulillah, semasa tingkatan 4 saya mendapat tempat di sebuah SMKA di Kedah. Keputusan PMR saya semasa di sekolah harian melayakkan saya naik ke pentas sebagai penghormatan dari pihak sekolah. Namun ia terlalu biasa di sekolah pelajar terpilih ini. Sepanjang berada di sekolah ini, perasaan kerdil sering mengusai diri. Sudahlah pandai tahap gaban, aktif, rajin study lepas tu cun-cun pulak tu! erk.. Saya rasa macam tersesat dari planet lain bila bersama bersama. Seringkali saya jadi tak keruan dengan diri sendiri. Hampir semua kaedah belajar…

Continue reading
in Umum

Tips Didik Anak Berkongsi Mainan

Teks : Sakina Hamid Foto : Google   Biasa bila ibu bapa yang sudah mempunyai lebih dari seorang anak kecil nak belikan mainan, dia akan terdetik satu perkara. Nanti anak berebut! Bagi ibubapa yang berkemampuan, dia akan belikan setiap anak satu unit yang sama. Namun jika ibubapa tidak berminat membeli 2 unit yang sama, perlukah dia membatalkan hasratnya membeli mainan tersebut? Mari kita semak apa kata Pakar Pendidikan Kanak-Kanak, Prof Madya Dr. Bustam Kamri. Beliau merupakan Pensyarah di Universiti Tun Abdul Razak. Perkara utama untuk melatih anak berkongsi mainan ialah anak perlu diberi pilihan, bukan dipaksa menyerahkan tanpa kerelaan. Ini…

Continue reading
in Review, Umum

Ciri-ciri mainan yang selamat untuk anak umur 1 tahun

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid & Google   Anak pada usia 1 tahun sedang ghairah meneroka persekitarannya. Suasana rumah yang kondusif dan mesra bayi sangat penting dalam memberi peluang anak mengoptimumkan segala perkembangannya. Biarlah rumah tak dihias cantik dengan objek-objek berbahaya, asalkan anak kita merasa bebas meneroka di dalam rumahnya. Begitu juga dala pemilihan mainan, pastikan ia selamat untuk anak. Antara ciri-ciri yang perlu dititik beratkan ialah 1) Tiada bucu tajam Kulit bagi masih nipis dan lembut. Tersilap cara pegang, anak mungkin akan terluka. Ia sedikit sebanyak akan membantutkan minat dan keberanian anak untuk meneroka.   2) Tidak…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Gajet Untuk Rumah Hafiz Cilik

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid   Alhamdulillah, selepas seminggu guna ‪#‎RadioMerah‬ ni, saya rasa suka sangat. Memang gajet impian sekian lama sejak mulakan program hafazan anakanda Fateh. Ok, saya kongsikan bagaimana #RadioMerah ni berfungsi ya 1- Namanya radio, jadi boleh guna untuk dengar siaran radio FM biasa. Walaupun Pulau Pinang yang indah ni susah nak dapatkan siaran ikim.fm dengan jelas, tapi menggunakan radio ni masih boleh dapat. Alhamdulillah. 2- Yang jadikan #RadioMerah ni spesel, sebab ada slot micro SD card. Jadi bolehlah save apa-apa ja yang kita nak dengar. Bacaan Al Quran ke, ceramah ke, nasyeed ke, rancangan…

Continue reading
in Umum

Pengawal Keselamatan Pencinta Alam

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid & google Pemandangan ini semakin biasa kebelakangan ini di kawasan rumah saya. Pak cik  pencinta alam ni baru ja kerja kat sini dalam tahun lepas. Mulanya dia kutip bahan-bahan yang boleh kitar semula dari plastik-plastik sampah dalam tong besar tu. Pondok pengawal pun kat tepi tu ja, jadi dia gunakan masa lapangnya untuk  asing-asingkan sampah tu. Lama-lama, bila ramai penduduk nampak ‘aktivitinya’, ada yang mula asingkan sampah dan letak kat tepi tong besar. Makin hari makin ramai yang buat. Dan tengok sendirilah hasilnya kan. Penuh lori dah tu. Dan in syaa Allah hasil…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

Tips latih anak minat membaca dari bayi

Wah..macam ekstrem bunyinya latih bayi minat membaca kan, tapi ia memang tidak mustahil. Kan pepatah ada menyebut, Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi, seawal mungkin kita cuba terapkan budaya membaca di kalangan anak-anak kita, in syaa Allah. Boleh membaca dan minat membaca adalah dua perkara yang berbeza. Ramai yang boleh membaca, tapi malas untuk mencari ilmu melalui membaca. Kerana itu kita perlu terapkan keseronokan membaca sejak kecil lagi. Saya sungguh teruja dengan tips melatih bayi minat membaca yang saya dapat dari buku ‘Creative Parenting Today’ hasil tulisan Andi Yudha Asfandiyar. Disini saya kongsikan beberapa tips  yang telah diolah untuk kita…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Anak Tak Suka Tulis Guna Pensel?

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid & Google   Anak yang tak suka tulis guna pensel tidak bermakna dia tak minat menulis. Cuma dia lebih berminat dengan teknik yang lebih kreatif. Untuk anak belajar menulis, ia tidak semestinya bermula dengan pensel dan kertas. Asas untuk anak belajar menulis ialah dengan teknik menyurih. Merujuk kepada buku ‘Didik Anak Jadi Pintar’, Kaedah menyurih (tiru bentuk sebenar) huruf terbukti dapat membantu anak mahir menulis dengan lebih cepat. Apabila anak telah dapat menyurih dengan baik, barulah mula menulis huruf  titik-titik.                     Flashcard Marker untuk bahan rangsangan…

Continue reading
in Umum

Impian Anak Syurga

Teks  : Sakina Hamid Foto  : Sakina Hamid Rasanya setiap hari ada-ada sahaja anak-anak minta benda baru. Nak buku baru, nak mainan baru, nak tengok cerita baru, dan apa sahaja yang terlintas di fikirannya. Dulu saya selalu jawab, ya nanti kita beli ya. Tapi sekarang ni saya dah tukar skrip, “Ada rezeki nanti dapatlah” Macam pasrah ja kan..tapi hakikatnya memang macam tu pun. Kalau ada rezeki kita dapatlah nanti. Dan budak-budak biasalah la kan, kalau nak apa-apa akan selalu ulang-ulang sebut. Tapi bila satu demi satu ‘impian’ anak-anak tu termakbul. Saya pun belajar sesuatu. Memang selalunya kita penuhi, tapi ada masanya…

Continue reading
in Review, Umum

Panduan Memilih Mainan untuk Anak 1 Tahun

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid & Google   Usia 1 tahun adalah saat manis untuk setiap bergelar ibubapa. Umpamanya  anak sudah mula bersedia untuk meroka dunia luar dengan lebih agresif lagi. Dan pastinya bermain adalak aktiviti utama anak-anak pada usia ini. Sebagai ibubapa, pemilihan mainan yang sesuai adalah penting. Ini akan merangsang perkembangan anak dengan lebih optimum. Berikut adalah cara belajar anak-anak pada usia 1 tahun menurut Sandy Jones, penulis buku The Toddler Years. 1) Anak belajar melalui bunyi dan membuat bising 2) Anak suka menolak, memusing, membaling & mengetuk 3) Mainan olok-olok (role play) dapat membina…

Continue reading
Close