Monthly Archives

May 2016

in Umum

2/3 Masa Setiap Hari untuk Berimaginasi

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid “Anak kecil menghabiskan 2/3 masa seharian untuk berimaginasi” – Dr Stephanie Carlson- Benarkah? Bagi ibu-ibu yang selalu menghabiskan masa seharian bersama anak-anak memang boleh menerima kenyataan ini. 😀 Semua benda boleh menjadi sumber imaginasi mereka. Semalam anakanda Fateh bersama sepupunya Fauzan bermain dengan rumah kotak ni. Lebih dari sejam mereka dapat bermain dengan pelbaagai imaginasi yang rencam. Bermula daru pondok-pondok tempat main lego, sambung dengan perang palestin-israel, berangan tidur malam-malam sampailah kotak tu pun dah lembek. Maklumla, ummi lambat DIY playhouse, dah terlebih umur yang mainnya. Tapi ituah hakikat dunia kanak-kanak kan….

Continue reading
in Umum

Kepentingan Koordinasi Mata-Tangan (Hand-eye coordination)

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Salah satu elemen yang penting dalam perkembangan bayi dan kanak-kanak ialah koordinasi mata-tangan (hand-eye coordination). Seringkali semasa memilih mainan, kita dapati antara fungsinya adalah untuk membantu perkembangan koordinasi mata-tangan. Apakah koordinasi mata-tangan? Koordinasi mata-tangan ialah proses di mana mata menyelaras aktiviti tangan. Apabila mata melihat sesuatu, isyarat maklumat dihantar dengan sangat pantas ke otak – otak tafsirkan tindakan dan terus menghantar isyarat maklumat yang sangat pantas untuk tangan bertindak. Proses ini berlaku dengan sangat pantas, dan ia kelihatan seperti sangat mudah. Tapi tidak bagi anak kecil yang baru belajar menggunakan tangan untuk pelbagai…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Pengalaman Anak Buat Aiskrim Sumi

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Sekolah anakanda Fateh nak buat sambutan hari guru pada hari Jumaat. Saya bertanya kalau dia ada idea apa yang nak dibawa untuk jamuan di sekolahnya. Dia kata tak kisah ja, bawak ja apa-apa yang ummi buat. Saya pun dapat idea untuk buat aiskrim sumi ni, kerana sesuai untuk jamuan tadika dan boleh disediakan dalam kuantiiti yang banyak. Jadi saya pun belilah bahan-bahan untuk membuat aiskrim sumi ni. Bila anakanda Fateh tengok bahan-bahan ni, dia sangat teruja. Tambah pula bila saya maklumkan ia untuk jamuan di sekolahnya. Tak sabar-sabar dia nak tolong saya…

Continue reading
in Review

Aktiviti Matematik untuk Anak 3 Tahun

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Alhamdulillah, si manja anda sudah mula berdiri pada usia 3 tahun. Mereka pun sudah semakin lasak dan banyak bercakap untuk meluahkan apa yang ada di dalam fikiran. Mereka juga sudah mampu untuk mempelajari konsep-konsep matematik mudah yang boleh di ajar secara santai. Di sini saya kongsikan pendedahan dari Puan Rohani Sheikh Omar di dalam bukunya “Didik Anak Jadi Pintar” bagaimana kita boleh melaksanakan aktiviti matematik untuk anak 3 tahun. Salah satu aktiviti yang sesuai ialah penyesuaian. Banyak cari untuk melakukan aktiviti penyesuaian, jom semak kat sini. Warna – gunakan kad warna dan…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Kebaikan Ibubapa Mengajar Anak Sendiri di Rumah

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid & Google Saya kira, mengajar anak sendiri menjadi impian semua ibu-ibu. Walaupun tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang pendidikan, tapi secara fitrahnya seorang ibu memang mampu mengajar anak sendiri di rumah. Alhamdulillah, saya mendapat input mengenai kaedah mengajar anak di rumah secara tidak langsung dari bacaan di blog. Sebelum melahirkan anak sulung, saya suka membaca mengenai penyusuan susu ibu. Dan kebanyakan blogger yang saya ikuti seperti Puan Farah Sarakids dan Puan Suraya Lunatots suka berkongsi mengenai aktiviti bersama anak-anak. Jadi secara tidak langsung saya dapat belajar mengenai homeschooling. Kini, setelah anak sulung berusia 6 tahun…

Continue reading
in Review

Ciri-ciri Kad Imbas yang Bagus

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Kad Imbas sangat bagus digunakan untuk proses pembelajaran bayi dan kanak-kanak. Minda mereka dapat merakam maklumat yang diimbas dengan cepat berbanding menggunakan buku. Ia bersesuaian dengan tempoh fokus bayi dan kanak-kanak yang masih singkat. Ramai ibubapa yang rajin menghasilkan kad imbas sendiri. Namun kekangan masa menjadikan ibubapa memilih untuk membeli pelbagai kad imbas yang ada dalam pasaran. Berikut adalah ciri-ciri kad imbas yang dapat memberikan hasil yang optimum kepada bayi. 1) Latar belakang kad berwarna putih, tulisan berwarna hitam atau merah Ini adalah kad imbas terbaik untuk perkenalkan huruf/nombor kepada bayi. Ia…

Continue reading
in Umum

Kenapa Anak Kecil Suka Conteng Dinding?

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Kalau masuk satu rumah yang dindingnya berconteng, orang dah tau ; mesti ada budak kecik.. Soalnya kenapa anak kecil suka conteng dinding, sedangkan dah disediakan buku dan kertas untuk dia menconteng. Ini adalah beberapa sebab kenapa anak kecil suka conteng dinding 1) Kedudukan pada paras mata Keadaan menulis pada paras mata menjadikan anak dapat menulis dengan lebih selesa. Dan bagi anak kecil, berdiri adalah posisi yang selesa untuk dia bereksplorasi. Itulah kenapa kebanyakan kanak-kanak tidak suka duduk menulis di kertas 2) Ruang menulis tanpa batasan Dunia imaginasi anak kecil sangat luas, sedangkan saiz…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Mainan teka ABC tanpa kertas

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Kenal ABC adalah salah satu asas untuk memahami ilmu. Lebih awal anak kenal ABC dan boleh membaca, lagi banyak Kelebihan yang anak boleh terokai. Namun yang penting, kita tidak boleh melawan fitrah mereka yang suka bermain itu dengan membebankan mereka dengan perkara yang berat. Kelak anak-anak akan jemu dan hilang minat untuk belajar. Ada pelbagai cara untuk belajar secara santai dengan anak-anak, dan salah satunya ialah Mainan Teka ABC. Mainan ini sesuai untuk anak yang sudah belajar ABC beserta contoh-contoh benda bagi setiap abjad. Ia memerlukan sekurang-kurangnya 2 kanak-kanak disamping seorang dewasa sebagai tukang…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

5 Kebaikan Rumah Tanpa Siaran Televisyen

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid & Google Umum mengetahui keburukan tv dan gajet kepada perkembangan kanak-kanak, namun seringkali kita gagal untuk ‘mengeluarkan’ tv dari rumah kita. Anak saya sendiri pernah mengalami beberapa fasa ketagihan tv. Dan saya berusaha mencari jalan supaya ketagihan itu terkawal dan dalam masa yang sama anak dapat buat lebih banyak aktiviti bermanfaat bersama mereka. Awal tahun 2016, saya hadir ke sebuah seminar kaedah hafazan Al Quran di rumah. Semasa dalam seminar tersebut, saya fikir semua itu mampu saya buat, tapi hanya kerana tak uruskan masa dengan baik jadi semuanya hanya tinggal keinginan. Pagi anak…

Continue reading
in Aktiviti Anak

5 Cara ‘Bermain’ dengan Kad Imbas

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Penggunakan kad imbas dalam proses pembelajaran anak-anak memang sudah diketahui umum kebaikannya. Seawal usia bayi, kad imbas boleh mula digunakan untuk perkenalkan huruf dan perkataan. Tapi tahukah anda selain diimbas kepada bayi,kad imbas jugas boleh dipelbagaikan lagi cara penggunaannya. Berikut adalah 5 cara bermain dengan kad imbas 1) Aktiviti suai padan Jika menggunakan kad imbas haiwan, anda juga perlu mempunyai model-model haiwan. Susun kad imbas di atas lantai dan minta anak letakkan model haiwan tersebut pada kad imbas yang betul. Dan ibu boleh keluarkan bunyi haiwan tersebut bila anak suaikan dengan betul. Pasti anak-anak…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Merancang Aktiviti Hujung Minggu untuk Anak-anak

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Hujung minggu adalah saat yang dinanti oleh seisi keluarga. Ibubapa nak lebih banyak masa bersama keluarga, sambil melepaskan lelah bekerja seminggu. Dan bagi anak-anak pula ini waktu untuk dia bermanja lebih dengan ibubapa. Namun berada di rumah sepanjang hari bukanlah suasana yang bagus untuk anak-anak. Mengadap televisyen dan gajet sepanjang hari hanya akan menghidangkan hujung minggu yang suram kepada anak-anak. Di sini saya kongsikan aktiviti hujung minggu untuk anak-anak yang tidak memerlukan kos yang besar. 1) Bermandi-manda Aktiviti dengan air dapat menstabilkan ion-ion dalam badan seterusnya meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal kita. Bawalah…

Continue reading
Anak berkongsi bermain
in Ilmu Keibubapaan

3 Teknik untuk Galakkan Anak Berkongsi

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Anak berebut mainan adalah sesuatu yang menjengkelkan perasaan ibubapa. Dan seringkali juga ibubapa mengambil inisiatif untuk membeli mainan yang sama bagi setiap anak. Ia mungkin sesuai bagi mainan tertentu, namun bagi mainan yang boleh dimainkan bersama sebaiknya kita mengambil peluang itu untuk melatih anak berkongsi mainan. Kemahiran berkongsi adalah penting bagi semua orang. Ia sesuatu yang mengambil masa untuk diterapkan. Jadi adalah sangat bagus apabila ibubapa sendiri menerapkannya berbanding membiarkan anak membesar dengan sikap enggan berkongsi sehingga ke alam persekolahan. 3 teknik untuk galakkan anak berkongsi mainan ini sesuai dipraktikkan apabila ada…

Continue reading
Close