Monthly Archives

May 2016

in Umum

‘Food Prep’ Jimatkan Masa di Dapur

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Memasak untuk keluarga adalah kepuasan hampir semua ibu. Namun seringkali kita kesuntukan masa untuk menyediakan makanan menyebabkan terpaksa memilih untuk beli makanan siap dimasak. Suka saya kongsikan teknik ‘food prep’ yang saya pelajari dari seminar pengurusan masa ini. Kitchen setting sesuai untuk semua ibu samada yang bekerja atau surirumah sibuk menguruskan urusan keluarga setiap hari. Biasanya saya peruntukkan sekitar 2 jam untuk uruskan ‘food prep’ SAMBIL memasak untuk makan tengahari pada hari tersebut. 1) Beli lauk basah 1 atau 2 kali sahaja seminggu Saya tinggal di bandar dan masa 1 jam diperlukan…

Continue reading
in Umum

Optimis Cara Muslim

Teks : Sakina Hamid Gambar : Google   Semalam saya mendapat jemputan untuk memberi pengisian usrah sebuah persatuan di kampus berhampiran. Saya berfikir-fikir apakah tajuk yang sesuai kerana sudah agak lama tidak bergaul dengan mahasiswa. Alhamdulillah, Allah ilhamkan saya untuk berkongsi mengenai Optimis cara muslim dan bertemu dengan artikel yang sangat padat dengan pengisian di SINI. Optimis adalah sangat berkait rapat dengan Ihktiar dan Tawakkal. Jika salah satunya pincang, maka ia belum betul-betul memenuhi kriteria optimis cara muslim. Mari kita fahami dengan mendapam satu persatu prinsip ini. OPTIMIS Berasal dari perkataan Latin – Optima yang bermaksud terbaik Optimis ialah harapan…

Continue reading
in Umum

Kebaikan bermain Educational Toys kepada Perkembangan Kanak-kanak

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Kadangkala bila melihat harga educational toys, akan terdetik dalam hati..mahalnya. Tapi jika kita memahami betapa banyaknya kebaikan yang anak perolehi dari educational toys itu, pasti kita akan merasa ia pelaburan yang berbaloi. Di sini adalah beberapa kebaikan bermain Educational Toys kepada perkembangan Kanak-kanak 1) Merangsang perkembangan motor kasar Dengan bermain, mereka akan melompat, berlari, melutut, merangkak, memanjat, mengelungsur dan sebagainya. Ini melatih skil motor kasarnya dan sangat penting bagi perkembangan fizikal serta mental anak. Dengan menggerakkan semua anggota badannya, mereka dapat menggerakkan pula otot-otot kecil mereka. 2) Merangsang perkembangan motor halus Bermain…

Continue reading
in Review

Bagaimana mempelbagaikan Aktiviti dengan Educational Toys

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Pelaburan mendpaatkan educational toys memang lebih besar berbanding mainan biasa. Namun ia menjadi berbaloi apabila ibubapa membimbing anak-anak mempelbagaikan aktiviti dengan educational toys. Contohnya bagaimana mempelbagaikan aktiviti menggunakan mainan Lacing Beads ini. Seperti sedia maklum, lacing beads direka untuk melatih kanak-kanak memasukkan tali ke dalam lubang kecil. Ia sangat bagus untuk melatih daya fokus dan koordinasi mata-tangan. Namun selain itu ibubapa juga dapat mempelbagaikan aktiviti dengan educational toys ini untuk mengajar anak 1) Mengenal ABC 2) Mengenal 123 3) Mengenal warna 4) Mengenal bentuk 4) Mengira 5) Pengkelasan bentuk dan warna 5 aktiviti…

Continue reading
in Umum

Kebaikan Mainan Manipulatif

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Permainan manipulatif adalah permainan pembelajaran yang memerlukan anak merekabentuk sesuatu dengan menyambung bahagian tertentu permainan tersebut. Antara contoh mainan manipulatif ialah permainan LEGO. Jom kita lihat apa kebaikan mainan manipulatif ni 1. Anak dapat melatih otot-otot halusnya terutama di bahagian jari jemari bagi membina kemahiran moto halusnya. Ini amat penting supaya anak akan mudah memegang pensil dan kemudian pandai menulis. 2. Anak akan cuba memberikan penumpuan terhadap permainannya kerana permainan ini memerlukan anak untuk menyambung, membentuk dan sebagainya. Ini melatih konsentrasi dan kordinasi otaknya. 3. Anak akan dapat memahirkan diri dalam menyelesaikan masalah dan…

Continue reading
anak suka membaca
in Ilmu Keibubapaan

Kelebihan Anak Boleh Membaca Awal

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Saya tak kisah pun anak saya boleh membaca umur berapa, tapi saya memang mendedahkan anak saya dengan Aktiviti-aktiviti yang merangsang anak minat membaca . Dan Alhamdulillah, Allah kurniakan kemampuan membaca kepada anak saya dalam usia 5 tahun lebih. Dan bila anak sudah boleh membaca, barulah saya nampak kebaikannya. Bagus rupanya anak boleh membaca awal, banyak kebaikan untuk ibu dan anak in syaa Allah. Antara kelebihan anak boleh membaca awal ialah 1) Mudah memahamkan anak mengenai sesuatu situasi Sebagai contoh, badan anakanda Fateh bersaiz kecil. Pada usia 5 tahun, dia masih boleh memakan baju untuk…

Continue reading
in Aktiviti Anak

5 Aktiviti untuk Mengisi Masa Berkualiti bersama Anak

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Kehidupan sebagai ibubapa seringkali menghambat masa kita bersama anak-anak. Tanpa disedari siang berganti malam dan malam berganti siang tapi terlalu sikit masa yang khusus kita peruntukkan untuk anak-anak. Isu ini bukan hanya untuk ibu yang bekerja di luar, malah surirumah sendiri seringkali tak cukup nafas nak bersantai dengan anak-anak. Namun pasti dalan 24 jam sehari itu, kita masih mempunyai ruang untuk memenuhi keperluan emosi dan mental anak-anak. Saya kongsikan di sini beberapa aktiviti untuk mengisi masa berkualiti bersama anak-anak. 1) Sentiasa bercakap dengan anak  Mulakan rutin ini sejak bayi. Sentiasa bercakap apa saja…

Continue reading
in Umum

Cara Bina Networking Dalam Bisnes

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Membina networking dalam bisnes adalah sangat penting untuk kelangsungan bisnes. Banyak kebaikan apabila kita mempunyai networking yang luas. Antaranya sebagai sumber untuk mendapat ilmu dan pengalaman dan ruang untuk membina branding. Di sini saya kongsikan 3 kaedah bina networking dalam bisnes bagi usahawan yang baru terjun ke dalam dunia perniagaan online terutamanya untuk ibu-ibu bekerja dari rumah yang kurang mempunyai akses dengan dunia luar. 1) FOLO RAPAT-RAPAT FB SIFU ~ LIKE semua post sifu/mentor niche biz ~ KOMEN dengan mesra di post2 beliau. Baru la menyerlah sikit kehadiran kita kan ~ Lagi berani…

Continue reading
Close