Monthly Archives

July 2016

in Umum

Entri 101

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Alhamdulillah, catatan di blog ini sudah melepasi 100 post pertama. Dah lepas pantang kot eh..hehe. Rasanya macam baru ja bermula, kejap semangat kejap down dah sampai ke entri 101. Alhamdulillah Allah kurniakan kekuatan untuk bermula dulu. Walaupun dalam keadaan hanya tahu nak berkongsi, tapi tak tahu teknik yang betul. Bila dah mula, belajar sikit-sikit dan baiki dari masa ke semasa. Sehingga entri 101 ni, saya belum berpuashati dengan penulisan saya di blog ini. Masih banyak lagi yang belum terzahir, dan masih mencari cara yang terbaik menjadikan penulisan saya membawa manfaat kepada ummah….

Continue reading
in Review

Mainan Pilihan Anak Lelaki?

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakinah Hamid & Google Soalan : Anak saya lelaki, apa mainan yang sesuai dengannya? Soalan ini biasa di tanya kepada saya apabila ibubapa ingin mencari Educational Toys yang bersesuaian dengan anak lelakinya. Secara umumkan educational toys tidak menjurus kepada gender, tapi lebih kepada perkembangan dari aspek kemahiran psikomotor, daya fokus, kreativiti dan imaginasi. Namun secara psikologinya budak lelaki lebih cenderung kepada permainan yang menggunakan logik dan konsep ruang. Ini adalah beberapa mainan pilihan anak lelaki malah mereka boleh bermain mainan ini tanpa jemu. 1) Puzzle Puzzle adalah mainan asas yang diminati kebanyakan kanak-kanak. Malah semakin…

Continue reading
in Aktiviti Anak

5 cara bermain Mainan Jenga

Uno stacko! Ingat tak lagi sekitar 10 tahun lalu ada iklan bermain Jenga ni kat tv. Masa tu tengok diorang main enjoy ja kan. Tapi tak tau la nak cari kat mana. Alhamdulillah, bila saya jadi pengedar Educational Toys, semua ini terbentang depan mata. Teruja sangat semasa kali pertama ternampak mainan jenga ni. Mainan ni sangat simple, hanya deretan blok kayu berbentuk kuboid dengan saiz yang sama. Number stacking & Colour stacking, rupa berbeza tapi kedua-duanya boleh dimainan dengan teknik yang sama. Namun oleh kerana mainan jenga ini boleh dimainkan dengan pelbagai cara, ia menjadi mainan yang evergreen dan sesuai dengan…

Continue reading
in BIJAK NIAGA, Ilmu Keibubapaan

Tips bawa anak ke Open House

Teks : sakina Hamid Foto : Google Alhamdulillah, 18 syawal sudah hari ini. Macam mana dengan puasa ganti? Harap-harap dah bermula ya..hehe. Hujung-hujung minggu ni selalunya banyak jemputan ke Open House kan. Jadi sukalah saya nak kongsi tips bawa anak ke Open House. 1) Semasa dalam perjalanan bawa anak ke Open House, maklumkan tujuan kita. Tanamkan adab apabila berada di rumah orang lain nanti. Adab nak makan, nak pinjam mainan, menonton yv dan sebagainya. 2) Bila dah sampai ingatkan anak salam dengan tuan rumah, kemudian uruskan makan anak-anak dulu. Biasanya anak-anak kecil ni bukannya nak makan sangat pun kan. 3)…

Continue reading
in BIJAK NIAGA, Ilmu Keibubapaan

Duduk Simpuh Katak, Apa Kesannya?

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid & Google Duduk simpuh katak, sekali tengok macam comel ja kan. Biasa kanak-kanak terutamanya perempuan memang suka duduk macam ni. Kedudukan macam ni memang sangat selesa untuk mereka bermain, membaca, menulis mahupun makan. Anakanda Faqihah juga pernah melalui fasa W-shape sitting ni. Saya pernah tau keburukannya, tapi bila anak sendiri membesar depan mata jadi terleka. Dan Alhamdulillah Allah hantar peringatan melalui rakan yang melihat gambar anak saya bermain Educational toys di media sosial. Hari-hari main IQ Brainstorm  memang Faqihah duduk macam ni Di sini saya kongsikan 4 keburukan duduk simpuh katak 1)…

Continue reading
in BIJAK NIAGA, Ilmu Keibubapaan

Bahaya Ketagihan Skrin, Apa Puncanya?

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Ketagihan skrin mula menjadi isu disebalik kepesatan perkembangan ICT . Dan sayang sekali ketagihan skrin ini menyerang semua lapisan umur termasuk anak-anak yang masih kecil. Saya baru saya lepas membaca perkongsian serorang ibu mengenai ketagihan skrin. Secara tidak langsung ia mengimbau kenangan 5 tahun lalu. Segalanya bermula kerana kecetekan ilmu seorang ibu muda. Saya sedia maklum keburukan tv kepada perkembangan kanak-kanak. Jadi saya memang tidak membeli tv di rumah apatah lagi melanggan siaran tv berbayar. Sebaliknya hadiah untuk ulangtahun kelahiran pertama anakanda Fateh, saya belikan sebuah komputer! Rasionalnya mudah, komputer kita dapat kawal…

Continue reading
in BIJAK NIAGA, Ilmu Keibubapaan

Kanak-kanak Pun Ada Cara Tersendiri Uruskan Stress

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Balik dari sekolah tadi, anakanda Fateh tak nak bersembang-sembang di ruang tamu seperti biasa. Dia masuk ke dalam bilik tidur dan tutup pintu. Selepas 15 minit dia keluar semula dan kecoh bermain dengan adiknya. Kejadian ini mengimbau kenangan semasa anakanda Fateh berusia 4 tahun. Dia ada 1 tabiat di mana setiap hari selepas pulang dari tadika dia akan masuk ke bilik tidur dan tutup pintu. Banyak kali juga saya mengintai dia hanya ‘membaca’ buku-bukunya. Dia menyelak setiap helaian buku-bukunya dengan khusyuk sehingga tidak sedar saya membuka pintu bilik. Dia akan menyendiri begini sekitar…

Continue reading
in Umum

Jamuan Raya Tadika Fateh

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Hari rabu baru ni Anakanda Fateh balik sekolah bagitau Hari Jumaat kena pakai baju raya. Dalam hati saya fikir hai tak kan baju raya ja kot, makanan tak kena bawak ke. Fikir kot la ada pihak sponsor untuk jamuan raya ke kan. ok lah. Balik sekolah semalam (Khamis) dia cakap cikgu suruh bawak makanan untuk jamuan raya. Mee goreng ke..bihun goreng ke..ayam goreng ke.. Adoi la anak, rumah kita ni beli bahan mentah seminggu sekali ja. Mana la nak cari benda tu tengah-tengah minggu ni. Saya tukar ja jadi jelly bernata de…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Bermain Merangsang Perkembangan Bahasa

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid & Google Perkembangan bahasa adalah satu elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam perkembangan kanak-kanak. Tanpa rangsangan yang betul, proses perkembangan bahasa akan menjadi lewat dari kebiasaan walaupun kanak-kanak tersebut normal. Jadi setiap ibubapa perlu meemastikan anak-anak sentiasa mendapat rangsangan untuk perkembangan bahasa yang betul. Perkembangan bahasa kanak-kanak berkembang dengan pesat semasa bermain. Dah sememangnya fitrah anak kecil adalah bermain, jadi di situ jugalah proses perkembangan bhasa akan berlaku. Mari kita lihat bagaimana bermain dapat merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak. 1) Kosa kata baru Apabila mula bermain, sebutkan nama mainan tersebut sambil tunjukkan…

Continue reading
in Umum

Rambutan di Syurga

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Rambutan adalah antara buah-buahan kegemaran anakanda Fateh. Kalau beli sekilo dua tu dia sorang ja makan, tapi dihabiskan dalam 2-3 hari. Saja saya kawal kerana dalam keluarga saya ada sejarah adik dapat asma selepas makan rambutan dengan sangat banyak. Maklumlah balik kampung ada dusun kan. Tak tahulah sejauh mana ia menjadi punca, tapi saya kawal sebelum ia menjadi mudarat. Masa pulang beraya baru-baru ni banyak jumpa pokok rambutan yang masih putik. Saya tunjukkan ia kepada anakanda Fateh untuk memahamkan dia mengenai buah-buahan bermusim. Beberapa minggu lepas dia minta buah rambutan, jadi kenalah…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Mainan 6 Wall Block, Puzzle yang Lebih Mencabar

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Mainan 6 wall block, pilihan mainan puzzle yang lebih mencabar untuk anak anda. Kenapa saya katakan ia mencabar? Jom lihat ciri-ciri mainan 6 wall block ni. Mainan ini terdiri daripada 9 buah blok yang bercetak di semua permukaannya. Setiap permukaan mempunyai gambar berlainan. Jadi menggunakan 1 set mainan ini, anak anda boleh menghasilkan 6 gambar berlainan. Untung kan.. Selain itu, mainan 6 wall block ini lebih mencabar berbanding puzzle 2 dimensi biasa. Anak-anak perlukan lebih tumpuan untuk membuat keputusan gambar manakah yang terlibat dengan puzzle yang dia sedang bina. Contohnya jika anak…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Tips Membina Imaginasi Superhero yang Positif

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Anak lelaki dan watak superhero bagai tidak dapat dipisahkan. Walaupun realitinya ibubapa sedar ia bukanlah perkembangan yang bagus, namun seringkali kita putus idea bagaimana hendak menguruskan ‘kekaguman’ mereka terhadap watak-watak superhero dalam animasi kanak-kanak. Anakanda Fateh baru berusia 6 tahun, masih terlalu awal untuk saya membuat kesimpulan mengenai minatnya. Namun sedikit sebanyak saya bersyukur dengan perkembangan positifnya kebelakangan ini. Perubahan yang ketara hanya selepas saya pulang dari Seminar Teknik Hafazan pada bulan Februari 2016. Antara ilmu penting yang saya perolehi dari seminar ini adalah kehebatan daya imaginasi kanak-kanak. Dan amatlah rugi potensi imaginasi…

Continue reading
Close