Monthly Archives

August 2016

in Ilmu Keibubapaan

Merungkai dan Mencantum

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Merungkai dan mencantum – dua aktiviti yang mampu membuatkan anak kecil terleka untuk tempoh yang lama. Antara mainan yang melibatkan aktiviti ini ialah blok plastik, puzzle dan mainan rungkai cantum yang lain. Selama ini saya hanya membiarkan anak melakukannya dengan keyakinan ia bagus untuk anak. Itu sahaja. Sehinggalah saya terbaca di dalam buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi tulisan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki. Dalam bab ke 34 dinyatakan ibubapa perlu menyokong anak yang cenderung dengan aktiviti merungkai dan mencantum. Beliau membawakan sebuah hadis yang menunjukkan Rasulullah s.a.w sering  memberikan tunjuk ajar dan…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

3 Tips Mengajar Anak Secara Santai

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid + Mulakan seawal mungkin Sebaiknya ketika anak masih belum pandai menolak. Kerana itu terdapat banyak bahan-bahan rangsangan untuk bayi dalam bentuk kad imbas dan buku. Kerana pada usia bayi, anak belum ada reflex menolak. Mereka akan serap apa sahaja yang kita tunjukkan walaupun belum memberi respon. Berbeza dengan anak yang sudah boleh bergerak sendiri dan bercakap. Mereka sudah ada idea untuk menolak apabila di ajak belajar. Namun yang penting proses pembelajaran mestilah menyeronokkan buat sekecil. Ia boleh diperhatikan daripada respon balas dan minat yang ditunjukkan oleh anak tersebut. + Letakkan bahan-bahan pengajaran…

Continue reading
Mainan Labyrinth
in Review

Uniknya mainan Labyrinth

Teks : Sakinah Hamid Foto : Sakinah Hamid Kali pertama saya lihat mainan labyrinth ini ialah di sebuah klinik kanak-kanak. Persepsi pertama saya, apalah faedah mainan ni, berpintal-pintal! Dan ia berlalu begitu sahaja. Sampailah suatu hari saya terdengar satu rancangan di radio ikim.fm mengenai rangsangan untuk mengajar anak membaca. Tetamu jemputan ketika itu ialah penulis siri buku cepat membaca yang laris di Malaysia – Siri Fonik Bacalah Anakku iaitu Tuan Othman Ahamad. Selain teknik khusus untuk anak memahami fonik, Tuan Othman juga mendedahkan akitiviti rangsangan untuk anak cepat membaca. Antara yang dicadangkan ialah Mainan puzzle dan Labyrinth/bead maze ini. Rasionalnya, anak yang…

Continue reading
in Umum

Menggilap Keyakinan Diri Sejak Kecil

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakinah Hamid & Google Keyakinan diri adalah aset penting kepada seseorang individu. Pelbagai teori, modul, seminar wujud dimana-mana untuk membimbing individu mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi. Dan terlalu banyak kos dikeluarkan untuk membangunkan keyakinan diri individu dalam masyarakat kita. Namun hakikatnya, keyakinan diri adalah satu nilai yang hadir secara semulajadi dalam setiap individu. Jika dilihat kepada proses tumbesaran kanak-kanak, mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam mencuba sesuatu. Tidak ada rasa ragu-ragu mahupun rasa bersalah jika melakukan kesilapan dalam kehidupan harian. Namun hanya setelah mereka terdedah bahawa sesuatu tindakan itu adalah ‘salah’, mereka…

Continue reading
Close