Monthly Archives

December 2016

in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Menyemai Tanggungjawab Dalam Diri Anak Kecil

Semalam saya kongsikan gambar ini di facebook peribadi saya. Alhamdulillah banyak respon yang saya terima dari ibu-ibu lain. Rata-rata menyokong dan ramai juga baru tersedar ianya adalah sesuatu yang penting dalam perkembangan anak-anak. Ya, saya sebenarnya agak kecewa apabila melihat ibubapa yang sehabis baik buat semua benda kepada anak-anak. Sedapatnya anak celik mata semuanya sudah tersedia dengan sempurna. Dari baju yang siap diletak depan mata anak, botol air pun kita isikan air, buku sekolah pun kita kena belek jadual dan segala sesuatu kita yang atur. Saya tidak katakan itu salah, tapi pada pandangan saya ia tidak membentuk peribadi bertanggungjawab dalam…

Continue reading
Gembira ke sekolah
in Ilmu Keibubapaan

Tips Supaya Anak Gembira ke Tadika

Masya Allah 2016 hampir melabuhkan tirainya. Semoga ia menjadi tahun yang penuh dengan kenangan-kenangan yang menjadikan kita insan yang lebih baik dari tahun sebelumnya, in syaa Allah. Walau apa jua pencapaian kita pada tahun ini, itulah rezeki yang wajib kita syukuri. Apa jua impian yang belum tercapai, teruskan berusaha meraihnya, in syaa Allah. Hidup ini kan sebuah perjuangan yang panjang 😀 Alhamdulillah ramai rakan-rakan maya saya mula update bawa anak mendaftar di tadika. Comel-comel belaka anak-nak ke tadika sekarang kan. Dengan pakaian seragam berwarna-warni dan beg sekolah yang comel, masya Allah geram betul Cikgu Kinah tengok.^_^ Namun kecomelan fizikal menjadi…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Boleh ke saya ajar anak membaca?

Bahang 2017 makin terasa. Di sana sini ibubapa mula sibuk dengan persiapan dan pendaftaran persekolahan anak-anak. Ada yang hadir kelas percubaan tadika, ada yang anak mula duduki ujian saringan darjah satu dan ada ibu yang dah mula bimbang anaknya akan hadapi peperiksaan awam tahun ini. ^_^ Di mana pun kita itulah warna warni dalam membesarkan anak-anak. Setiap fasa ini akan menjadi kenangan suatu hari kelak. Jadi inilah peluang untuk kita melakukan yang terbaik untuk anak-anak. Semoga Allah ilhamkan kepada kita tindakan yang betul dan memberi impak positif kepada perkembangan anak in syaa Allah. Dalam semua fasa perkembangan, membaca adalah elemen…

Continue reading
pretend-play-city
in Aktiviti Anak, Review

Seronoknya Main Olok-olok

Semalam suami saya mengisi masa cutinya bersama anak-anak di rumah. Tinggal di “Pulau Pelancongan” menjadikan kami perlu merancang aktiviti luar pada waktu yang tidak ramai pengunjung dari luar. Pada waktu puncak seperti cuti hujung minggu yang panjang, lebih baik keluar terus dari pulau mutiara ni atau tinggal di rumah sahaja. Perjalanan yang dekat boleh mengambil masa berjam-jam hanya kerana menyertai ‘pesta’ kenderaan di jalan raya. Jadi bila anak-anak tanya apa aktiviti nak buat, saya pun teringat gambar-gambar yang saya download dari facebook ibu-ibu hebat yang lain. Bila suami tengok, dia nak buat idea lain. Tak kisah la, sebab dia yang…

Continue reading
Gigi susu tanggal sendiri
in Umum

Fateh Losing His First Baby Tooth

Alhamdulillah. Satu pengalaman baru untuk anakanda Fateh dan ummi juga ^_^ Gigi susu bahagian depan tu dah mula bergoyang sejak sebulan lepas. Saya tengok takda gigi kekal tumbuh lagi jadi biarkan ja lah. Dia pun nampak masih selesa makan takda masalah pun makan ayam goreng semua tu. Kesimpulan saya gigi tu belum bermasalah la kan. Kebetulan pula Fateh banyak isi masa cuti dengan sepupunya Fauzan dan bercuti di kampung baru-baru ni. Saya pun tak ingat sangat pasal gigi nya tu. Sampai la semalam masa saya memandu dia asyik tanya bila nak pergi cabut gigi. Agaknya dia rasa makin tak selesa kot….

Continue reading
Tok wan cucu talk
in Umum

Pesan Abah : Jawab Soalan Anak Dengan Jujur

Alhamdulillah, pagi sabtu yang cerah. Dan hati ini bertambah girang kerana pagi-pagi lagi abah dah telefon. Sempat la sembang-sembang sambil dengar pesanan berharga abah dalam mendidik anak. Semalam abah hantar sepupu Fateh, anakanda Fauzan ke rumah kami. Katanya sepanjang perjalanan macam-macam soalan datang dari cucu sulungnya tu. Dari soalan logik sampailah ke soalan imaginasi kanak-kanak. Dan kelebihan abah saya dia mampu menjawab semua soalan kanak-kanak samada dengan fakta yang betul mahupun fakta merapu sebagai hiburan 😛 Rupanya hari ni baru saya tahu, ‘kerjaya’ menjawab soalan kanak-kanak ni bukan bermula dengan kami adik beradik. Tapi ia bermula sejak abah muda remaja…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

4 Tips elak anak cepat lupa semasa belajar membaca

Cuti sekolah akhir tahun 2016 sudah semakin hampir ke penghujungnya. Bagaimana dengan cuti ibu bersama anak-anak? Semoga ia menjadi percutian yang dapat memenuhi bank emosi kita buat meneruskan perjuangan hidup ini, in syaa Allah. Selain mengisi masa dengan bercuti, ramai juga ibubapa yang mengambil peluang untuk mengukuhkan pengusaan anak-anak dalam bidang ilmu tertentu terutamanya kemahiran membaca. Kemahiran membaca adalah kunci untuk anak memahami bidang ilmu lain dengan lebih luas. Tambahan pula sistem pembelajaran kita di Malaysia ini meletakkan keutamaan kepada kemahiran membaca dalam melakukan ‘streaming’ kepada pelajar darjah 1. Jadi mengusai kemahiran membaca sebelum ke sekolah rendah sudah menjadi keperluan…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

3 Punca Tempat Khatan Lambat Sembuh

Yea..anakanda Fateh dah sunat :-D. Selesai satu perkara penting dalam kamus hidup anak teruna kan. Alhamdulillah. Sebenarnya ummi takda perancangan yang serius pun untuk khatankan anakanda Fateh pada usia 6 tahun ni. Tapi sebab dia dengan penuh keyakinan diri nak sunat awal, kami ikut ja la. Dah berkali-kali dia minta dikhatankan sejak cuti sekolah bulan Jun tempohari. Kebetulan suami nak cutikan kami kat rumah mertua di kelantan lebih seminggu, saya pun fikir alang-alang duduk saja baiklah khatankan saja anakanda Fateh. Umminya memang relax ja la memang tak tau sangat pun pasal jagaan orang bersunat ni. Bila anak sendiri bersunat barulah ada…

Continue reading
in Umum

Anak Tak Kenal Huruf

Dulu-dulu saya pun dengar ‘cakap-cakap’ orang. Orang kata budak-budak memang boleh menyanyi ABC tapi tak kenal pun huruf tu betul-betul.  Dan saya perhatikan anak saya sendiri pun memang belum 2 tahun dah boleh menyanyi ABC sampai habis, tapi bila tanya huruf tak tahu pun. Tapi sebenarnya proses ini normal untuk kanak-kanak. Memanglah sebelum anak tu dapat mengecam huruf, dia kena tau dulu sebutan huruf tu macam mana. Ia adalah satu proses pembelajaran. Anak pernah dengar nama huruf, tahu sebut nama huruf dan seterusnya barulah dapat mengecam bentuk huruf dan mula belajar membaca. Jadi kita jangan menafikan proses itu terhadap anak…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Saya Cepat Marah bila Ajar Anak Sendiri

“Saya Cepat Marah bila Ajar Anak Sendiri” Kenapa ya? Sedangkan itu anak kita sendiri, kita yang mengandungkan dia, menyusukan dia, mengasuh dan mendidiknya setiap hari tetapi bila nak mengajar anak kita cepat melenting. Nampak macam tak selari dengan kata-kata cendiakawan yang masyhur Ibu adalah sekolah pertama anak-anak Sepatutnya dari sini kita faham bahawa ibu memang layak menjadi guru untuk anak-anak. Memang Allah telah isytiharkan kita adalah guru yang mula-mula sekali anak akan mendidik anak-anak kita. Tetapi adakah kita benar-benar dapat merealisasikan maksud kata-kata ini. Ya, kita mampu merealisasikannya jika kita bersedia untuk memikul amanah itu dengan baik in syaa Allah….

Continue reading
The Way to Jannah
in Ilmu Keibubapaan

Cerita Syurga Kami

Fitrah kita sebagai manusia semua benda kita nak kan. Tambah-tambah kalau benda yang kita minat, selagi tak dapat selagi itulah kita teringat-ingat. Samalah seperti anak kecil, setiap hari ada saja permintaan dari mereka. Dan pastinya tidak semua permintaan anak-anak itu kita mampu penuhi kan. Allahamdulillah, Maha Suci Allah yang Maha Bijaksana menciptakan kehidupan akhirat kepada kita. Disana akan dilunaskan segala apa yang telah dijanjikan Allah buat hamba-hambanya. Dan Allah menciptakan syurga untuk hambanya yang sabar menghadapi segala ujian dunia. Nikmat syurga yang tidak dapat digambar dengan mata, tidak terbayang oleh akal kita itu adalah ganjaran besar buat hamba-hambanya yang benar-benar…

Continue reading
seminar-early-edukids
in Ilmu Keibubapaan

Menadah Ilmu di Seminar A.N.A.K.KU

Alhamdulillah, pagi Isnin yang cerah di Pulau Pinang yang Indah. Minggu baru dengan semangat yang baru. Semoga semua perancangan kita pada minggu ini berjalan dengan lancar. Ameen. Kita perlu jelas dengan apa yang kita nak anak jadi Itu pembuka minda yang saya dapat dalam bengkel Early Edukids anjuran Thinker Space semalam. Saya sudah lama mengikuti tulisan Founder Thinker space, iaitu Dr Siti Rohana melalui Facebook Fauzan N Siti. Alhamdulillah semalam Allah beri peluang saya menadah ilmu secara langsung dengan wanita yang hebat ini. Dr Siti Rohana menekankan kepentingan pembelajaran awal kanak-kanak. Ia adalah asas yang dimasukkan ke dalam diri anak-anak,…

Continue reading
Close