Monthly Archives

January 2017

in Ilmu Keibubapaan

Cara Tukar Sekolah untuk Darjah 1

Setiap tahun, pendaftaran awal untuk pelajar darjah 1 tahun berikutnya perlu dilakukan sebelum bulan Ogos. Ketika hendak mendaftar anakanda Fateh, saya tercari-cari sekolah sesi pagi kerana sekolah yang paling hampir dengan rumah adalah sesi petang. Oleh kerana kebanyakan sekolah yang saya survey agak jauh dan berada di laluan yang sesak, saya terpaksa mendaftar untuk sesi petang. Sehingga akhir tahun, semasa bersembang dengan guru tadikanya barulah saya diingatkan ada sebuah sekolah berhampiran tadikanya yang mempunyai sesi pagi. Sekolah ini berada di dalam kawasan perumahan, jadi saya memang tak teringat semasa buat survey sebelum tu. Oleh kerana laluan ke sekolah ini tidak…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Macam Mana Nak Mula Ajar Anak?

Saya bukan cikgu, saya tak tau macam mana nak mula ajar anak. Ok, soalnya nak anak cerdik tak? Kalau jawapannya nak, ibu MESTI mula cari ilmu, dan mula ajar. Itu sahaja kuncinya. Bila saya nak mula ajar anak? Sebaik anak lahir. Fuh.. Betul..sejak anak lahir kita dah boleh mula mengajar anak. Tapi jangan la pula ambik buku fizik letak depan anak. Ajar ilmu yang sesuai dengan tahap umur anak. Paling asas ajar nama anak. Ajar panggil ibu. Ajar panggil Ayah. Ajar perkataan untuk perbuatan yang kita tengah buat. Jom minum susu. Jom tukar lampin. Jom mandi. Itu semua kan pelajaran….

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Persiapan Alat Tulis ke Darjah 1

Alhamdulillah, pagi Jumaat yang cerah di Pulau Pinang. Maka berakhir juga minggu pertama sesi persekolah 2017. Anakanda Fateh pun dah bertanya bila nak cuti, nak main game. Begitulah fitrahnya kan, kita pun nak berehat di hujung minggu. Inikan pula anak kecil yang fitrahnya adalah bermain. Yang penting kita pandu anak-anak memilih yang terbaik. Semalam saya ada kongsikan persiapan pakaian untuk anak ke darjah 1. Hari ini perkongsian saya lebih kepada alatulis dan peralatan lain. Untuk alat tulis, kami hanya belikan kotak pensel baru untuk anakanda Fateh. Harga kotak pensel di pasaran adalah antara rm7-rm15 mengikut jenis dan kualiti. Saya memilih…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Apa Persediaan Anak ke Darjah 1

Hari ke 3 persekolahan anakanda Fateh. Alhamdulillah semalam urusan pertukaran ke sekolah seisi pagi telah berjaya. Dan hari ni anakanda Fateh sudah melangkah keluar rumah seawal 7 pagi bersama suami. Semoga misi kami untuk memudahkan urusan pemantauan solat terlaksana dengan jayanya. Sekolah seisi pagi lebih fleksibel dengan waktu solat. Untuk persediaan anakanda Fateh ke darjah 1, kami buat sedikit-sedikit. Persediaan asas dari segi pakaian dan kasut kami beli pada awal bulan 12. Ini mengikut saranan ibu-ibu berpengalaman kerana pembelian pada sangat akhir boleh menimbulkan masalah saiz. Kami juga alami situasi tersebut. Saya memang rancang dari awal nak belikan kasut Pallas…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Anak Lambat Membaca, Apa Kesannya?

Minggu lepas saya menemani anakanda Fateh ke Hari Pendaftaran Darjah 1. Oleh kerana anakanda Fateh anak sulung, jadi ini adalah pengalaman pertama saya. Semasa melangkah masuk ke sekolah, saya hanya membayangkan pendaftaran ini sebagai prosedur masuk ke sekolah. So i just go with the flow kata omputih. 😛 Macam-macam situasi boleh lihat di tempat pendaftaran. Ada anak-anak yang terlajak excited, ada mak yang banyak pesanan nak cakap dan ada juga wajah-wajah bimbang semasa mendaftar. Kebetulan ibu yang mendaftar di belakang saya nampak serius dan risau. Sebab kali pertama jumpa, jadi saya anggap mukanya memang macam tu. Settle! Selepas mendaftar saya ke…

Continue reading
mengajar anak membaca
in Aktiviti Anak, Review

5 Idea Ajar Anak Mula Membaca Di Rumah

Hari pertama persekolahan kebanyakan negeri bagi seisi 2017. Semoga semuanya bermula dengan baik-baik sahaja. Alhamdulillah anakanda Fateh pun dah mendaftar di sekolah berhampiran, untuk sesi petang. Semalam dah selesai semua persediaan, jadi pagi ni ummi agak tenang memulakan hari di pejabat kecil ini. Setiap kali kita lihat anak orang lain melalui sesuatu tahap, kita harus sedar satu hari nanti in syaa Allah anak kita juga akan melalui tahap itu. Jadi sebagai ibubapa penting untuk kita menyediakan anak-anak kita sedari awal untuk mampu menghadapi cabaran pada tahap tersebut. In syaa Allah dengan keyakinan yang dipupuk sejak awal dalam diri anak-anak, anak-anak akan…

Continue reading
in Umum

Umur Berapa Nak Hantar Anak ke Tadika?

Beberapa hari lepas saya dapat satu mesej dari pelanggan Kedai Cikgu. Dia meminta pandangan saya  samada perlu hantar anaknya pada usia 3 tahun 3 bulan ke tadika pada seisi Januari 2017 ini. Sebenarnya saya kurang gemar menjawab soalan begini dari jarak jauh, kerana saya tidak tahu situasi keluarga yang bertanya. Tambahan pula saya bukan pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak. Hanya sedang membina kepakaran dalam bidang educational toys. ;-D Tapi semalam saya cuba juga memberi respon kepada soalan tersebut. Saya cuba beri respon kerananya katanya anaknya tidak mahu ke sekolah. Jadi saya cuba memahami bahawa anaknya belum bersedia untuk mengikuti pembelajaran formal….

Continue reading
in Pengalaman hidup, Umum

Kemana sakinahamid.com pada 2017

Alhamdulillah, masih bernafas di tahun 2017. Peluang ini adalah satu rezeki yang Allah kurniakan untuk merasai nikmat kehidupan, dan berusaha mengumpul amalan buat bekalan bertemu denganNya kelak. Kehidupan di dunia ini hanyalah medan ujian. Ujian untuk Allah menilai sejauh mana kita mampu kekal dalam kebenaran walaupun pelbagai cabaran mendatang. 2017 adalah tahun ketiga sakinahamid.com belayar di alam maya. Bermula dengan hanya menggunakan ilmu menulis yang sedia ada di dada, saya mulakan blog ini dengan apa yang saya tahu. Saya hanya tulis..tulis..dan tulis. Selepas hampir mencapai 30 artikel yang pertama barulah saya melabur untuk belajar teknik penulisan blog di saya kongsikan dalam Pengalaman…

Continue reading
Close