Monthly Archives

February 2017

in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Cabaran Bawa Anak ke Terapi Pertuturan

Susahnya nak bawa anak ke sesi terapi pertuturan Ini adalah keluhan biasa. Keluhan  ibubapa yang mempunyai anak yang lambat bercakap mahupun apa-apa kes yang perlu rujukan ulangan di hospital. Hanya yang mengalaminya dapat memahami keluhan ini. Jika tak kuat azam untuk melihat anak kembali ke tahap perkembangan normal, memang mudah untuk berhenti separuh jalan. Itulah yang kerap saya temui. Cabaran bermula sebelum bawa anak ke sesi terapi lagi. Bagi ibu atau bapa yang bekerja sendiri mungkin boleh sesuaikan masa dengan waktu temujanji. Tapi bagi yang makan gaji memang sukar untuk fahamkan majikan mengenai kepentingan membawa anak ke sesi terapi ini. Sesi persekolahan…

Continue reading
Cara Rujuk Anak Lambat Bercakap ke Hospital
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Cara Rujuk Anak Lambat Bercakap ke Hospital

Selalunya  orang sakit ja di bawa ke hospital. Tapi sebenarnya ramai sahaja pesakit yang ‘tidak sakit’ tetapi menerima rawatan di hospital. Salah satunya ialah kanak-kanak yang lambat bercakap. Kerana di hospital terkumpul pakar-pakar yang dapat membantu ibubapa merangsang anak ini bercakap lebih cepat. Ada pelbagai cara untuk merujuk anak lambat bercakap ke hospital. Tetapi yang saya nak kongsikan di sini ialah pengalaman saya sendiri merujuk anakanda Fateh ke Hospital Pulau Pinang. Setelah menyedari anak saya lambat bercakap, saya pun terus membawanya ke bahagian pesakit luar (001) di hospital. Cara saya ini melangkaui Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, tetapi mereka sendiri…

Continue reading
petua anak lambat bercakap
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Punca anak lambat bercakap

Setiap proses perkembangan anak berlaku dengan sebab. Cuma ada sebab yang diluar kawalan kita sebagai makhluk seperti faktor genetik dan sebagainya. Namun dalam kebanyakan kes anak yang dilahirkan normal, lambat mula bercakap sebenarnya berpunca daripada kurang rangsangan dari persekitaran. Pengalaman saya sendiri, anakanda Fateh lambat bercakap kerana kurang rangsangan dari kami sebagai ibubapa. Rangsangan adalah faktor penting untuk anak mula bercakap seperti yang dikongsikan oleh pakar patologist pertuturan ini. Sebagai ibubapa muda, saya membayangkan proses perkembangan ini berlaku secara semulajadi. Sudahlah tiada ilmu mengenai proses perkembangan kanak-kanak, tiada usaha untuk menggali ilmu pula. Bila anak nampak ‘tak sama’ macam anak…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Bagaimana Saya Mula Sedar Anak Lambat Bercakap

Anakanda Fateh lahir selepas setahun saya berumahtangga. Dalam kenaifan menjadi ibu muda, saya membayangkan semua perkembangan kanak-kanak berlaku secara semula jadi.Walaupun saya banyak membaca ilmu keibubapaan, tetapi saya banyak memfokuskan kepada ilmu mengenai asuhan alami. Saya suka membaca perkongsian mengenai penyusuan susu ibu, lampin kain moden dan gendong anak. Kebanyakan pembacaan saya semasa anakanda Fateh usia bayi adalah memfokuskan kepada kejayaan penyusuan susu ibu sebagai wanita bekerjaya. Hampir kebanyakan masa saya fikirkan bagaimana untuk anakanda mencukupkan keperluan penyusuannya sehingga saya hampir tidak mengkaji mengenai perkembangan kanak-kanak. Namun saya bersyukur Allah memberikan peluang kepada saya untuk menyusukan anakanda Fateh sehingga 2…

Continue reading
Pengguna Tablet genius RR4U
in Ilmu Keibubapaan

Tablet Genius RR4U Bantu Anak Lambat Bercakap

Anak lambat bercakap bukan satu penyakit. Tapi cukup untuk membuatkan ibubapanya bimbang dengan perkembangan anak tersebut. Kelewatan anak bercakap turut mempengaruhi perkembangan lain. Apatah lagi apabila orang di sekeliling mula membanding-banding kemampuan anak dengan kawan sebaya. Ini sudah cukup untuk menimbulkan kebimbangan dalam hati seorang ibu. Pengalaman saya sendiri, menguruskan anak lambat bercakap sangat mencabar. Dia tidak dapat memberitahu apa kehendaknya dengan jelas. Keadaan ini biasanya akan berakhir dengan tangisan yang membawa tantrum. Kita juga menjadi kurang sabar apabila menguruskan mereka kerana tidak tahu apa kehendak mereka. Dalam kesibukan rutin harian, seringkali juga emosi anak itu dibiarkan berlalu begitu sahaja….

Continue reading
Latihan menulis nama
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

Melatih Anak Menulis Nama Sendiri

Februari sudah semakin hampir ke penghujungnya. bermakna sudah hampir 2 bulan juga saya homeschool anakanda Faqihah sepenuhnya. Alhamdulillah setakat ini masih belum ada tanda-tanda dia mahu ke sekolah. Pengalaman dia menolak ke sekolah selepas didaftarkan ke sebuah montessori tahun lepas menjadikan saya serik nak hantar dia ke sekolah. Ya lah, yuran pun mahal sekarang kan. Dah daftar hari-hari minta tak nak pergi sekolah pulak. Adoi.. Tapi Alhamdulillah saya nampak dia selesa berada di rumah. Saya tidaklah sediakan aktiviti yang menarik pun untuknya. Tapi dia sendiri pandai mewujudkan aktiviti yang dia nak buat. Jadi saya hanya selit-selitkan aktiviti pembelajaran sahaja semasa…

Continue reading
in Pengalaman hidup

Prinsip Muslim dalam Diri Nenek India

Waktu anak beriadah petang adalah waktu saya bersantai-santai. Kadangkala saya ambil angin sambil regangkan otot berjalan di keliling taman permainan. Ada masanya saya sekadar duduk sembang-sembang dengan ibu-ibu lain yang menemani anak bermain. Ikutkan taman permainan ni dalam kawasan apartment, sepatutnya selamat ja anak-anak main sendiri. Tapi zaman sekarang ni kita dah tak mampu nak bersangka baik macam tu kan, segalanya mungkin untuk berlaku. Maka beramai-ramai lah kami duduk menunggu anak-anak yang sudah agak besar ni bermain. -_- Tapi ok la, sambil-sambil tu boleh juga sembang-sembang bertukar buah fikiran. Kebanyakan yang turun ni adalah nenek yang mengasuh cucu, jadi mereka…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

Teknik Menyurih Tulisan

Kalau beli buku ABC untuk anak-anak mesti ada tulisan dot..dot.. tu kan. Tak pernah ambil serius pun dengan tulisan tu, cuma fikir ia untuk mudahkan anak belajar menulis. Tapi masa saya nak latih anakanda Faqihah menulis dulu, dia tak suka guna pensel. Bila ajak pegang pensel ja menolak. Jadi saya pun mulalah mencari-cari panduan di alam maya. Masa tu barulah saya jumpa pelbagai teknik untuk melatih anak menulis tanpa menggunakan pensel. Lagi menarik rupanya. Dan Faqihah sangat suka belajar dengan teknik-teknik tu semua. Alhamdulillah. Masa ni barulah saya tahu kepentingan teknik menyurih. Teknik menyurih tulisan dapat membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Berkelah di Taman Rimba Teluk Bahang

Alhamdulillah, Isnin datang lagi. Datang dengan membawa harapan minggu baru untuk mencapai segala impian. Semoga apa jua perancangan anda dan saya akan dipermudahkan urusan-urusannya. Dalam hidup ini tiada yang mustahil untuk dicapai dengan izinNya, in syaa Allah. Hujung minggu baru-baru ni kami sekeluarga berkesempatan berkelah di Taman Rimba Teluk Bahang. Taman ini ada nostalgia tersendiri kepada saya. Sepanjang bergelar mahasiswa USM dan bekerja sebagai guru, saya pernah datang ke sini beberapa kali menguruskan program. Boleh dikatakan kebanyakan aktiviti yang disediakan di taman rimba ini telah saya terokai. Semasa bergelar mahasiswa, saya berpeluang mendaki trek hutan hingga ke pusat tadahan air….

Continue reading
Mainan motor halus
in Ilmu Keibubapaan

Apa Kepentingan Perkembangan Motor Halus?

Biasanya bila beli mainan untuk anak-anak selalu ada tulis ‘develop fine motor’ kan. Dari soft toy sampailah ke mainan kayu selalu ada label ni pada kotak mainan. Ini menunjukkan perkembangan motor halus adalah penting untuk kanak-kanak. ok sebelum kita lihat apa kepentingannya, mari kita semak apa maksud ‘kemahiran motor halus’. Kemahiran motor halus ialah kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan untuk membuat gerakan. Pergerakan ini melibatkan otot-otot kecil pada tangan, jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Jadinya kebanyakan aktiviti seharian anak kecil memang melibatkan kemahiran motor halus. Ketangkasan (dexterity) ialah kemahiran kanak-kanak dalam menggunakan pergerakan tangan dan jari dalam…

Continue reading
Buat tulisan putus-putus sendiri
in Ilmu Keibubapaan, Umum

Cara install tulisan putus-putus di MC word

Alhamdulillah sekarang ni anakanda Faqihah tengah seronok menulis. Lepas lukis-lukis dia akan datang kat saya tanya ejaan itu ini nak masukkan pada dialog lukisan dia. Satu hari saya dapat idea, saya tuliskan dengan tulisan putus-putus. Boleh jadikan aktiviti menulis untuk dia kan. Nampak dia suka dengan cara tu. Tapi bila banyak-banyak jenuh jugak mak nak tulis satu-satu kan. Lambat. Biasalah mak, semua nak cepat kan. -_- Satu hari masa dok baca-baca mengenai teknik ajar anak menulis, saya terjumpa cara untuk install tulisan putus-putus ni pada microsoft word. Masya Allah, senangnya. Tak terfikir pulak sebelum ni kan. Jadi saya pun terus…

Continue reading
in Umum

Buat Corak adalah Asas Kemahiran Menulis

Kebelakangan ini saya mula melihat kecenderungan anakanda Faqihah untuk menulis. Berbeza sangat dengan satu ketika dulu saya tercari-cari  aktiviti untuk merangsang minatnya menulis seperti dikongsikan di SINI. Sekarang ni pantang dapat kertas ja mula lah dia tulis-tulis huruf. Nanti datang bawakan pada saya suruh baca. ^_^ Bila anak dah tunjukkan kecenderungan untuk menulis, kerja kita menjadi lebih mudah.  Anak memang sudah bersedia untuk belajar. Jadi dengan sedikit bantuan anak sudah dapat menguasai kemahiran menulis, in syaa Allah. Ini adalah antara manfaat memberi anak peluang mendapat manfaat dari kebaikan menconteng. Aktiviti permulaan menulis yang formal dimulakan dengan melukis corak-corak ringkas. Ia…

Continue reading
Close