Monthly Archives

May 2017

bukuibuajarkujawi
in Review

Belajar Jawi dengan Kaedah Pandang dan Sebut

Semalam lepas isya’ saya masuk homeoffice sekejap. Cadangnya nak uruskan pesanan pelanggan dan kemaskini apa yang perlu. Dalam banyangan minda tu setengah jam selesai lah agaknya. Kerana badan dan minda memang sudah meminta rehat. Anak-anak sepatutnya dah bersedia untuk masuk tidur. Tapi sebab anakanda Faqihah tidur dalam kereta petang tadi, dia ada tenaga tambahan malam tadi. Mula-mula dia buat urusan sendiri ja, berkreaviti dengan kertas lukisannya. Tiba-tiba dia datang membaca buku Ibu Ajarku Jawi nombor 1. Katanya ummi tak pernah ajar dia pun baca buku tu. 😛 Set buku ni saya belikan tahun lepas untuk anakanda Fateh. Alhamdulillah memang sangat mudahkan…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Anak Tak Mahu Ulangkaji untuk Peperiksaan?

Peperiksaan dah dekat, tapi anak langsung tak nak pegang buku. Dilema jadinya kan. Nak biar ke nak paksa. Ok, ini pandangan saya. Dan ia sesuai untuk anak sekolah rendah terutama 9 tahun ke bawah.  Kita perlu lihat kesediaan anak untuk belajar (learning readiness). Benda ni tak sama. Ada yang sejak usia tadika dah nampak bersedia. Tapi juga dah darjah 4 pun tak nampak bersedia lagi. Banyak faktor yang mempengaruhi. Faktor yang utama adalah rangsangan pada 7 tahun pertama. Selain tu faktor persekitaran dan genetik juga boleh menyumbang kepada kesediaan anak untuk berminat belajar menggunakan pen dan kertas. Dalam menghadapi isu peperiksaan,…

Continue reading
anaksukabertanya
in Ilmu Keibubapaan

Cara Terbaik Layan Anak Suka Bertanya

Anak suka bertanya? Letih kan nak fikir jawapan. Ok, hari ni saya nak kongsi satu ilmu yang baru saya praktikkan (separuh) Selama ni saya rasa dah cukup bagus la sebab cuba jawab soalan-soalan anak sebaiknya. Rupanya cara saya jawab soalan tu kurang mengasah kemahiran berfikir anak. Contohnya: S: Ummi ni apa? J: Ni senduk S: Kenapa ummi pegang senduk? J: Nak masak Linear sangat kan. Anak hanya perlu fikir soalan ja, sebab tu la kot diorang banyak tanya.Lepas tu kita dok meroyan letih nak jawab soalan anak. Padahal kita yang tak pandai uruskan😜 Alhamdulillah bila dah baca buku WhySoSeriousParents tulisan Adlil Rajiah, saya…

Continue reading
gengibumuda
in BIJAK NIAGA

Grup Geng Ibu Muda

Setahun yang lalu, saya dikurniakan ilham untuk wujudkan sebuah grup di facebook. Konsep grup masih samar-samar ketika tu. Tapi saya terus bertindak create grup dan invite 2 rakan terdekat sebagai syarat untuk wujudkan grup. Usahawan kan, fast action fast result katanya. Lepas dari tu blank..kiki. Sesekali teringatkan grup ni untuk invite pelanggan Kedai Cikgu yang sedia ada. Tapi rasa terlalu nak menjual kan. Lama-lama jadi macam grup jualan lain. Nak buat sharing pun rasa macam takda idea. Nak ajak rakan niaga lain bergabung tapi tak pasti juga bagaimana nak menguruskan. Banyak sangat fikirnya. Alhamdulillah dalam bulan ni saya mula buat…

Continue reading
DrDanialZainalAbidin
in Ilmu Keibubapaan

Pendidikan Anak Paling Awal dalam Islam

Alhamdulillah hari Ahad baru-bari ini saya berpeluang hadir ke Kuliah Tafsir yang disampaikan Dr Danial Zainal Abidin. Kuliah kali ini membincangkan intisari ayat Surah Ali Imran dari ayat 35 – 41. Perbincangan mengenai pendidikan paling awal kanak-kanak ini sangat menarik minat sangat untuk berkongsi ilmu tersebut dengan lebih ramai ibubapa. Di sini adalah catatan saya berdasarkan perbincangan di dalam kuliah tersebut. Iktibar Ayat 35 “(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:” Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi…

Continue reading
kentangsenyumviral
in Aktiviti Anak

Kentang Senyum Faqihah

Yea..Akhirnya kami berjaya buat kentang senyum yang viral itu. Asyik tengok orang lain update ja kan, teringin juga nak mencuba. Tambahan pula semalam hari cuti sempena Sambutan Wesak. Alhamdulillah ada masa untuk beraktiviti bersama anak-anak tersayang. Kentang senyum ni agak simple caranya, jadi sesuai sangat lah untuk dijadikan aktiviti bersama anak-anak. Rasanya pun sesuai dengan tekak mereka, jadi siap masak tu in syaa Allah anak-anak akan makan dengan teruja sampai terlupa nak makan nasi. Boleh la, karbohidrat jugak tu. Ok jom semak cara-cara nak buat ya. Mula-mula sediakan bahan yang diperlukan. Saya rujuk di SINI semasa nak sediakan bahan. Tapi…

Continue reading
5tahunpertamanak
in Ilmu Keibubapaan

5 Tahun Pertama Anak Kecil

Petang tadi melayan permintaan Faqihah nak buat aktiviti di dapur. Ikutkan hati rasa nak berehat-rehat sahaja selepas seharian mengadap pelbagai tugasan. Bila ummi bermalas-malasan tu muncul lah satu suara dari bibir yang comel itu Ummi tau tak kenapa adik suka masak. Sebab nanti bila adik dah ada baby, adik nak masak bagi anak adik makan. Ummi pun tanya adik nak masak apa? Bila anak adik baby adik masak bubur. Nanti dia dah 5 tahun adik masak nasik dengan sup kuning (gulai lemak). Lepas tu adik hantar dia pergi sekolah. Telan air liur kejap ummi.😅 Teringat beberapa tahun lepas dengar Prof Muhaya cakap….

Continue reading
Close