Monthly Archives

July 2017

in Ilmu Keibubapaan

Bolehkah Rumah Sentiasa Kemas Walaupun Ada Anak Kecil?

Boleh ke? Ok, ni saya cerita dari apa yang saya belajar dan pengalaman orang lain ya. MEMANG BOLEH. Asalkan kita tau cara untuk uruskan masa dengan optimum. Benda ni saya belajar dari kelas pengurusan masa. Kandungan kelas memang sangat bagus. Cuma part ni ja saya tak ikut atas alasan saya sendiri. Tambahan pula semasa saya belajar ni, masalah pengurusan anak saya sudah tidak terlalu serius. Kalau masa musim anakanda Fateh asyik mengempeng dulu tu mungkin la saya akan buat. Ok, yang paling utama kita kena ada mindset mengenai pengurusan masa yang betul. Bab ni kena berguru dengan pakar lah ya….

Continue reading
anaksusahmakanubat
in Ilmu Keibubapaan

Bahaya Picit Hidung Anak Waktu Bagi Makan Ubat

Pagi tadi saya terbaca berita viral mengenai seorang bapa yang menggunakan spray hidung untukĀ atasi masalah hidung tersumbat. Tak sanggup nak tengok keseluruhan video. Tapi dari pemerhatian sepintas lalu, caranya jelas boleh mendatangkan bahaya kepada anak kecil. Ramai yang mengecam cara penggunaannya yang salah. Semoga beliau beroleh petunjuk bagaimana untuk menguruskan masalah kesihatan anak dengan lebih selamat. Isu ini mengingatkan kejadian yang berlaku pada saya sendiri. Saya tak sedar pun la. Tapi abah selalu sangat ulang-ulang kisah ni. Nampak jelas penyesalan di wajahnya. Asal ada topik pasal anak tak sihat ja mesti dia pun bukak cerita ni. šŸ˜£ Jadi saya kongsikan…

Continue reading
ketagihangajet
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

5 Aktiviti Mudah Semasa Anak Menunggu Selain Bermain Gajet

Bagi ibubapa yang mempunyai anak sedang membesar, aktiviti menunggu lama akan mengundang kerisauan. Tempat-tempat seperti hospital, klinik dan urusan kaunter biasanya perlu mengambil masa yang lama menunggu sebelum berurusan. Dan fitrah anak kecil yang cepat bosan itu menyebabkan aktiviti menunggu seringkali bertukar menjadi caca-merba. Selain itu mereka juga sangat suka bereksplorasi di tempat baru. Mereka sangat bertenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti di saat ini. Ini semua jika tidak diuruskan dengan baik akan membawa tekanan kepada ibubapa seterusnya anak kecil yang tak berdosa ini dimarahi dan dipaksa duduk diam. Dan seringkali juga ia akan berakhir dengn ibubapa memberikan gajet kepada anak…

Continue reading
bahayagunavicks
in Ilmu Keibubapaan

Bahaya Penggunaan Vicks Untuk Bayi

Bagi saya yang lahir di era 80-an, penggunaan vicks adalah terlalu biasa. Sejak kenal dunia, kami akan menggunakan vicksĀ setiap kali selsema. Boleh dikatakan setiap rumah pasti ada vicks dalam simpanan. Namun apabila zaman berubah, kita perlu belajar untuk terima hakikat apa yang kita sudah lama amalkan itu tidak sesuai untuk diteruskan. Baru-baru ini berlaku tular di laman sosial bahawa penggunaan vicks adalah berbahaya untuk bayi dan kanak-kanak. Bagi mereka yang ‘membesar’ bersama vicks seperti saya, ia kedengaran kelakar kan. Ok, jom kita fahami apa masalahnya dengan penggunaan vicks. Vicks adalah salap beruap yang bertujuan untuk membantu melegakan pernafasan ketika selsema….

Continue reading
resepiayampopcorn
in Umum

Idea untuk Jamuan Raya Sekolah Anak

Hari ni jamuan hari raya di sekolah anakanda Fateh. Awal-awal lagi cikgu dah bagi surat untuk bawa makanan. Menu makanan pula dah ditentukan ikut kelas anak. Bila ummi tengok menu tahun 1, memang rasa tak semangat. Bukan menu yang ummi gemari untuk hidangkan pada anak-anak. Jadi semalam saja post di Facebook peribadi bertanyakan idea dari rakan-rakan.Ā Mana tahu dapat cadangan yang menarik kan. Dan respon dari ibu-ibu ni memang sungguh memberangsangkan. Alhamdulillah. Oleh kerana kelas Fateh dalam kategori makanan segera, cadangan yang top ialah ayam popcorn, wedges dan sandwich. Ummi dah terliur tengok resepi sandwich. Tapi macam takda sokongan bos ja….

Continue reading
whitenoisebabymuzikanaktidur
in Ilmu Keibubapaan

Betulkah ‘White Baby Noise’ Boleh Bantu Anak yang tak nak duduk dalam car seat?

Sejak tulis flashback pasal anak tak nak duduk dalam carseat tu kan, macam-macam pulak ilmu lain saya dapat. Alhamdulillah. Rezeki berkongsi ilmu agaknya. šŸ™‚ Ada sorang rakan FB saya cerita pasal White Baby Noise. Katanya dengan pasang bunyi-bunyian yang serasi dengan anak, ia dapat bantu anak tenang dan tidur lebih nyenyak. Saya pun teringat pernah dapat fail muzik digital untuk terapi semasa hadir ke satu seminar motivasi. Bila dengar muzik tu macam kelakar ja. Siap fikir boleh ke buat orang jadi tenang. ^_^ Tapi saya saja la share kat FB. Alhamdulillah ada ibu yang memang dah amalkan untuk anak dan ia…

Continue reading
Taksukadudukdalamcarseat
in Ilmu Keibubapaan

Cara Latih Anak Duduk dalam Carseat

Pagi tadi masa kat tempat letak kereta terserempak dengan jiran yang ada anak kecil. Dia tengah pujuk anaknya duduk dalam carseat. Biasalah hari Isnin kan, tambah kalau dah lama cuti memang ambil masa nak biasakan anak dengan rutin harian semula. Bila tengok tu terus la teringat nostalgia hero ku 7 tahun lepas. Anakanda Fateh dah letak dalam carseat sejak umur dia 2 bulan. Sebelum pergi kerja, saya akan hantar dia ke taska dalam 10 kilometer. Balik dari taska pun saya ambil. Dan yang bestnya, perjalanan dalam lebih kurang 15 minit tu selalunya diiringi dengan lontaran vokal yang bisa menggegarkan gegendang…

Continue reading
in Umum

Momentum Mendidik Anak

Syawal sudah masuk hari ke 10. Walaupun kebanyakan kita sudah kembali bekerja, namun di sana sini masih banyak topik-topik berkaitan raya. Pada saya, raikan setakat mana perlu. Yang ibadahnya hanya hari raya pertama sahaja. Lain-lain ni lebih kepada budaya. Alhamdulilah, syawal kali ini banyak agendaĀ berlaku serentak. Selain rutin perayaan biasa di rumah, adik ipar saya juga melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya. Di kesempatan ibubapa saya hadir ke majlis tersebut di kelantan, kami merancang agenda sampingan. Rombongan meminang untuk adik lelaki. Alang-alang datang dari jauh kan. Syukur semuanya berjalan lancar. Namun dalam kemeriahan itu, saya ralat dengan diri sendiri. Terasa dalam…

Continue reading
Close