Monthly Archives

September 2017

nebulizer
in Ilmu Keibubapaan

Rawat Anak Batuk Tanpa Nebulizer

Anak kecil batuk dan selsema berpanjangan bukanlah masalah kesihatan baru. Ia memang masalah kesihatan biasa namun tidak bermakna boleh dipandang enteng. Membiarkan anak batuk dan selsema berlarutan boleh membawa masalah lain yang lebih serius seperti jangkitan kuman di paru-paru. Atas kesedaran ini, ramai ibubapa muda hari ini memandang serius pada masalah batuk dan selsema. Ini jelas dapat dilihat bagaimana kebanyakan anak kecil hari ini kerap menjalani rawatan nebulizer. Malahan seperti sudah menjadi satu trend pula. Jika dulu, rawatan nebulizer hanya diberikan untuk mereka yang ada masalah pernafasan seperti asma. Ia dilihat sebagai masalah kritikal. Namun atas kemampuan kewangan, ramai ibubapa…

Continue reading
pelukisjalanantemeabdullah
in Umum

Buku Pelukis Jalanan, Perjalanan Mengejar Impian Tak Masuk Akal

Masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL ’17) baru-baru ini, suami ada cerita mengenai buku ni. Tapi saya dengar ja la, takda la terlalu teruja nak baca pun. Lepas tu masa pulang cuti hari raya Aidilfitri, adik ipar pula dok promote. Dia dah cerita kebanyakan kandungan buku pertama ; Pelukis Jalanan. Dengar cerita macam menarik, tapi takda lah pergi cari. Sampailah balik kampung minggu lepas, adik ipar bawa balik buku-buku ni ke kampung dan pinjamkan pada saya. Wah..sungguh-sungguh nak ajak baca ni. 😛 Balik dari kampung, saya mula baca buku Pelukis Jalanan. Huih, tak boleh berenti kot. Sehari dah habis…

Continue reading
makandikedai
in Umum

5 Cabaran Makan di Luar Bersama Anak Kecil

Hujung minggu baru-baru ni kami sekeluarga pulang ke kelantan. Sambut ibu dna bapa mertua kembali ke tanah air dari menunaikan ibadah haji. Alhamdulillah mereka berdua dapat lakukan ibadah haji dan umrah dengan sempurna. Cuma pulang dalam keadaan batuk selsema dan demam keletihan. Mereka sampai awal pagi Isnin. Jadi kami pun sempat bersama mereka separuh hari sahaja sebelum bertolak pulang. Hampir waktu asar juga kami meninggalkan kelantan. Dan bila sampai ke utara lepas maghrib, perut pun mula berkeroncong. Terpaksalah berhenti makan malam dulu. Makan di luar bukan rutin keluarga kecil kami. Biasanya ia hanya ketika dalam perjalanan atau kesuntukan masa atas…

Continue reading
anaksukabertanya
in Umum

Saya Takda Idea Nak Menulis..

Saya takda idea nak menulis, boleh saya ‘copypaste’ tulisan puan tak? Setiap kali diajukan soalan ini, saya memilih untuk diam. Kerana jawapannya panjang. Ia melibatkan penjelasan pandangan dan huraian, persoalannya adakah si penanya itu berminat untuk membaca? 😀 Secara zahirnya, semua ilmu itu milik Allah. Jadi apa sahaja ilmu yang tersebar, semua orang berhak mempelajarinya. Tak perlu minta izin pun, milik Allah kan. Dimana-mana sahaja kita temui mutiara ilmu, kutiplah ia. Kalau perlu bayaran pun, bayarlah. Kerana seringkali bayaran itu bukan atas harga ilmu, namun untuk menampung kos-kos untuk menjayakan majlis ilmu tersebut. Namun dalam konteks tulisan, ada adabnya di…

Continue reading
tipsurusanakwaktupagi
in Ilmu Keibubapaan

5 Tips Urus Anak Meragam Waktu Pagi

Pagi-pagi tadi saya turun ke padang permainan sekejap. Rutin harian, ambil angin pagi sambil senaman ringan sikit. Awal pagi juga adalah waktu yang bagus untuk buat teknik pernafasan dan visualisation. Cuma pagi ni ketenangan tu terganggu sikit dengan suara anak kecil jiran mengamuk. Saya selalu ja selisih dengan jiran ni, biasa anaknya ceria ja pagi-pagi. Pagi ni adalah sesuatu yang tak kena dengan emosinya, sampai ibunya terpaksa tunggu reda baru boleh bergerak keluar. Ya lah, nak dukung adik kecik lagi. Nak layan anak besar meronta lagi. Begitulah rencah awal pagi bila ada anak sedang membesar. Teringat 4 tahun dulu ketika…

Continue reading
Amirulbudaksudan
in Review

Review Buku “Amirul Budak Sudan”

Masa pulang ke kampung baru-baru ni, kakak saya sibuk ‘mempromosikan’ buku Amirul Budak Sudan tulisan Roza Roslan. Kami memang sama-sama meminati tulisan beliau. Asalnya saya hanya dengar ulasan kakak saya sahaja, rasa tak berminat nak melekat membaca dalam sibuk bercuti di kampung. Tapi bila dah mula baca, terus melekat dan gigih mencuri-curi masa di celah aktiviti di kampung. Siap berjaga malam lagi nak habiskan. Gigih la pulak kan. Itulah masalah bila dah mula baca buku macam ni. Lambat nak move on, dah habis sibuk ulang pulang. 😛 Buku ini mendidik saya menguruskan hati dan fikiran sebagai seorang ibu. Betapa semua…

Continue reading
Close