Monthly Archives

January 2018

in BIJAK NIAGA

Strategi Pemasaran Bisnes online untuk Wanita

Alhamdulillah bermula pagi Isnin yang tenang. Sambil anak dan suami bersiap ke tempat kerja, saya selesaikan urusan rumah tangga. Bila semua dah keluar, saya pun mulakan tugas di pejabat kecil ini. Ia impian saya sejak sekian lama. Dan Alhamdulillah hari ini satu demi satu Allah makbulkan impian saya bekerja dari rumah di samping menguruskan anak-anak. Ia bukan sesuatu yang mudah, namun langsung tidak mustahil untuk dicapai. Bagi ibu-ibu yang sedang mencari peluang berbisnes online, saya kongsikan beberapa strategi pemasaran yang boleh dilakukan dari rumah. Strategi yang nak saya kongsikan ini lebih kepada pilihan channel pemasaran yang mudah untuk di teroka….

Continue reading
ladangtehBohSgPalasCameronHighlands2
in Pengalaman hidup

Seharian di Cameron Highlands

Kami sudah lama merancang untuk ke Cameron Highlands hujung minggu lepas. Suami pun awal-awal lagi dah mohon cuti. Tapi bila cuaca sejuk melanda seluruh negara baru-baru ini, saya jadi goyah juga la nak teruskan perancangan ini. Dekat rumah pun berbaju sejuk sentiasa, inikan pula nak ke tempat yang memang dah sejuk. -_- Alhamdulillah awal minggu lepas cuaca dah kurang sejuk. Jadi kami pun buat keputusan untuk teruskan percutian ini. Perancangannya kami akan bertolak awal pagi sabtu, jadi sebelah petang masih ada masa untuk lawatan. Sekali hari rabu Fateh pulang bersama surat makluman perlu ke sekolah hari Sabtu. Program melibatkan kehadiran…

Continue reading
in Pengalaman hidup

Menguruskan Drama Anak Kecil di Pagi Hari

Alhamdulillah pagi ini ada kelapangan masa untuk turun ke taman beriadah seketika. Sekadar untuk longgarkan otot-otot tegang dan menghirup udara segar di pagi hari. Bagi suri bekerja di rumah seperti saya, rutin senaman begini penting untuk kekal produktif dan cergas sepanjang hari. Sedang khusyuk menikmati keindahan Dhuha ciptaanNYA, terdengar deringan suara anak kecil dari kawasan kejiranan. Oo..dari tadika berdekatan rupanya. Terdetik di fikiran, biasalah drama pagi-pagi kan. Terus terimbau pengalaman pahit menghantar anak ke tadika. Ketika itu anakanda sulung kami berusia 4 tahun. Anakanda Fateh suda berada di taska asuhan itu seawal usia 2 bulan. Dan selepas usia 3 tahun,…

Continue reading
TIME broadband
in Pengalaman hidup

Akhirnya Kami Beralih kepada TIME Home Broadband

Sampai hari ni rasa masih kurang percaya saya dah daftar talian internet baru. Sebenarnya memang dah lama nak tukar wifi YES yang selalu mengundang hangin pada diriku ni. Tapi dek sebabkan ada kontrak 2 tahun, terpaksalah tunggu sampai habis. Alkisahnya TIME Broadband ni mula ‘menyerang’ kawasan perumahan kami sejak awal tahun lepas. Masa tu setiap petang mereka akan buka booth di kawasan dewan terbuka kat bawah tu. Lepas tu memang kerap hantar flyers selit kat pintu. Tapi saya tak ambik pusing sangat. Sebab tak boleh buat apa-apa pun. Nak tak nak saya kena tunggu kontrak talian internet sedia ada ni…

Continue reading
Muhammad Fateh bin Shamsul Ery
in Aktiviti Anak

8 Tahun Sudah Anak Sulung Kami

Selamat datang 2018! Awal tahun sinonim dengan azam tahun baru, persiapan ke sekolah, pendaftaran di sana sini dan pelbagai perubahan lagi. Oh ya, tak dilupakan promosi Y.E.S yang biasanya baru berakhir. Haha.. Dan bagi saya, awal tahun baru adalah saat saya mengimbau kenangan 8 tahun lepas. 2.1.2010. Dalam kesibukan orang lain menyambut tahun baru, saya sedang bertarung nyawa menyambut kelahiran permata hati sulung. Masa tu saya masih bertugas sebagai guru. Saya masih hadir ke mesyuarat guru pembukaan tahun dalam keadaan yang sudah sarat. Saya sempat mengisi maklumat dalam buku rekod mengajar dan menyusunnya molek-molek di atas meja. Dan selepas selesai…

Continue reading
Close