Monthly Archives

February 2018

ketagihangula
in Pengalaman hidup

Bagaimana Saya Sedar Ketagihan Gula

Alhamdulilah hari ini sudah kembali ke rutin asal walaupun anak belum mula bersekolah. Masih ramai yang sedang menikmati cuti hujung minggu yang panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina. Bila cuti macam biasalah lah, sinonim dengan aktiviti kenduri dan makan-makan di sana sini. Semasa kenduri di rumah ibu saudara baru-baru ini, saya semakin sedar kawalan keinginan terhadap makanan manis semakin bertambah baik. Sebenarnya sebelum ini saya tidak sedar saya sebenarnya mengalami ketagihan gula. Ini kerana alasan tipikal saya jarang ambil minuman manis. Kebanyakan masa saya akan minum air masak kecuali sesekali melepas rindu kepada minuman kegemaran ketika makan di luar. Saya…

Continue reading
mudahnyamenulisblog
in BIJAK NIAGA

Mudahnya Menulis Blog

Menulis adalah impian saya sejak di zaman kampus. Beberapa percubaan untuk menyertai kelas bimbingan menulis hanya terus memberi kan ilmu, namun tidak membuahkan tindakan. Namun jauh di sudut hati, saya yakin dapat menulis seperti penulis yang sudah terkenal. Ia terus tersimpan kemas sebagai sebuah impian yang membuak-buak. Setelah menceburi dunia bisnes dengan serius, saya mula menyedari penulisan adalah satu cara advertorial yang berkesan. Jadi pada awal tahun 2016, saya mula menulis di laman blog ini. Penulisan awal saya memang sepenuhnya menjurus kepada tujuan untuk menjual. Saya mencipta tekanan pada diri sendiri untuk kelihatan pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Tujuannya…

Continue reading
in Review

Ujian Diagnostik Jawi Dah Hampir?

Pulang dari sekolah Fateh unjukkan surat dari pihak sekolah. “Ummi, minggu depan ada ujian Jawi” Ooo..patutlah. Apa yang patutnya? Patutlah wasap masuk berdesup tanya buku Ibu Ajarku Jawi, rupanya Ujian Diagnostik Jawi dah hampir. Begitulah setiap kali ujian diagnostik jawi sepanjang tahun lepas. Wasap saya akan dihujani dengan mesej ibubapa yang sangat perlukan buku ini segera. Kalau boleh petang tu juga nak minta saya hantarkan. Masalahnya saya ni di Pulau Pinang, dan yang nak membelinya pulak dekat Selangor. Macam mana la den nak nolong :-P. Tolong dengar luahan ja lah. Ok sebelum ibu risau-risau, jom kita tengok sebenarnya apa tujuan…

Continue reading
Close