Monthly Archives

May 2018

anaksukahaiwan
in Ilmu Keibubapaan

Bila Waktu Terbaik Kenalkan Allah kepada Anak?

Akidah adalah prinsip paling penting yang wajib diterapkan dalam setiap diri anak-anak. Dengan pegangan akidah yang mantop, anak boleh membawa diri menghadapi pelbagai pancaroba kehidupan yang tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Soalnya, bila nak mula? Alhamdulillah semasa hadir ke seminar A.N.A.K.K.U, penceramah berkongsi mengenai hal ini. Menurut Puan Siti Rohana, seawal usia 1 tahun kita boleh mula bagi anak kenal siapa yang paling utama dalam hidup dia. Tak payah bukak kitab tauhid pun, semua muslim boleh buat. Ini tips yang beliau kongsikan. Sebut Nama Allah kepada Anak Sebut sahaja “Allah”. Jadikan ini amalan kita sebagai ibu. Takda apa-apa nak sebut,…

Continue reading
TASNEEMNATURELBANDARSERI BOTANI,PERAK
in Umum

Pengedar Tasneem Naturel Bandar Seri Botani, Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai, Mia di sini tapi suka menggelarkan diri sendiri sebagai Mama di alam maya. Hehe. Mama berasal dari Kota Bharu, Kelantan, dan sekarang bermastautin di Ipoh, Perak. Lebih kurang hampir 6 tahun Mama di sini. Mama berusia 32 tahun dan berkahwin serta memiliki sepasang anak kecil yang aktif. Mama adalah work-at-home-mom (wahm) yang sudah hampir setahun berbisnes Tasneem Naturel ini. Mama menyertai team jualan balm secara serius sejak Julai 2017 sehingga kini. Alhamdulillah Mama juga pengguna balm ini untuk anak-anak sendiri. Seterusnya, berasa teruja untuk menyebarkan kebaikan dan manfaat balm. Kalau nak tahu, Mama ni suka…

Continue reading
latih anak puasa di bulan ramadan
in Ilmu Keibubapaan

Raikan Anak Kecil Berbuka Puasa

Alhamdulillah syukur Allah pilih kita untuk berada dalam madrasah Ramadan tahun ini. Sebuah nikmat besar untuk sekalian muslim. Dalam usaha kita sebagai ibubapa meningkatkan kualiti Ramadan, ini jugalah peluang kita melatih anak-anak berpuasa. Melatih anak berpuasa memang memerlukan pada kesabaran, dan tak kurang juga pelbagai kenangan indah muncul di saat itu. Kali pertama anakanda Fateh belajar berpuasa pada usia 6 tahun. Alhamdulillah ia dimulakan dengan kesediaannya sendiri. Masa tu saya hanya sasarkan anakanda Fateh berpuasa sehingga jam 12 tengahari. Alhamdulillaha ada hari yang boleh sampai jam 2.30 petang, dan ada juga yang terbabas seawal 11.30 pagi kerana kecuaian ummi. Tambahan…

Continue reading
BalmCalmtimeMudahkanUrusAnakMeragam
in Ilmu Keibubapaan

Balm Calmtime Mudahkan Ibubapa Urus Anak Meragam

Mempunyai anak adalah impian setiap pasangan yang sudah berkahwin. Melayan kecomelan anak kecil memang kebahagiaan semua ibubapa. Namun bukan setiap masa anak akan kelihatan comel kan. Bila mereka mula meragam dan merengek tanpa sebab, ia mengundang gelisah pada kita. Tambah pula bila kita berada di luar atau bersama orang ramai. Ini semua cukup untuk membuatkan ibubapa risau untuk membawa anak kecil keluar. Sebenarnya ada kaedah semulajadi untuk tenangkan anak kecil yang kerap meragam dan menangis tanpa sebab. Jika lihat kebiasaan ibu-ibu kita akan sapu minyak pada bayi selepas mandikan bayi, Ia satu amalan yang dapat bantu bayi bertenang. Lagi bagus…

Continue reading
dubaimarinabay
in Umum

3 Sebab Kenapa Saya Nak Melancong ke Dubai

Melancong memang satu yang menyeronokkan kalau kita minat. Tapi boleh jadi memenatkan bila kita hanya buat sebab ikut-ikutan. Saya pun hanya ada rasa nak melancong bila sedar banyak galakan dari ayat Al Quran untuk melancong. Pasti ada sebab Allah suruh kita berjalan di muka bumiNYA kan. Dan tiadalah Kami mengutus Rasul-Rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh…

Continue reading
www.mouthsofmums.com.au
in Ilmu Keibubapaan

5 Tips Anak Mudah Tidur Malam

Waktu tidur selalu menjadi drama apabila ada anak yang masih mahu bermain dan tidak menunjukkan tanda-tanda sudah mengantuk. Ini seringkali berlaku untuk anak sekitar 2-5 tahun yang belum teratur pola tidurnya. Ada ibubapa yang sanggup menurut sahaja kemahuan anak-anak untuk berjaga malam. Namun hakikatnya ia adalah gaya hidup yang tidak sihat kerana tidur yang cukup pada waktu malam sangat penting untuk membantu tumbesaran anak. Dari pengalaman saya yang pernah alami anak sukar tidur malam, saya catatkan 5 tips ini. Semoga ia dapat membantu ibubapa menguruskan anak dengan lebih teratur. Pastikan anak makan malam awal Makan malam sebaiknya di ambil 4…

Continue reading
anaksukatanyasoalan
in Ilmu Keibubapaan

3 Teknik Rangsang Anak Suka Bertanya

Hujung minggu baru-baru ini saya berpeluang sekali lagi belajar ilmu keibubapaan bersama Puan Siti Rohana. Kali pertama saya menadah ilmu dengan beliau tahun lepas dalam Seminar A.N.A.K.K.U. Terasa macam cepat sangat masa berlalu, ilmu yang dulu pun masih banyak yang belum amal. Dan pertemuan kali ini telah menyuntik lebih banyak ilmu dan semangat, Alhamdulillah. Satu panduan ringkas yang beliau bagi tapi sangat mengujakan saya ialah bagaimana merangsang anak yang suka bertanya. Kita sedia maklum semua kanak-kanak akan melalui satu fasa suka bertanya. Pelbagai pertanyaan boleh muncul sehingga boleh membuatkan kita sebagai ibubapa hilang punca nak mencari jawapan. Namun ada teknik…

Continue reading
Close