Hari ni saya nak kongsikan produk Kedai Cikgu yang terlajak laris – magnetism spell happily atau mudahnya pelanggan saya sebut mainan magnetik. Sudah hampir 2 tahun saya menjual produk ini dan sentiasa ada permintaan. Kerana mainan ini sentiasa relevan walaupun muncul pelbagai mainan seumpamanya dalam pasaran.

Mainan magnetik ini sangat baik untuk merangsang perkembangan imaginasi anak-anak teruatama bagi anak yang belum boleh melukis. Anak dapat mengekspresikan imaginasi mereka menggunakan plat-plat magnetik yang disediakan.

Selain itu ibubapa boleh mengoptimumkan penggunaan mainan ini dengan memperkenalkan anggota badan, nama benda dan warna.

set jigsaw_depan

Keseluruhan set mainan magnetik

Set mainan magnetik ini mengandungi

  • 1 kotak kayu
  • 1 penutup kotak dwifungsi – Papan hitam dan papan putih
  • +- 95 keping plat magnetik pelbagai corak dan warna
  • 1 buku panduan

* percuma marker whiteboard & kapur

saiz MJH

Set mainan ini tersimpan kemas dalam kotak kayu berpenutup ini. Anak akan terlatih untuk menyimpan semula mainan selepas habis bermain.

DSC_0613

Faqihah (3 tahun) sedang bermain plat magnetik

Aktiviti utama mainan ini ialah menyusun plat magnetik mengikut rekabentuk yang dikehendaki. Antara rekabentuk yang boleh dibuat menggunakan set ini ialah karakter manusia, haiwan (beruang dan kucing) serta rumah dan tumbuhan. Buku panduan disertakan untuk membimbing anak-anak menjana idea.

buku panduan

Lebih 50 rekabentuk termuat dalam buku panduan ini

Apabila anak-anak sudah lama bermain, mereka akan mula mencipta bentuk manusia, robot dan lain-lain yang tidak terdapat di dalam buku panduan. Anak yang lebih besar akan bermain lebih lama kerana idea semakin bercambah-cambah dari satu binaan ke binaan yang lain.

DSC_0752

Kepingan magnet adalah sama saiz dengan kepingan gambar

Plat magnetik yang dibekalkan adalah dari jenis berkualiti dan sukar tercabut. Ini penting bagi memastikan mainan dapat dimanfaatkan lebih lama oleh anak-anak.

Selain menggunakan plat magnetik, anak juga boleh berkreativiti menggunakan kapur pada permukaan papan hitam yang disediakan. Namun penggunaan kapur hendaklah dikawal supaya habuk kapur tidak memasuki rongga pernafasan anak.

DSC_0641

Mainan ini sesuai untuk anak seawal 8 bulan (dibantu oleh ibubapa) dan paling ideal untuk anak berusia 2 tahun ke atas kerana sudah boleh menyusun plat sendiri tanpa bantuan ibubapa.

Berminat nak dapatkan mainan ini?

Tempah unit anak anda di SINI sekarang.